Sunday, August 9, 2009

Kau Yang Teristimewa Bab 3

“Hei…pengantin baru dah sampai…mana semua orang keluar cepat sambut jejaka macho ni”. Kata Dato Zaidi adik kepada Dato Zamri. Dia memang begitu sayangkan anak sedaranya itu. Sepatutnya Amir dijodohkan bersama Tasya iaitu anak sulong dari 3 beradik itu. Namun tidak kesampaian.

=====

Alia berasa keseorangan. Kehadirannya tidak diperdulikan. Amir sememangnya begitu sibuk dengan keluarga unclenya. Manakala Ika pula sebok dengan sepupu-sepupunya. Alia keseorangan. Terasa geram pula dan memang sudah dijangkakan perkara ini akan terjadi lebih-lebih lagi apabila Alia terdengar perbualan antara Tasya dan Mamanya semasa hari perkahwinannya.

=====

Tasya : Mama.. tengoklah perempuan kampung tu.. last-last dia yang
dapat Amir". Kata Tasya menggedik di hadapan Mamanya Datin Sherry.
Datin Sherry : Takpe-takpe sayang.. hari ni hari dia..esok-esok hari kamu pula.

Jawapan Datin Sherry itu menimbulkan syak wasangka di hati Alia. Alia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh bersetuju menikahi Amir yang sudah dianggap abang kepadanya.

=====

Lebih-lebih lagi dia sudah menganggap keluarga Dato Zamri seperti keluarganya sendiri. Tetapi kerana deraian air mata dan pujuk rayu dari Datin Halimah yang begitu beria-ria hendak menjadikannya menantu dalam keluarga itu terpaksa diturutinya juga.

=====

Sungguhpun Alia tidak tahu penerimaan Amir terhadap dirinya yang sebatang kara dan tiada apa-apa harta. Lamunan Alia termati apabila Ika menjerit memanggil namanya yang masih terpaku di kereta.

=====

Amir tidak henti-henti berbual bersama keluarga unclenya kadang-kadang mereka ketawa. Tidak tahu apa lucu sangat, dan apabila ada masa terluang Amir ditarik pula oleh Tasya yang mengajaknya berbual bersama berdua-duaan.

=====

Sesekali sempat juga Amir menjeling isterinya yang keseorangan yang leka memerhati keindahan dan kehijauan rumah agam dalam taman itu, sungai yang mengalir sepi sesekali anak-anak ikan di lihat turut bermain-main di gigi air membuat hati Alia sejuk dan bisa tersenyum sendirian. Namun dia tetap merasa seperti dipulaukan.

=====

Amir sedar kesepian isterinya tetapi dibiarkan sahaja takut-takut kalau dia akan memanjakan Alia sehingga dia tidak pandai untuk belajar dan menyesuaikan dirinya dalam keluarga Amir suatu hari nanti.

=====

“Erm…oklah Tasya..abang nak masuk tidur dulu..dah lewat ni..esok kita borak lagi ok..kata Amir sambil mencubit pipi Tasya yang sudah dianggap adik kepadanya. Amir tercari-cari Alia. Tetapi tidak jumpa. Melihat Ika sudah pun tidur bersama sepupu-sepupunya yang lain. Amir terus masuk ke biliknya. Masuk sahaja Amir mendengar esakan kecil.


Amir : Hey…kenapa ni?
Soal Amir sambil memegang bahu Alia mengadapnya.
Alia : Alia pantas mengesat air matanya.
Amir : Amir ada buat salah ke?
Soal Amir sambil mengangkat dagu Alia sedikit mendongak.
Alia memejamkan mata. Amir tersenyum.
Amir : Bosan yer..Alia tak biasa lagi kat sini..memangla macam tu..esok-sesok
Ok lah tuh..". kata Amir lagi.
Amir : Dah la tuh ok sayang pergilah tidur besok kene bangun awal ok?.
Pinta Amir penuh kemesraan.
Alia : Erm.. Alia nak tidur dekat sofa.. abang tidurlah dekat katil..
Kata Alia lembut kepada Amir yang baru sahaja selesai mandi.
Amir : Kenapa ni? Kita kan suami isteri? Tidur sama-sama ok.
Balas Amir kepada pernyataan Alia sebentar tadi.
Alia : Tapi Alia nak tidur kat sofa jugak..!
Kata Alia cuba berkeras di dalam manjanya. Amir merenungnya.
Amir : Amir cakap tidur sama-sama.. faham kan?

=====

Kata Amir sambil menyarung baju dibadannya. Amir naik ke atas katil dan menepuk-nepuk tilam. “Sini…naik atas ni..sekarang..”. kata Amir tersenyum nakal. Alia berdiri dan kaku disitu. Takut dan geram dengan lelaki dihadapannya itu.

=====

Tidak semena-mena air mata membasahi pipi. Bantal masih dipelukannya. Amir menggelengkan kepala. “Ok..ok.. suka hatilah..kalau nak tidur sorang-sorang..tapi biar Amir tidur dekat sofa Alia tidurlah atas katil..Amir tak kacau”. Balas Amir selamba. Pengantin baru itu sememangnya masih belum menikmati malam pertama mereka.

=====

Keesokkan harinya Alia bangun pagi-pagi semua orang sudah tiada. “Owh..Cik Alia kan?...semua Keluarga Datok sudah keluar pergi berjoging di taman depan tu”. Kata orang gaji keluarga itu. Setelah selesai mandi Alia terus bersarapan sendirian.


Datin Sherry : Ah..tuan puteri dah bangun ingatkan tidur lagi...
Kata Datin Sherry.
Tasya : Kalah tuan puteri kan mama??". Balas Tasya pula.
Alia : Baru balik? Auntie, uncle..tasya...".
Soal Alia. Roti di tangannya terus diletakkan di piring di hadapanya.
Tasya : Yela… kami bukan macam kau.. tidur bangun lambat kalah tuan puteri.

Sekali lagi Tasya menghina Alia.

=====

Alia cuma mampu terdiam. Air mata sudah bergenang di kelopak matanya., terasa begitu hina dan malu sekali. “Morning.. dah bangun?”. Kata Amir pula yang baru sahaja masuk. Alia terus bangun dan bersalaman sambil mencium tangan suaminya. Air mata menitik di tangan Amir.

=====

Amir merenung isterinya. Alia segera mengesat air mata dan cuba memalingkan wajah nya kearah lain lari dari pandangan Amir namun tangannya masih digenggam Amir dan jari jemari halus Alia di ciumnya berkali-kali, Amir cuba memujuknya.

=====

Dua Hari berlalu.

Dalam perjalanan pulang Ika sibuk bercerita keseronokkannya bermain dan berbual bersama sepupu-sepupunya iaitu adik kepada Tasya. Tamia dan Tania sepasang kembar yang sama baya dengan Ika dan Alia. Amir hanya tertawa mendengar celoteh adiknya. Sesekali dia menjeling Alia yang masih mendiamkan diri. “bang berhenti kejap kat kedai depan tu..adik nak beli kek.. lapar lah”. Kata Ika.


Setelah berhenti..


Alia : Abang.. Alia pun nak keluar juga, bolehkan?..
Soal Alia memandang Amir yang sedang leka memerhati adiknya.
Amir : Apa? Alia nak pergi mana?”
Soal Amir pula.
Alia : Alia..Alia nak pergi ke tandas.. tu kat sebelah pasaraya tu”
Kata Alia sambil menunjuk kearah tandas tersebut.
Amir : Erm..kalau Amir kata tak boleh macammana?..
Soal Amir lagi tersenyum nakal..Alia mengerutkan dahinya dan
memandang keluar tingkap semula.
Amir : Hehehe.. Amir main-main jela.. pergilah cepat kang habis basah pulak
kereta Amir ni ..hehe..

=====

Usik Amir sambil ketawa. Alia pun keluar menuju ke tandas disebelah kedai tersebut. Amir melihat dari dalam kereta. Tiba-tiba kelihatan kelibat Alia didepan pintu tandas melambai-lambai Amir dari jauh. Amir berasa pelik sekali. Lalu dia pun keluar dan berjalan perlahan-lahan ke arah Alia dan terus hadapan tandas tersebut.

=====

Amir : Kenapa nih? Alia panggil Amir ke?". Soal Amir kehairanan.
Alia : A’ah.. Alia panggil.. Alia… Alia… erm.. Alia..
Amir : Alia apa?
Amir mencelah apabila Alia tergagap-gagap berbicara.
Alia : Alia… Alia… datang bulan.. boleh tak abang tolong belikan Alia
tisu wanita kat kedai tu..". Kata Alia malu-malu.
Amir : Ape??? Hahahahahha.. aduhh.. hahahaha.. ohh itu rupanya patutlah asyik
tergagap-gagap je.. rupa pun dah merah-merah ni.. hahaha..

kata Amir sambil tergelak besar.

=====

“Nah..ambik ni..betul tak ni jenamanya..hehehe”. kata Amir sambil tertawa. Lalu masuk semula kedalam kereta. “abang pergi mana? Orang sampai-sampai abang takde pun? Alia mana?”. Soal Ika. “pertama kali dalam hidup abang pergi kedai beli tisu wanita..hahahah”. Kata Amir sambil tertawa.

=====

“Apa?? Alia period? Asal tak panggil Ika tadi..hahha kelakar la Alia ni”. Ika turut ketawa. Alia pula memasuki kereta dengan muka yang kemerahan menahan perasaan malunya sebentar tadi. “dah sayang? Hehehe”. Soal Amir tertawa lagi.

=====

“Hish abang ni..dah la tak baik tau usik dia selalu sangat..kang dia nanges pulak..”. kata Ika cuba menghentikan usikan nakal abangnya itu. “Ala…lagipun..minggu ni abang kene cuti la jugak kan? Padan muka abang..”. usik Ika kepada abangnya.

Amir terhenti ketawa sempat menjeling adiknya melalui cermin pandang belakang.

=====

XD bersambung lg...

1 comment:

  1. Bestnya cerita awak...bila nak sambung xsabar ni...bagi panjang sikit cerita n sikit romantik ok...cepat sambung..thankx.....


    Good Luck.........

    ReplyDelete

Komuniti Bloggers Selangor [KBS]

Powered by BannerFans.com