Sunday, August 9, 2009

Kau Yang Teristimewa Bab 1

BAB 1

Sebuah majlis perkahwinan yang gilang gemilang adalah impian setiap insan yang bakal bergelar pengantin dan akan melangkah ke gerbang perkahwinan di mana bermulanya perkongsian hidup, suka dan duka bersama insan yang tercinta.

=====

Majlis Perkahwinan antara Amir dan Alia dilangsungkan dalam sebuah majlis yang besar besaran memandangkan Amir adalah satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Dato Zamri dan Datin Halimah selain adik bongsunya Ika. Tetapi berlainan pula dengan Alia yang merupakan anak kepada kawan baik Dato Zamri.

=====

Perkahwinan mereka adalah di atas persetujuan dan perjanjian antara kedua belah keluarga. Perkahwinan ini dipersetujui oleh kedua pengantin kerana menjaga hati dan perasaan ibu dan bapa mereka walaupun tidak pernah mengenali isi hati masing-masing.

=====

Majlis yang bertemakan hijau daun pisang dan putih sangat menarik ianya begitu ceria di samping kanak-kanak kecil yang lengkap berpakaian bidadari yang membawa bakul-bakul kecil penuh berisi bunga-bunga mekar.

=====

Di setiap penjuru belon yang bewarna ungu, merah jambu dan putih turut di gantung dan tampak begitu indah sekali. Di sepanjang laluan para tetamu pula buih-buih sabun berterbangan kesana kemari mengikut angin yang sepoi-sepoi bahasa pada hari yang begitu gilang gemilang majlis perkahwinan Amir dan Alia.

=====

Hari kian malam. Kerana kepenatan Alia terlentok tidur di kerusi dan masih berpakaian gaun pengantin putih keemasannya. Setelah selesai melayan tetamu baru Amir perasan isterinya tiada disisi. “Erm.. Amir? Mama tak nampak pun Alia isteri kamu..mana dia?”. Soal Datin Halimah kepada Amir yang tenang duduk sendirian diluar memerhatikan keindahan malam.

=====

“Uh,..Alia? dia dah tidur agaknya ma”. Jawab Amir selamba. “hehe..kalau iya pun..inikan malam pertama kamu..kenapa masih diluar pergilah temankan isteri kamu tu”. Kata Datin Halimah sambil tertawa kecil. Amir memandang mamanya sambil tersenyum. “sekejap lagi lah mama..Amir nak minum sikit..hauslah”. jawab Amir pula.

=====

Dalam hatinya penuh dengan kekocakan. Bagaimana harus dia meniduri isterinya yang baru sahaja berusia 18 tahun. Alia masih lagi seorang pelajar. manakala Amir sudah bekerja dan berusia 24 tahun. Terlalu jauh jarak antara mereka.

=====

Amir tidak faham dengan kehendak orang tua nya yang begitu tidak sabar untuk mengikat tali perkahwinan antara dia dan anak sahabat keluarganya itu dengan alasan Amir boleh menjaga Alia kerana dia kini sebatang kara selepas kematian kedua orang tuanya.

=====

Seingat Amir dia baru beberapa kali sahaja bertemu dengan Alia itupun setelah dia tamat belajar di universiti luar negara dalam bidang pengurusan perniagaan. Kali kedua iaitu semasa hari pengebumian ibu dan bapa Alia akibat kemalangan jalan raya setahun lalu dan yang terakhir ketika Mamanya mendaftar Alia bersekolah sama dengan adiknya Ika di Andalas, Klang supaya dekat dan mudah memerhatinya.

=====

Alia yang tidak mahu tinggal bersama-sama keluarga itu telah bersetuju untuk tinggal di asrama. Alia sememangnya jarang pulang ke rumah banglo tiga tingkat itu mungkin berasa kurang selesa. Sesekali dia pulang pun semata-mata untuk belajar bersama-sama Ika sebelum peperiksaan bermula.

=====

Amir cuba mengimbas kembali pertelingkahan kecil antara dia , Mama dan Papanya dua bulan sebelum majlis perkahwinannya.


Amir : Plis lah Mama.. Amir baru pulang dari study tak sampai setahun pun.
Mama : Mama bukan apa Mir, Mama dan Papa kesian dekat budak Alia tu. Family
Dia dulu banyak dah tolong Papa kamu sampai boleh berjaya sekarang ni.
Amir : Mama tahu kesian kat dia..tapi macamana dengan Amir Ma? Macamana?
Amir pun ada perasaan. Bagilah Amir bebas Ma buat pilihan Amir…
Papa : Kami bukan nak memaksa kamu Amir, tapi kamu tu dah besar panjang.
Fikirlah sikit Amir. Apa yang kami buat untuk kebaikan kamu jugak.
Mama : Betul kata Papa kamu tu sayang..terimalah ye..

Amir menundukkan kepalanya.. geram dan tidak boleh berkata apa dengan keputusan kedua orang tuanya itu.

=====

Sudah dua minggu Datin Halimah murung dan tidak banyak bercakap. Amir risau pula dengan tingkah laku Mamanya itu. Dia cuba mendekati Mamanya yang boleh dikatakan cuba mengelakkan diri daripada Amir beberapa hari ni. “Mungkin dia merajuk”. Bisik hati Amir sendirian.


Amir : Mama… kenapa Mama tak makan dengan kami tadi?
Amir : Mama… janganlah macam ni..Amir risau ni.
Sambung Amir lagi apabila pertanyaannya tidak dijawab Datin Halimah.
Mama : Takpelah Amir.. Mama ok je..Amir tak payah risau ok.
Amir : Mama Amir, kalau dia kata ok tu maknanya tak ok lah..kan?
Kata Amir tersenyum sambil tangan Mamanya diambil dan dikucupnya mesra.
Amir : Eh… kenapa ni Mama? Kenapa nangis ni?
Kata Amir gelisah apabila melihat Mamanya mengalirkan air mata.
Mama : Amir tu.. Amir dah tak sayang Mama lagi kan?
Amir : Mama Mama..Mamalah insan pertama di hati Amir..yang paling Amir
sayang. Mama janganlah macam ni Ma… berdosa Amir buat Mama
mengalirkan air mata macam ni..ampunkan Amir Ma..

=====

Kata Amir sambil memeluk erat Mamanya. Dia berasa sebak kerana dia tahu Mamanya bukanlah seorang yang mudah mengalirkan air mata kecuali atas satu-satu perkara yang menguris perasaannya.

=====

Kesedihan itu berakhir dengan persetujuan Amir melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan Mama dan Papanya. Amir pula sering murung dan gelisah memikirkan yang dia bakal bergelar seorang suami dalam masa dua bulan lagi. Begitu banyak perkara yang harus di uruskannya.

=====

Tetapi apabila melihat Mama, Papa dan adiknya tersenyum gembira menguruskan hal-hal perkahwinannya, dia kembali tersenyum. Bagi Amir, keluarganya adalah satu-satunya harta yang paling beharga dalam hidupnya.


Bibik : Maaf tuan.. apa tuan mahu saya buatkan air minuman?
Soal bibik yang tiba-tiba mematikan lamunan Amir sebentar tadi.
Amir : Erm..takpelah bik..saya nak masuk tido.
Balas Amir ringkas.
Bibik : tadi Datin bilang tuan mahu minum jadi kini udah tidak yah?.Owh kalau
begitu bagus kok..lagi hari udah malam ini tuan.

Bibik cuba bertanya lagi.

Amir : Iye.. takmo.

=====

jawab Amir sambil berjalan menaiki anak tangga ke tingkat atas.
Perlahan-lahan pintu bilik dibuka. Amir membuka jam ditangannya lalu diletakkan di atas meja hias. Membuka pakaian dan menyarung tuala. Sebelum kebilik mandi dia sempat menjengah isterinya yang nyenyak tertidur. “Ah…kejap lagi lah..kalau aku kejutkan dia sekarang tak memasal dia menjerit-jerit pulak tengok aku seksi sangat macam ni”. Bisiknya.

=====

“Trut Trut..Trut..Trut..”. telefon berbunyi.
Di talian : Assalammualaikum bro, wat apa tuh? Hehehe sory la kami
mengganggu malam-malam gini.

Amir : Eh.. Waalaikumsalam korang ni aku dah agak dah mesti malam-malam nak kacau..aduhh lupa plak aku nak off handphone ni tadi.. hahha siot je
korang ni.Kata Amir sambil ketawa.

Di talian : Hahahaha.. malam masih muda, isteri pun muda lagi.. perhh sedap la.
Kata rakan-rakan Amir di talian.

Amir : Siot lah korang ni.. nak kenakan aku je..dah-dah.. aku nak mandi ni.
Balas Amir yang masih lagi tersenyum sumbing.
Di talian : Mandi???? Lahh cepatnya ko projek bro? kira kitaorang terlepas lah ni?
Beberapa rakan Amir di talian tidak henti-henti mengusiknya.
Amir : Adoiiiii.. sakit otak aku.. weii.. aku tak sentuh dia lagi..bodo..hahah
Tergelak besar Amir menjawab nakal persoalan kawan-kawannya itu.

=====

Seperti biasa usikan nakal dari kawan-kawan pada malam pertama setiap pengantin baru. Antara kenangan manis yang akan dikenang dihari-hari mendatang bersama- sama. Amir masih lagi tersenyum, sambil menarik nafas panjang Amir mendongakkan kepalanya. Betapa dia bersyukur ke hadrat Illahi. Dia kini sudah pun bergelar seorang suami, meletak harga diri seorang gadis ke peringkat yang tertinggi dengan menjadikannya seorang isteri dan berjaya memenuhi impian Mama dan Papanya. Amir tersenyum lagi.

=====

Selepas selesai mandi Amir terus bersolat. Tikar sejadah di lipat dan diletakkan didalam laci perlahan-lahan. Dia begitu risau akan mengejutkan Alia yang sedang nyenyak. Amir mencangkung dihadapan isterinya. Dia tidak tahu samada untuk angkat dan letak isterinya diatas katil atau terus mengejutkannya. Serba salah pula rasa dihatinya.

=====

Amir : Haizz… macamana nak pegang ni? Bisik Amir .
: Boleh ke aku pegang ni? Adoiiii.. kena mintak kebenaran dulu ke?
: Bagi salam dulu tak? Hishhh.. bagi salam kat orang tido? Gila lah..

=====

Amir menyentuh lengan isteri yang baru dinikahinya dengan jari telunjuk. Jari telunjuk??? Hanya dengan sebatang jari? Amir takut-takut menyentuh Alia yang sedang nyenyak tidur. Kemudian Amir menadah tangan mulutnya terkumat kamit membaca doa. “Ermm… aku layak per nak pegang dia.. aku kan suami?”. Bisik hatinya lagi.

=====

Dengan lafaz Bismillahirrahmahnirrahim, perlahan-lahan Amir mengangkat Alia. Alia masih nyenyak dan tidak sedarkan diri malah tangannya turut memeluk leher Amir ketika diangkat. Amir memerhatikan wajah isterinya. “Boleh tahan jugak budak ni.. selamba je dia peluk aku.. tak bleh tahan..”. bisik hati Amir lagi dia tersenyum nakal.

=====

Tidak pernah selama ini dia serapat ini dengan Alia. Mereka sering berjauhan apatah lagi untuk bersentuhan. Alia yang sebelum ini menganggap Amir cuma sebagai abangnya sahaja kini sudah bergelar suami isteri. Apakah mereka boleh mengharungi kehidupan sebagai suami isteri bersama-sama??

=====

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Komuniti Bloggers Selangor [KBS]

Powered by BannerFans.com