Sunday, August 9, 2009

Kau Milikku dan Aku Milikmu

Suasana muram menerjah kesegenap ruang rumah Mak Su sempena Majlis Pertunangan Atilia dengan jejaka pilihan ibu ayahnya.Atilia yang baru selesai persekolahan tahap tingkatan 6 itu tidak pernah membangkang kata orang tuanya.

----

Lebih-lebih lagi perihal bakal suaminya. Cincin belah rotan disarung ke jari manis lalu tangan bakal ibu mertuanya dikucup syahdu.Setelah majlis selesai, Atilia masih mengurung diri di dalam biliknya.

----

Berasa seolah-olah dia sudah tiada masa depan lagi kerana bakal mendirikan rumah tangga pada usia yang sungguh muda. Sedih mengenangkan betapa dia telah bertungkus lumus belajar untuk berjaya dan seterusnya ke menara gading mengejar cita-citanya sebagai seorang doktor.

----

Dalam diam Atilia menyimpan perasaan cinta kepada seorang jejaka sekampung dengannya. “Mungkin dia bukan jodohku tapi aku tak dapat elak untuk menyintai dia sungguh pun dia tidak pernah aku kenali”. Bisik hati Atilia kesedihan.

----

Seperti biasa rutin setiap pagi yang dilakukan Atilia ialah menunggu jejaka idamannya melalui hadapan rumah Atilia ketika jejaka itu pergi bekerja. Begitu juga keadaannya Atilia akan keluar lagi pada sebelah petang untuk menunggu jejaka itu pulang. Siapakah jejaka itu? Atilia tidak pernah melihat wajahnya apatah lagi berada dekat dengannya.

----

Ibu : Sudahlah tu Ati, kamu tu tunangan orang. Tak elok kamu menunggu
orang yang kamu sendiri tidak kenali, sudah-sudahlah tu Ati..

Atilia : Tapi mak, Ati sayangkan dia. Ati dah jatuh cinta dengan dia mak.

Ibu : Astaqfirullah Ati Ati.. baik kamu masuk ke dalam mandi dan bersiap.
sekejap lagi sampai lah si Amran tu.

Atilia : Ati tak nak keluar dengan dia mak. Ati tak pernah suka dekat dia.
Ati tak kenal dia.. tolonglah jangan paksa Ati..

Ibu : Sudah tu Ati, apa yang mak buat untuk kebaikan kamu juga. Pergi
masuk..


Atilia menuruti kata ibunya, dia mencampakkan dirinya diatas katil. Lalu air mata mengalir lagi. Perlahan-lahan air mata yang berguguran diseka ke tepi. Atilia memilih baju kurung bewarna biru kundang untuk keluar makan malam buat pertama kalinya bersama tunangannya yang belum pernah bersua muka.

----

Selesai solat maghrib sebuah kereta perdana bewarna hitam pun tiba. Atilia sempat menjengah-jengah namun tunangan tidak keluar malah cuma membunyikan hon sahaja. “kurang ajar betullah mamat ni, sekurang-kurangnya keluar lah dahulu bersalaman dengan mak”. Bisik hati Atilia lagi.

----

Tangan ibunya disalam dan dikucup. Sebelum melangkah Atilia sempat menoleh ibunya. Satu pelukan dilepaskan seolah-olah dia tidak mahu pergi.“Pergilah sayang, semuanya akan baik-baik saja”. Bisik ibu Atilia.

----

Pintu kereta pun dibuka lalu salam dihulurkan. Mohd Naim Emran dengan segera menjawab salam. Sebelum bertolak Mohd Naim sempat melambai ibu Atilia. Suasana sunyi sepi. Atilia tidak memandang walau sedikitpun jejaka di sebelahnya. Manakala Mohd Naim juga mendiamkan dirinya.

----

Setelah duduk diruangan khas yang memang ditempah oleh Mohd Naim disebuah medan ikan bakar yang sememangnya cukup popular. Mohd Naim Emran meninggalkan Atilia berseorangan untuk membuat tempahan.

----

Setelah semua selesai Mohd Naim Emran duduk bersebelahan Atilia. Atilia cuma menundukkan kepalanya sahaja. Benci, geram dan takut bermain-main difikirannya ketika itu.

Naim : Atilia suka makan makanan laut kan? Mak yang cakap Atilia suka.
Atilia : Erm, ye Atilia memang suka. Tapi Atilia tak reti makan.
Naim : Ah?? Suka tapi tak reti makan? Macammana tu?
Atilia : Tak reti nak kopek udang, ketam, macam tu lah..
Jawab Atilia sengaja untuk mengenakan Naim.

----

Setelah seketika makanan pun sampai, namun Mohd Naim cuma menyenduk dipinggannya sahaja. Atilia hairan. “ kenapa mamat ni pelik sangat sejak dari dia datang jemput aku lagi”. Bisik Atilia sendirian.

----

Naim : Ok, Naim dah kopekkan dan dah bukak kulit ketam ni..so sekarang Naim
nak Atili nganga coz Naim nak suapkan..Kata Naim sambil tersenyum
manis.

Atilia : Uh? Suap? Naim ni giler ke? Sorry..Jawab Atilia sambil berlalu pergi.

----

Naim mengejar dari belakang. Atilia tidak mengendahkan panggilan Naim. Sampai sahaja di kereta Atilia berhenti. Naim ada dibelakangnya tercungap-cungap berlari.


Naim : Kenapa dengan Ati ni? Naim ada buat salah ke?

Atilia : (Menangis) tak…Naim takde buat salah apa pun..Ati yang salah..

Naim : Kenapa ni Ati? cakap je dengan Naim apa masalah Ati sebenarnya?

Atilia : Ati..Ati..suka dekat orang lain..Ati minta maaf Naim..Maaf…

Naim : Tapi, masa Naim tanya pada mak Ati, dia kata Ati tak pernah ada
teman lelaki.

Atilia : Memang tak pernah ada pun, pasal tu Ati sayang sangat dekat dia. Ati
sendiri tak pernah kenal siapa dia, macamana rupa dia, asal mana..
Ati tak tahu apa pun pasal dia…

Naim : Apa? Pelik. Habis tu? Mana Ati kenal dia? Kenapa Ati suka dan sayang pada dia? Apa kelebihan dia? Cakap Ati…cakap..

Atilia : Dia rajin pergi kerja, dia seorang yang tepati masa.Dia bermain bola. Dia Ada seorang kawan baik yang selalu bersamanya. Hidup dia sibuk dengan berbagai-bagai aktiviti. Biarpun Ati selalu duduk depan rumah tunggu dia, dia tidak pernah pandang Ati..perasaan Ati pada dia tinggi sangat..Ati dapat rasa dia seorang yang istimewa..Ati sayang dia Naim..

Naim : Hahahahaha…owhh pasal semua tu lah Ati jatuh cinta dengan dia?
Walaupun dia tu sebenarnya cacat?

Atilia : Cacat? Biarlah cacat pun..bagi Ati dia begitu sempurna..

Naim : Cacat kerana sangka Ati ni seorang gadis biasa..kerana Atilia adalah
seorang yang Terlalu istimewa.. Terima Kasih Ati..sebenarnya, Naim
perasan Ati selalu tunggu Naim..hehehe..

Atilia : (Tercengang) Naim…Naim..Naim ni…

Naim : Ye…mak Ati dah ceritakan semua tuh pada Naim dan
Naim pun bersetuju untuk mengambil Atilia sebagai teman hidup Naim..
Atilia binti Mohd Noor sudikah dikau menerima daku sebagai suamimu?


Atilia : Errr..se se..se..setuju! setuju sangat-sangat. Mak…time kaseeh


Ku sangkakan kau milikku pada pertama kali ku melihatmu, namun tidak kuketahui aku telah menjadi milikmu pada hari yang sama.


p/s : cerita ni pendek sangat. tiba-tiba terlintas cerita ni. so terus Lin tules..huhuhu.. semoga terhibur. sila berikan komen anda..trima kaseh.

No comments:

Post a Comment

Komuniti Bloggers Selangor [KBS]

Powered by BannerFans.com