Sunday, September 13, 2009

Kau Yang Teristimewa Bab 5

Alia bangun awal pada pagi itu. Suasana yang berkabus dari atas bukit sangat menyegarkan minda dan fikirannya. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke kamar mandi takut-takut jikalau mengejutkan suaminya yang suka mengusik.

=====

“Erm..dah habis period? Awalnya..erm..bolehlah mandi hadas dan bersolat subuh.. ”. Bisik hati Alia sendirian. Gembira sangat mandi sambil menyanyi-nyanyi Alia terlupa suaminya masih lagi tidur telahpun terjaga. Memang sudah menjadi kebiasaan Amir juga akan bangun awal pagi untuk bersolat.

=====

Amir yang masih di pembaringan tertawa sendirian mendengar nanyian isterinya yang begitu seronok sekali berendam di pagi hari. Keluar dari bilik mandi Alia berjalan terjengket-jengket konon-kononnya tidak mahu Amir terjaga namun dia tidak sedar Amir cuma berpura-pura tidur untuk melihat kelakuannya apabila seorang diri.

=====

Alia memakai baju dengan selamba sesekali dia menjeling Amir kemudian bersolat dan perlahan-lahan mengejutkan suaminya untuk bersolat. Sebelum sempat tangannya menyentuh Amir, sepantas kilat Amir menarik tubuh Alia ke katil. Kini Alia berada dibawah manakala Amir berada diatasnya.

Alia : Abang…..abang nak buat apa ni?”.
Rungut Alia yang masih lagi terkejut dengan perbuatan Amir.

Amir : Hehehe..anak baju u warna biru hari ni? Dah solat subuh means..
Amir boleh laksanakan tugas sebagai seorang suami kan?”

Bisik Amir ke telinga Alia.

Alia : Tak nak… abang jangan la buat Alia macam ni.. Alia tak nak… tepi lah
pliss…". Rayu Alia merengek seperti budak kecil minta dilepaskan.

Amir : Kalau suami nak.. isteri tidak boleh tolak tau sayang.. berdosa..
Jawab Amir sambil tangannya menjalar disegenap tubuh isterinya yang
meronta-ronta gelisah.

Alia : Abang tolonglah.. Alia belum sedia lagi.. plis...
Kata Alia yng masih berusaha memboloskan dirinya dari Amir yang seperti
sudah hilang pertimbangan.

=====

“Hehehe…ok ok..Amir main-main je..kita buat bila Alia dah sedia je ok? jangan nangis..muahh”. satu kucupan dilepaskan di pipi Alia yang sedang menangis. Lantas Amir bangun sambil menarik tualanya menuju ke kamar mandi dan kemudian bersolat subuh.

=====

Alia bangun sambil mengemaskan dirinya. Dia tahu Amir bukanlah seorang lelaki yang suka memaksa. Amir keluar dari bilik mandi dengan bertuala pendek menampakkan setiap susuk tubuhnya yang sasa. Alia ditenungnya.

=====

Cepat-cepat Alia memalingkan wajahnya. Berasa malu untuk menatap jejaka yang telah seminggu dinikahinya. Amir tersenyum. “Hari ni kita pergi bersiar-siar dengan bot ok..Alia tak pernah naik bot kan?”. Kata Amir sambil mengusap rambut Alia yang lembut ketika mereka bersama-sama berdiri dijendela memerhati keindahan pagi yang menjelma sedikit demi sedikit.

=====

“Ah..abang Mat..macamana dengan bot kita..dah sediakan semua yang saya mintak semalam?”. Tanya Amir kepada pekerja Datuk Zamri, Ahmad yang sememangnya ditugaskan menjaga bot keluarga tersebut supaya sentiasa dalam berkeadaan baik dan terpelihara.

=====

“Naik sayang, Amir ada hal sikit nak cakap dengan abang Mat..dah lama tak jumpa”. Kata Amir menyuruh Alia naik ke atas bot dahulu sambil tersenyum. Alia yang mengenakan gaun kembang putih paras lutut beserta topi putih yang cantik ditangannya memegang sekuntum bunga ros putih pemberian Amir sebelum mereka keluar dari Hotel tadi.

=====

“Abang Mat, kapal ni dalam keadaan baikkan?”. Tanya Amir lagi. “Yeye..semua dalam keadaan baik Encik Amir”. Kata Ahmad mengangguk-anggukkan kepalanya. “Erm…baiklah kalau macam tu, saya pergi dulu lusa petang kami pulang dan abang Mat tunggu saya disini yer senang saya nak serahkan kunci”. Kata Amir sambil memasukkan dua keping RM 50 kedalam saku abang Mat “Duit Kopi” kata Amir.

=====

Ikatan tali penambat dari bot telah dilepaskan. Amir tersenyum melihat abang Mat melambai dari kejauhan. Abang Mat memang seorang pekerja yang baik. Sudah bertahun-tahun dia bekerja bersama Datuk Zamri dan Datuk Zamri begitu mempercayainya.

=====

“Alia…Alia..”. Amir tercari-cari isterinya lalu tersenyum sendirian apabila mendapati Alia berdiri dihujung dek menikmati keindahan lautan yang membiru dan langit yang indah berseri-seri di pagi hari. Burung-burung yang terbang berkicauan membuat Alia berasa begitu bersyukur dengan ciptaan tuhan yang Maha Esa.


Amir : Hei…sorang je..boleh saya temankan?
Usik Amir sambil memeluk pinggang Alia.

Alia : Ah..apa ni abang..janganlah macam ni..kang ada orang tengok malulah..
Getus Alia sambil menolak pelukan Amir di pinggangnya.

Amir : Hehehe..sayang sayang.. kat tengah-tengah laut ni mana ada orang..
kalau ada pun ikan-ikan dan burung-burung je..hahah..
Kata Amir sambil tertawa.

=====

Begitu geli hatinya melihat Alia yang masih belum dapat membiasakan dirinya berada disisi Amir. Alia menundukkan wajahnya. “Hei..kenapa ni? Amir gurau-gurau je ok”. Balas Amir cuba memujuk Alia yang tiba-tiba berubah wajah.

=====

“Erm..abang masuk dalam kejap nak sediakan makan malam..sayang tengok-tengokla bot kita ni”. Pipi Alia disentuh lembut sebelum berlalu pergi.
Alia masuk ke kamar di dalam bot mewah itu.

=====

Terlalu banyak bilik dan dia selesa bersendirian beristirehat. Sambil mengenakan pakaian malam Alia keluar ke dek untuk menikmati makan malam yang dijanjikan kepadanya oleh Amir siang tadi.Keluar saja ke atas dek Alia melihat sebuah meja yang telah dihias begitu indah, bunga-bunga segar, lilin dan bau yang menyelerakan.

=====

Amir berdiri dibelakangnya. “Sayang, mari..”. jemput Amir sambil memimpin jemari Alia membawanya ke meja hidangan.“Suka tak? Makanan macamana?”. Soal Amir sambil tersenyum. Alia yang masih menguyah turut tersenyum. “Erm..suka, suka sangat. Makanan pun sedap. Abang yang masak ke?”. Soal Alia pula.

=====

Amir cuma menjawab dengan senyuman dan melepaskan satu ciuman di jari jemari Alia. Setelah semua selesai. Alia dan Amir duduk bersama-sama di hadapan dek menikmati keindahan malam berlantaikan laut dan berbumbungkan bintang-bintang. Amir merenung Alia yang tersenyum sendirian. Dia begitu bahagia.

=====

“Amir nak bawa Alia tengok bintang dekat-dekat, Alia nak nak?”. Tiba-tiba Amir bersuara mematikan hayalan Alia sebentar tadi. “Uh? Tengok bintang dekat-dekat? Alia tak fahamla abang”. Balas Alia sugul. Amir tertawa. “Ok..ok.. tapi mula-mula tu Alia kene tutup mata dulu, boleh tak?”. Soal Amir sambil menunjukkan sepotong kain reben besar ditangannya.

=====

Alia agak takut. Dia tidak dapat meneka apa yang akan berlaku sebentar nanti. Setelah beberapa minit Alia menganggukkan kepala. “Ok..Amir ikat, tapi tak la kuat sangat just nak bagi Alia surprise je”. Kata Amir menyedapkan hati Alia.

=====

Setelah seketika Alia terdengar bunyi ungas-ungas kecil, seperti cengkerik. Agak pelik di dalam hatinya kenapa di tengah-tengah laut ada bunyi cengkerik pulak ni?”. Alia menyoal dirinya sendiri. “Ok..sayang, sekarang Alia boleh bukak reben tu”. Alia terdengar suara Amir disebelahnya.

=====

Kain reben pun ditarik perlahan-lahan kebawah dagunya, Alia terkejut di berada didalam hutan. Dengan pantas dia terus memeluk Amir sambil memejamkan mata. “hahaha..kenapa ni sayang?.. are you ok? Relak la, kita kat laluan sebuah pulau kecil di tengah-tengah laut ni”. Balas Amir sambil membalas pelukan Alia.

=====

Dengan perlahan-lahan Alia membuka mata dan dengan perlahan juga dia melepaskan pelukannya, pemandangan disekeliling yang penuh dengan daun-daun pokok dan dahan-dahan yang memasuki ruang hadapan kapal itu ditelitinya. “Ke.. kenapa..abang bawak Alia ke sini?”. Soal Alia tiba-tiba.

=====

Amir tersenyum lagi. “Alia…Alia..dah lupa ke? Kan tadi Amir kata nak bagi Alia tengok bintang di depan mata dan boleh sentuh lagi”. Balas Amir sambil menghulurkan segelas minuman bagi menenangkan isterinya itu. Dalam suasana yang samar-samar dengan lampu yang agak romantic di kapal itu wajah Alia yang ketakutan masih lagi teserlah.

=====

Amir mendekati isterinya. “Amir kene tutup lampu ni, semua sekali. Ok?”. Soal Amir berbisik di telinga Alia.Alia cuba menganggukkan juga kepalanya. Apabila lampu dimatikan. Alia terdiam kaku di tempatnya berdiri tadi. Dia memang takut gelap. Tiba-tiba Alia terasa sepasang tangan melingkar di pinggangnya lalu ia menjerit sekuat hati. “Arhhhhhhhhhhhhgggghh”.

=====

“Heii…Amir ni”. Balas Amir cuba menenangkan Alia. Alia berpusing dan memeluk Amir. “Shhhh…its ok..hehe kalau Amir tahu sayang takut gelap..dari mula-mula tadi Amir dah matikan semua lampu-lampu ni”. Kata Amir sambil tertawa kecil. Alia masih lagi dalam pelukannya. Ketakutannya membuat dia lupa akan perasaan malunya kepada Amir.

=====

“Ok..ok..kita kena senyap-senyap dan duduk dulu ok”. Balas Amir apabila Alia masih lagi memeluknya. Selepas seketika kunang-kunang yang bercahaya indah memenuhi ruangan udara disekitar mereka. “Ahhh..wow..apa ni? Cantiknya..”. Kata Alia yang begitu kagum dengan keindahan ciptaan Allah s.w.t itu. “heheh..inilah kunang-kunang, ada macam bintang yang bekerlipan tak”. Soal Amir.

=====

Sambil memeluk pinggang Alia. Di dalam suasana yang kelam dan cuma bercahayakan bulan dan bintang keayuan Alia tetap teserlah.“Erm..dah lewat ni, masuk tido ok?”. Getus Amir kepada Alia yang masih lagi berdiri di hujung dek menghirup udara malam dan sebuah pemandangan yang begitu indah sekali.

=====

Alia menoleh ke arah Amir. Jejaka macho itu dengan sepenuh perhatian mengemudi kapal mewah itu dan bersama-sama mereka membelah lautan. “Abang tak nak tido ke?”. Soal Alia pula sambil mendekati Amir. Amir tersenyum. “tido? Berdua ke kene tido kat sofa lagi?”. Dengan sengaja Amir mengeluarkan persoalan sebegitu mengusik Alia yang tertunduk malu.

No comments:

Post a Comment

Komuniti Bloggers Selangor [KBS]

Powered by BannerFans.com