Mereka sampai dirumah pada pukul 11.00 malam. Alia dan Ika sudah pun tertidur dalam perjalanan. “Adik..dikk..bangun bangun..dah sampai ni..masuk dalam tidur”. Kata Amir sambil mengejutkan adiknya. Kemudian dia ke tempat duduk hadapan namun tidak pula dikejutkan isterinya.
=====
Tetapi dia terus mengangkat Alia naik keatas dan terus kebilik. Dia tahu isterinya penat. Apatah lagi..percutiannya dua hari itu tidaklah seperti yang dikehendaki olehnya. “Erm…saket perut…saket…”. Rengek Alia di dalam tidurnya. Amir tersenyum sambil mengusap-ngusap rambut isterinya. Amir faham sangat keadaan wanita yang sedang datang bulan. Mesti akan senggugut teruk macam adiknya ika.
=====
“Amir mandi dulu ok..nanti Amir picitkan”. Balas Amir sambil mencium dahi isterinya yang sedang tidur lalu terus ke kamar mandi. Setelah selesai mandi Amir duduk dibirai katil perlahan-lahan dan terketar-ketar dia menyelak baju t-shirt isterinya sedikit ke atas.
=====
Minyak panas di sapukan ditelapak tangan dengan perlahan dan teragak-agak Amir menyapu perut isterinya. Alia yang masih tidur cuba menolak tangan Amir dari atas perutnya namun setelah seketika dibiarkan sahaja dia berasa sungguh selesa. Setelah Amir pasti Alia sudah tidur nyenyak baru dia berhenti mengurut. Lalu diselimutkan anak gadis manja itu. “Assalammualaikum sayang”. kata Amir sebelum melelapkan matanya.
=====
“Assalammualaikum Ma Pa. hari keenam perkahwinannya. Alia masih lagi berasa kekok apatah lagi dia sedang datang bulan. “Erm..tekalah apa Sayang..” kata Datin Halimah kepada Amir anak kesayangannya. “Teka apa ni mama? Lain macam je..ada apa-apa kejutan ke?”. Soal Amir sambil tersenyum manis.
=====
“Iyelah, mama dan papa nak hadiahkan kamu dua tiket untuk bercuti di hotel kita..dan pelayaran di kapal peribadi keluarga kita..macammana?”. soal Datin Halimah. “hehehe..mama dan papa ni ada-ada je.. kalau percutian kat hotel kita dan kapal keluarga tak payah la tiket-tiket..mengarot je..hahhaa”. kata Amir sambil tertawa besar. Datin Halimah menjeling anaknya yang sememangnya begitu nakal walaupun pada usianya begitu.
=====
“Baju-baju dah bawak untuk dua hari ni? Dan sayang..jangan lupa bawak tisu wanita, coz Amir tak nak lepas ni kena pegi kedai untuk belinya lagi..malu la sayang”. Kata Amir mengusik isterinya sambil menjelirkan lidah. Alia tersenyum sendirian.
=====
Tiba di bilik hotel. Amir segera membuat panggilan untuk memesan hidangan makan malam ke biliknya. Dia tahu Alia tidak berasa selesa dengan keadaannya yang sebegitu untuk menjamu selera di tempat umum. Alia keluar dari bilik mandi dengan perlahan-lahan. Dia begitu takut terserempak dengan Amir suaminya.
=====
Baju dicapai dari dalam almari. Kemudian pintu almari pun ditutupnya. Berpaling sahaja kebelakang Amir sedang berdiri rapat dengan dirinya yang masih lagi bertuala tanpa sebarang pakaian. “Uh…!!!”. Alia terperanjat baju-baju di pegangannya terlepas dan bertaburan di kakinya.
=====
Amir yang tersenyum nakal semakin mendekati Alia sehingga Alia tiada lagi tempat untuk mengelakkan dirinya hanya memegang kuat tuala dan tertunduk kebawah. Alia tersentak kerana dibelakang nya adalah almari dan dia tidak boleh bergerak-gerak lagi. “Apa yang mamat ni nak buat ni?” bisik hati Alia.
=====
Alia cuba ke kiri namun Amir sempat menghalang dengan meletakkan tangan kanannya. Kemudian Alia cuba ke kanan begitu juga sebaliknya..Amir meletakkan tangan kirinya di sisi kanan Alia. “Aaa..apa..apa..abang buat ni?”. Soal Alia ketakutan. “Kenapa? Alia takut ke Amir buat macam ni?”. Soal Amir pula. “Alia kan isteri Amir..so..Amir boleh buat apa..je..kat Alia..betulkan?”. Soal Amir lagi, kali ni tangannya sudah berada di pinggang Alia.
=====
Tubuh kecil Alia dipeluknya. “Aaa…aaa Alia kan tengah ‘cuti’ ni..mana abang boleh buat apa-apa kat Alia..”. Kata Alia terketar-ketar. “hehehe..yang tak boleh dari pusat dan kebawah je..tapi dari pusat dan keatas masih boleh lagi sayang..”. bisik Amir ke telinga Alia. Leher Alia terus diciumnya..tidak diperdulikan Alia yang sedang sibuk menolak tubuhnya.
=====
“Abang…tolonglah..jangan buat macam ni..”. Kata Alia sambil berusaha melepaskan dirinya dari pelukan Amir dan dia terus terlupa akan ikatan simpul kain tualanya yang hampir terlucut. “ Uh…..”. Alia cuba menarik semula tualanya yang agak terlondeh dari tubuhnya dan menampakkan sedikit dadanya namun tangannya digenggam Amir yang sedang hanyut dalam dunianya sendiri.
=====
“Sedap tak makan malam yang Amir pesan ni?”. Soal Amir memandang tepat ke wajah Alia. Alia sedikit pun tidak berani bersuara setelah apa yang terjadi tadi, leher dan dadanya penuh dengan love bite.
=====
Geram dan benci dengan lelaki dihadapannya itu. Yang seolah-olah tidak tahu menghormati seorang wanita yang sedang dalam keuzuran. “Marah Amir lagi ke..ke sedap sangat sampai tak terucap”. Usik Amir nakal. Alia cuma menjeling.
=====
“Lepas ni nak pergi tengok konsert tak? Kat bawah hotel ni ada konsert artis-artis tempatan, kita pergi yer..? kejap je..”. Perlawa Amir. Alia menganggukkan kepalanya rela dalam paksa. “Fuhhh…ramai giler orang kat konsert ni.. hati-hati ok..pegang tangan Amir nanti hilang pulak anak dara orang ni”. Usik Amir lagi.
=====
Alia membiarkan jari jemarinya digenggam Amir. Walaupun hatinya masih lagi geram dengan perbuatan lelaki itu namun dia juga takut hilang dalam kesesakan ribuan orang pada malam itu. Tiba-tiba Amir terlepas jemari Alia dan Alia terkesima. Mencari-cari Amir dalam ribuan orang di konsert itu. Begitu juga Amir dan akhirnya terjumpa juga dengan Alia yang masih tercari-cari dihadapannya.
=====
Apabila nampak sahaja Amir berdiri di belakangnya, Alia terus berlari ke arah Amir dan memeluk lengan tangan Amir tanpa segan silu lagi. Amir tertawa. Sampai didepan pentas Amir menarik Alia untuk berdiri dihadapannya. Keadaan begitu lebih selamat dari dihimpit-himpit atau selamat dari diraba oleh orang-orang yang ingin mengambil kesempatan.
=====
Tangan Amir diletakkan dihadapan diatas bahu Alia. Tubuh kecil itu dipeluknya erat. Alia hanya membiarkannya sahaja.“Erm…abang..abang..?”. Alia memanggil Amir yang penuh minat menonton konsert sehingga tidak mendengar panggilan dari Alia. “Abang..abang…!!”. panggil Alia lagi. “Uh?...Alia panggil Amir ke?”. Soal Amir seolah-olah baru tersedar.
=====
“Erm..Alia nak pergi tandaslah..Alia naik bilik dululah yer”. Kata Alia kepada Amir. “Eh…nape nak naik bilik plak..tadi kat pintu masuk sebelah kanan ada tandas..Alia pergila situ.. nanti datang sini balik ok”. Jawab Amir panjang lebar. Alia cuma mengangguk.
=====
Setelah selesai Alia pun keluar dari tandas namun perjalanannya disekat oleh beberapa orang lelaki yang mabuk. Alia berasa begitu takut sekali. Tiada sesiapa pun yang lalu disitu cuba menolongnya. Mungkin mereka yang lain turut takut untuk masuk campur atau keadaan di situ terlalu gelap.
=====
Tiba disuatu sudut Alia tidak lagi boleh melarikan diri dan terketar-ketar menahan rasa takut di apa-apakan oleh mereka yang tidak dikenalinya. Tiba-tiba. “Ehem…maafkan saya..boleh tak kalau saya nak 'mintak' isteri saya balik”. Kata Amir dari belakang sambil menggosok-gosok tangannya. Mereka yang mabuk tadi terus berlalu dari situ sambil bernyanyi-nyanyi.
=====
“hehe..hi sayang..tak apa-apa kan?”. Soal Amir menghulurkan tangannya. Alia terus memeluk tubuh sasa dihadapannya itu. Alia menangis berasa lega suaminya sampai tepat pada masanya. Dia berasa selamat di sisi lelaki itu.
=====
“Erm.. ok sayang kalau nak lama-lama pun takpe..tapi kita buat kat bilik ok.”. usik Amir nakal apabila pelukan Alia dirasakan begitu erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan pelukannya itu.
=====
Alia mencubit perut Amir. Geram betul dia dengan lelaki itu, dalam keadaan yang serius macam tu pun dia masih boleh mengusik gadis comel yang bergelar isterinya walaupun diawal usia 18 tahun. “Jom.. kita balik ke bilik ok.. Amir rasa letihlahh..nak tidur”. Kata Amir tersenyum.
Sunday, September 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment