Jam tepat menunjukkan pukul 4 pagi. Alia terkejut dari tidurnya. Melihat satu tubuh yang sasa berada di sebelahnya Alia bingkas bangun tetapi kerana kelam kabut Alia terjatuh dari katil lalu menjerit dalam kepekatan malam dan tanpa disedarinya dia telah memecahkan lampu tidur di sebelah katilnya.
=====
Keluarga mertuanya terkejut dengan jeritan dan bunyi bising di awal pagi. Lalu mereka semua berlari ke bilik Amir untuk melihat apa yang terjadi. Alia membuka pintu dan Dato Zamri yang mula-mula terpacul dihadapan pintu “Ada apa ni Alia? Kamu tak apa-apa? Soal Dato Zamri melihat Alia yang pucat lesi sambil termengah-mengah menahan perasaan takutnya.
=====
“Ada.. ada … ada.. orang dalam bilik ni..”. kata Alia terketar-ketar sambil menunjukkan kearah katilnya. Dato dan Datin terpinga-pinga sambil memandang satu sama lain. Manakala Ika gelak pecah-pecah perut melihat situasi itu. Bibik pula tersenyum- senyum simpul. Amir berdiri dibelakang Alia sambil mengosok-gosokkan matanya. Amir yang tidak tahu apa-apa baru sahaja bangun dari tidur setelah kepenatan.
=====
“Ada apa ni papa mama?”. Soal Amir. “Ni..isteri kamu tiba-tiba menjerit-jerit..mama dan semua ingatkan kenapalah tadi..terkejut kami”. Kata Datin Halimah sambil menjeling Alia. Alia cuma mampu tertunduk malu sambil menutup mulutnya.
=====
“Erm..takde apalah ma pa..adik dah la tu jangan gelak-gelak pulak..sume pergila turun..jap lagi subuh..nanti dah selesai semua kita minum sama-sama ok”. Kata Amir sambil menutup daun pintu. Wajah Alia yang kemerahan ditenungnya.
=====
“U ni kenapa sayang..dah lupa ke yang u dan berkahwin dengan I..”. kata Amir sambil menuju kebilik mandi untuk mengambil air sembahyang. Keluar bilik mandi Amir melihat Alia menangis. “Lorh…kenapa pulak ni? I saketkan hati u ke?”. Soal Amir tapi kali ini dengan lebih lembut.
=====
“Ma..maafkan Alia..Alia..Alia..tak sedar diri.. i mean lupa..yang kita dah kawin..sorry”. jawab Alia sayu. Amir tertawa kecil tetapi tidak ditunjukkan kepada isterinya itu. “Dah..pergilah mandi lepas tu solat. Balas Amir berpura-pura tegas matanya cuma memerhati Alia yang berjalan lesu ke bilik mandi. Amir tertawa sendirian.
=====
Setelah selesai mengaji dan bersolat, baru Amir mandi. Keluar dari bilik mandi Amir lihat Alia masih ada didalam bilik. “Aik..kenapa Alia tak turun lagi..tunggu Amir ke? Soal Amir sambil tangannya tidak henti-henti mengelap rambutnya. “Erm..Alia nak salam dulu’’. Jawab Alia ringkas sambil mendekati Amir.
=====
“Uh?? Salam?. Soal Amir kemudian terdiam melihat Alia yang mendekatinya. Alia menghulurkan tangannya dan disambut Amir. Tangan Amir di salam dan dicium Alia lembut. Kemudian dia menarik tangan nya tetapi digenggam oleh Amir. Wajah Amir ditenungnya. Amir tersenyum.
=====
“Assalammualaikum Ma Pa”. salam diberikan Amir. Satu ciuman dilepaskan ke pipi kedua-dua orang tuanya. “Hi Alia…nyenyak tak tidur malam tadi?”. Soal Ika sambil tertawa. “Auwww sakitlah”. Jerit Ika apabila dicubit mamanya kerana nakal mengusik kakak iparnya yang sama baya dengannya.
=====
Malah mereka adalah kawan baik dan rakan sekelas. Alia cuma menjeling kepada Ika manakala Ika pula menjelirkan lidahnya mengejek. “Ma, Pa, Amir nak bawak Alia pergi rumah uncle kat kajang hari ni..Ma dengan Pa ikutlah sama”. Amir memperlawa Mama dan Papanya.
=====
“Ahhh kami tak payah lah pergi..kamu tu yang penting kena pergi..tu bawak Alia isteri kamu tu..biar dia kenal uncle dan untie..nanti tidaklah orang kata dah berkahwin kamu ni sombong..faham tu”. Kata Dato Zamri menasihati anaknya.
=====
“Erm.. kalau Mama dengan Papa tak mahu pergi biar Ika je ikut temankan Alia boleh kan Ma Pa”. Ika cuba memujuk Mama dan Papa. “Erm,..elok jugak tuh..coz Mama dan Papa pun tahu..Amir kalau kat sana sebok nanti borak dengan auntie dan uncle takut sampai lupa kat Alia nanti Alia boring pulak”. Balas Amir menyokong Ika ikut sama agar Alia tidak begitu kekok disana nanti.
=====
Datin Halimah : Beg semua dah bawak?
Soal Datin Halimah kepada Alia.
Alia : Dah auntie.. semua da siap.
Jawab Alia lembut.
Datin Halimah : Apaaaaa?? Auntie??? Amirrrrrrrrrr!!
Jerit Datin Halimah.
Amir : Eh ada apa ni Mama..tekejut Amir tadi..
Balas Amir berlari kearah Mamanya.
Datin Halimah : Ini..isteri kamu ni..dia panggil Mama kamu ni ‘auntie’ kamu kena
ajar dia sikit lepas ni. Balas Datin Halimah.
=====
Amir merenung isterinya. Alia tertunduk kaku. Di perkarangan rumah. “Mama Papa kami pergi dulu yer” kata Amir memasuki keretanya. “Weiii Alia…yang ko duduk belakang ni apehal? Ko pergilah duduk depan sebelah abang..hishh ko ni sengallah”. Jerit Ika apabila melihat Alia masuk ke dalam kereta dan duduk disebelahnya. Ika tertawa besar. Alia yang terkejut dengan jeritan Ika segera menarik begnya dan keluar lalu ke tempat duduk hadapan.
=====
Amir merenung tajam. “ laaaa.. Alia ni kenapa? Masih tak sedar diri dah jadi isteri Amir ke?”. Soal Amir selamba. Geram pula dihatinya dengan perangai dan tingkah laku Alia sejak pagi tadi lagi. Alia masuk dan duduk diam. Amir cuma memerhatikan setiap tingkah lakunya.
=====
“Cik adik sayang..masuk kereta pakai tali pinggang ni..untuk keselamatan..”. kata Amir sambil mendekati Alia dan menarik tali pinggang lalu dipakaikan kepada Alia. Ika terkekek-kekek ketawa melihat perangai abang dan kakak nya. Datin Halimah menggeleng-gelengkan kepalanya manakala Dato Zamri tertawa kecil melihat kelucuan Alia.
=====
“Abang nanti berhenti kejap kat mana-mana stesen rehat..adik nak buang air kecillah..”. kata Ika setelah setengah jam perjalanan. Setelah sampai Ika pun turun lalu berlari ke tandas berhampiran. Amir memerhati adiknya dari dalam kereta lalu matanya dialihkan pula ke Alia yang asyik memandang keindahan diluar sana, dia hanya diam membisu sepanjang perjalanan.
Amir : Hei sayang”. kata Amir sambil mendekati isterinya.
Alia : Uhhhh!". Alia terperanjat.
Amir : hahaha.. Alia ni cepat sangat terperanjat dan kelam kabut kan?”.
Kata Amir sambil mengusap rambut Alia walaupun dia tahu Alia masih
belum biasa dengan dirinya.
=====
“Ehem..ehem…buat apa tuh”. Kata Ika mematikan usikan Amir terhadap Alia. Amir membetulkan kedudukannya sambil memakai semula tali pinggang keselamatan. Alia seperti biasa hanya memandang keluar tingkap mengelak dari ditenung oleh Amir.
=====
Meremang bulu romanya apabila didekati Amir sebegitu. Setengah jam kemudian mereka pun sampai di kampung halaman papa nya. Kajang, Selangor.
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment