Trut!! Trut!! Bunyi telefon mematikan suasana indah itu. “Hello. Ya Tasya, kenapa call Amir malam-malam ni?”. Soal Amir kepada Tasya sepupunya di hujung talian. Alia terus menuruni anak tangga kecil di hujung dek untuk masuk ke biliknya beristirehat membiarkan Amir berbual sendirian.
=====
“I rindu kat u la sayang”. Manja suara Tasya di talian. Amir tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia kenal benar dengan sikap Tasya yang tidak akan berhenti selagi tidak dapat apa yang dia kehendaki.
=====
“Tasya, u tahu kan i dengan Alia sedang honeymoon, u ni nakal yer”. Kata Amir tenang. Dia sedar isterinya Alia telah memasuki kamar mereka di bawah sana. “Honeymoon? U ni kan, berapa lama u nak honeymoon ni? Kerja u kat ofis ni I yang tolong settlekan.
=====
Bila u nak balik ni sayang?”. Soal Tasya lagi sengaja dia mengusik sepupunya itu dengan harapan Alia akan terdengar perbualan mereka dan mereka akan bertengkar kerananya. Tasya tersenyum puas. “Hahaha..u ni Tasya. Nanti I belikan hadiah ok? And thanks coz helping me there”. Balas Amir.
=====
“I nak bila u balik nanti, u terus jumpa I ok sayang”. Suara manja Tasya di hujung talian. “Erm, oklah Tasya. U pergi rehat k dah malam ni I pun nak masuk tido. Bye.” Amir mematikan talian. Tak sangka dah berada jauh pun talian masih boleh digunakan.
=====
Tiba-tiba dia teringat pula kepada Alia isterinya. “mungkin dah tido agaknya”. Bisik hatinya sendirian. Pintu bilik dikuak perlahan, sebujur tubuh kaku di atas katil yang indah dihiasi bunga-bunga mawar segar bewarna putih dan merah.
=====
Amir tersenyum melihat isterinya yang begitu lena di pembaringan. Kening yang lebat, hidung mancung, bibir kecil yang kemerahan, dagu yang terbelah dua serta kulit putih Alia di amatinya. Begitu indah sekali ciptaanmu Tuhan.
=====
Tepat jam 6 pagi Alia terjaga dari tidurnya. Menoleh ke kiri dan ke kanan namun sepi. Tiada pula kelihatan Amir di dalam bilik yang serba besar dan indah itu. “Abang dah solat ke belum? Dia tak tidur sini ke malam tadi?”. Berbagai persoalan muncul di mindanya.
=====
Alia bangun terus ke kamar mandi, membersihkan diri dan bersolat subuh kepada Tuhan yang Esa. Selesai mandi Alia naik ke atas. Sinar matahari pagi menerjah ke wajahnya yang ayu, Alia cuba menghalang sinaran dari terkena matanya. “Arghhhh”. Tiba-tiba Alia menjerit apabila pinggangnya dipeluk dari belakang oleh Amir.
Amir : Hari ni aktiviti kita adalah mandi laut..
Tiba-tiba Amir menyatakan sesuatu yang tidak sedap didengar oleh Alia.
Alia : Apa?? Mandi laut?? Errr.. abang mandi lah.. Lia tak nak.
Balas Alia serba salah.
Amir mengerutkan keningnya. Pelik dengan tingkah laku Alia.
Alia : Lia… Lia.. erm.. Lia tak pandai berenang
Tiba-tiba Alia bersuara menjawab segala pertanyaan yang bermain di minda
Amir.
Amir : Hahahahah…. Ooh begitu rupanya.. takpe-takpe.. Amir ajarkan ok.
=====
Pernyataan Amir itu membuatkan hati Alia resah gelisah. Dia tidak pernah mengenakan pakaian mandi ditubuhnya pun apatah lagi untuk kali pertama dihadapan seorang lelaki yang seminggu dinikahinya. Jari bermain antara satu sama lain. Perasaan seram bercampur baur dengan takut kerana tidak tahu berenang.
=====
Kini tiba-tiba dia disuruh belajar di lautan yang luas dan tiada penghuni. Amir tersenyum. Pakaian mandi yang baru masih di dalam plastik lagi terus diambil dan disimpan di dalam kotak.
=====
“Tak pakai baju mandi pun boleh mandi.. Amir tak kisah Lia nak pakai apa pun.. janji Lia turun ok?”. Getus Amir sambil menuruni tangga kecil bot mewah itu. Air laut yang biru kehijauan, begitu jernih dan bersih membuat hati melonjak-lonjak mahu terjun bersama, tetapi Alia masih berasa was-was lagi.
=====
“Mari..pegang tangan Amir”. Kata Amir sambil menghulurkan tangannya. Alia cuba menggapai tetapi keadaan Amir di dalam air yang tenggelam timbul membuatkan Alia teragak-agak berbuat demikian.
“Arghhhhhh!!!” Keceeebumm!!!
Alia terjatuh di dalam air apabila tergelincir dari tangga bot lalu tenggelam timbul di permukaan air. Amir segera berenang mendapatkan isterinya.
Alia : Arhhhhgg… abang…tolong Lia..
Jawab Alia apabila tubuhnya di paut Amir.
Amir : Its ok baby…its ok..
Balas Amir sambil memeluk isterinya yang menggigil-gigil ketakutan dan
kesejukan.
Amir : Sayang nak naik?"
Soal Amir kepada Alia yang masih di dalam pelukannya.Alia menggeleng.
Alia : Alia nak belajar dengan abang… berenang..nak jugak..
Jawab Alia. Tekad nampaknya jawapan yang diberikannya kepada Amir. Amir
tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
Setelah dua jam berlalu tanpa disedari.
=====
Kedua-dua pasangan ini pun naik ke atas bot dan merehatkan tubuh masing-masing yang keletihan. Amir memandang ke arah isterinya Alia. Dia tersenyum. Puas dapat bersama-sama isteri tercinta bermain air. Sekurang-kurangnya Alia sudah pandai mengapungkan diri di dalam air.
=====
Tidak sia-sia juga Alia jatuh tadi. Bisik hati Amir sendirian. Melihat Alia masih lagi mencungap-cungap keletihan, Amir tersenyum lagi. Dia berharap sangat semua itu akan jadi kenangan terindah dalam hidup dirinya dan juga Alia suatu hari nanti.
Alia : Abang.. malam ni izinkan Alia pula yang masak ok?
Tiba-tiba Alia bersuara tersekat-sekat mungkin kerana terlalu lama
berendam tadi.
Amir : Sayang ok tak ni? Amir tengok macam dah letih sangat ni?
Soal Amir tanpa memperdulikan soalan Alia sebentar tadi.
Alia : Lia ok je… boleh yer?
Alia bertanya sekali lagi. Amir tersenyum lalu mengangguk.
Malam pun menjelma
=====
Tiba di suatu sudut Amir melihat Alia sedang menyalakan dua batang lilin di sebuah meja. Alia tersenyum manis. Amir merenung tajam, cantik sungguh isterinya pada malam itu. Sambil mengenakan gaun labuh bewarna hitam manakala di lehernya ke paras dada agak terbuka dan rambut pula disanggul rapi.
=====
Alia nampak seksi apatah lagi dia masih muda remaja. Amir menelan air liur sambil mendekati isterinya. Sebuah ciuman diberikan ke pipi gebu Alia. Dengan pantas Alia memegang pipinya terkejut dengan tindakan Amir tanpa disedarinya.
=====
Amir masih lagi tersenyum-senyum penuh makna. Alia terdiam, timbul lagi perasaan malu pada ketika itu. “Kalau lah aku tak pakai baju ni kan senang? Ni macam perempuan mintak kena rogol je”. Kata Alia sambil membetul-betulkan leher bajunya yang sememangnya agak terbuka itu.
=====
“Sayang cantik sangat malam ni”. Pujian diberikan oleh Amir yang masih lagi terpukau dengan kejelitaan Alia yang sebelum ini tidak pernah berhias atau mengenakan sebarang alat solek di wajahnya. “Kenapalah Mama beli baju macam ni suruh aku pakai?? Ya Allah selamatkan aku”. Alia masih lagi berbisik-bisik di dalam hati.
Amir : Wow… sayang masak asparagus udang? Sedapnyaaa..
Kata Amir yang sememangnya menggemari sayuran itu.
Alia : Erm.. Mama yang cakap, abang suka sayur tu di masak bersama udang.
Lagipun semua barang-barang ni ada dalam peti sejuk, Lia masak lah..
Jawab Alia jujur.
Amir : Terima kasih.. ada ayam panggang lagi..tak sangka isteri Amir pandai
Masak-masak macam ni..
Kata Amir pula sambil menyenduk makanan yang ada dengan berselera sekali.
Alia : Terima kasih dekat abang coz sudi bawak Lia honeymoon ni.. Alia rasa
Bersyukur dan seronok sangat sepanjang masa kita bersama ni. Terima
Kasih abang.
Jawab Alia panjang lebar sambil tertunduk malu. Amir tersenyum lagi.
=====
Di Pelabuhan.
“Terima kasih Abang Mat..dengan segala persiapan. Semua cukup sempurna”. Kata Amir kepada Abang Mat sambil menepuk bahu lelaki yang sudah separuh umur darinya itu. Abang Mat mengikat tali kapal sambil tersenyum-senyum bangga.
=====
Bangga dengan kerjanya yang sentiasa memuaskan hati majikannya. Dia melambai ke arah Amir yang sudah pun menaiki keretanya. Amir membalas lambaian itu begitu juga Alia dengan senyuman manis.
=====
“Abang…kita balik hari ni kan?” Tanya Alia lembut ketika mereka bersarapan bersama. Amir merenung Alia penuh makna. Dia tidak tahu apa maksud isterinya itu. Samada untuk lari dari percutian mereka atau sudah tidak sabar lagi untuk bersekolah semula.
=====
“A’ah kita akan balik hari ni..so Alia suka lah kalau kita balik?”. Tanya Amir mendalam. Alia memandang wajah jernih Amir apabila Amir tidak memerhatikannya..dia tersenyum melihat wajah itu. Sungguh tenang dan penuh dengan kejutan. Amir mengangkat mukanya apabila perasan Alia sedang memerhatikannya. Sepantas kilat Alia membuang pandangannya namun di tangkap jugak oleh Amir. Amir tersengeh nakal.
Alia : Tak lah.. bukan suka sebab nak balik tapi, seronok nak sekolah semula..
coz dah lama Alia tinggalkan sekolah. Rindu pulak dekat kawan-kawan
Alia..". Jawab Alia penuh semangat.
Amir : Yelah tu.. besok dah sekolah, penat sampai tak boleh nak layan suami lagi
teruk dan berdose tau”.
Kata Amir sebagai nasihat kepada anak gadis manis di hadapannya itu.
Alia : Ala.. orang tu pun nanti dan kembali bekerja dah jadi sibuk langsung tak
pedulikan isteri lagi teruk dan berdose jugak tau”.
Usik Alia sambil tertawa kecil.
Amir turut tersenyum yang melihat semakin hari kenakalan Alia sedikit demi sedikit muncul menghiburkan suasana perkahwinannya.
Sunday, September 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment