Sunday, June 14, 2009
Sungai Klang?????
Pic ni di ambil kat tmn rekreasi/tmpt org joging2/tmn mainan bersebelahan sungai klang.
ada masjid yang baru sahaja dibina..cantik sgt2..
kami adik beradik lepak2 kat sini kalau ada masa lapang..org dewasa bleh joging. budak2 bleh main..cuma kne hati2 tepi sungai..huhuhu
Smoga sungai klang ni terus terpelihara..
Yeyyy kami juara
Kemenangan Kawad terbaik peringkat Negeri Selangor pada Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 ogos 2008 yang diadakan di pdg MBSA Shah Alam. Juara Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM)Negeri Selangor.
Lin anggota sukarelawan pertahanan awam.. seronok byk aktiviti yg boleh di join bersama. cari lah Lin dlm pic ramai2 tu..hehehe -malu2-
Tuesday, June 9, 2009
Cerpen Cikgu Adam
Setiap hari Adam akan dimarahi guru kerana terlewat. Belum lagi kelas tamat Adam telah ponteng kelas dan balik kerumah. Perbuatannya ini menimbulkan kemarahan setiap guru disekolahnya.
Ustaz Azhar adalah seorang guru pendidikan Islam dan guru disiplin sekolah. Ustaz Azhar kenal benar dengan perangai Adam, walaupun Ustaz akui dia seorang pelajar yang baik, pandai mengaji Al-Quran, boleh menjadi Imam, dan dapat menyiapkan setiap kerja sekolah yang diberikan tetapi mengapa dia berkelakuan sedemikian.
Ustaz Azhar berazam untuk membantu Adam menyelesaikan apa sahaja masalah beliau. Ustaz Azhar yang berada di dalam keretanya perlahan-lahan mengekori Adam yang berjalan kaki pulang ke rumah. Ustaz Azhar terkejut kerana Adam berjalan pulang kerumah sejauh 30 minit keseolah adiknya dan 30 minit lagi ke rumahnya..
Sebelum sampai kerumah Adam singgah di sekolah rendah untuk mengambil adiknya dan mereka akan berjalan bersama-sama meredah terik matahari petang dan hujan kerana tinggal jauh di pedalaman. Kadang kala Adam akan mendokong adiknya yang baru darjah dua dibelakangnya manakala beg sekolahnya pula akan digantung dihadapan.
Menitik air mata Ustaz Azhar melihat kelibat dua beradik itu dari jauh. Terasa sedih dihatinya melihat kesengsaraan Adam yang kuat menempuhi hidupnya yang sedemikian rupa.
Keesokkan harinya sewaktu di kelas Ustaz Azhar memanggil Adam, “Adam, petang ini setelah tamat persekolahan saya akan hantarkan kamu pulang..kamu tunggu saya di kereta ya..”
“Tapi Ustaz…. Tidak mengapalah..saya boleh pulang sendiri.. kenapa pula Ustaz hendak menghantar saya pulang? Soal Adam terketar-ketar. “kenapa… salah ke seorang guru menghantar anak muridnya pulang..lagipun Adam, kebetulan saya lalu jalan itu hari ini..” jawab Ustaz Azhar tegas. “Baik..Ustaz”. Jawab Adam sayu.
Tiba-tiba sewaktu didalam kereta Adam menangis, Ustaz Azhar terkejut lalu memberhentikan kenderaannya. “ Eh! Kenapa dengan kamu ni Adam..kenapa kamu menangis..cakaplah dengan saya..jangan malu-malu kalau kamu ada masalah..cakap Adam..cakap”. Kata Ustaz Azhar menunjukkan simpatinya.
“Setiap hari pada waktu rehat saya akan bekerja di kantin sekolah untuk mendapatkan dua bungkus nasi dan dua ketul kuih. Satu nasi untuk ibu saya dan satu lagi untuk adik saya”. Kata Adam sambil mengelap air matanya. “kalau begitu?....kamu makan apa Adam..? soal Ustaz Azhar kehairanan.
Adam tersenyum sambil menjawab “untuk saya…beberapa ketul kuih sudah memadai ustaz..”. “Kerana itu saya pulang awal setiap hari untuk menjemput adik saya..satu hari tanpa makanan…dia mesti lapar Ustaz..”. sambung Adam lagi melihat gurunya itu tekun mendengar masalah yang ditanggungnya.
Tangisan Adam sudah terhenti..namun air mata lelaki Ustaz Azhar pula membasahi di pipi.. “Maafkan saya Adam. Saya tidak berniat untuk buat awak bersedih, dan saya tidak sangka kehidupan awak begitu daif sekali. “Adam….izinkanlah saya membantu awak Adam..pihak sekolah juga akan membantu awak dalam masalah ini.
Awak jangan risau lagi..Cuma berjanjilah Adam..belajar rajin dan bersungguh-sungguh demi STPM awak ini. Saya janji saya akan menolong awak”. Kata Ustaz Azhar sambil memeluk bahu Adam. Adam menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Mungkin sudah tiba masa dia berkongsi masalahnya dengan insan lain supaya tidak menanggung beban yang berat sendiri. Sekurang-kurangnya masalahnya tidak membebani otaknya yang akan bertempur demi cita-citanya.
Bangun pagi seawal jam 5 Adam bersiap-siap untuk kesekolah, buka sahaja pintu rumahnya yang uzur itu Adam ternganga kehairanan. Sebuah basikal baru siap berikat reben terletak dihadapan rumahnya. Adam dengan perasaan ingin tahu terus mendapatkan basikal tersebut dan di reben itu terletak sekeping nota.. “ Assalamualaikum, Adam..belajar bersungguh-sungguh ..saya sentiasa menyokong kamu”.
Adam tersenyum dia tahu pemberian itu dari Ustaz Azhar. Adam begitu gembira sekali menghantar adiknya kesekolah dan memecut laju ke sekolahnya. Dalam hatinya tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan Ustaz Azhar untuk mengucapkan terima kasihnya kepada beliau.
Setelah puas Adam mencari di satu sekolah namun Ustaz Azhar tidak juga ditemuinya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke Bilik Guru. Adam dimaklumkan bahawa Cikgu Azhar terlibat dalam kemalangan sejurus dia keluar dari simpang rumah Adam setelah dia menghantar basikal hadiah pemberiannya kepada Adam.
Seperti tahu dia akan pergi, Ustaz Azhar telah meninggalkan pesan kepada guru besar agar memberikan duit belanja pada setiap bulan sebanyak 200 ringgit buat Adam dan adiknya. Duit itu adalah hadiah yang paling bermakna buat Adam sehingga dia menamatkan persekolahan tingkatan 6. Akhirnya Adam berjaya. Alhamdullillah, jasa Ustaz Azhar tidak sia-sia.
Adam mengelap air mata yang jatuh berguguran dan tersenyum “setiap kali perhimpunan kamu akan mendengar cerita yang sama pada setiap pagi sebelum ini ..pasti kamu semua dah bosan mendengarnya..” kata Adam cuba menyembunyikan lagi air matanya yang berguguran. Adam mendengar tepukan yang kuat sekali dari semua murid-murid sekolahnya itu.
Salah seorang murid bersuara,
“Tidak Cikgu, kami tidak pernah bosan mendengarnya.. kami pun ingin menjadi seperti cikgu.. cikgu seorang yang bersemangat kental..kami bangga dengan cikgu..” kata murid-muridnya.
Mohd Naufal Adam kini adalah Guru Besar di sekolah tempat dia bersekolah dahulu. “saya tidak pernah sempat untuk mengucapkan terima kasih pada Ustaz Azhar…saya masih lagi kecewa sehingga kini..” kata Adam sayu ketika itu dia sedang memberi ucapan sempena perasmian Hari Guru di sekolahnya.
Wakil pelajar bersuara. “Sebenarnya kami semua yang patut berterima kasih kepada guru Cikgu Adam. Kerananya Cikgu ada disini disamping kami dan membantu kami semua untuk berjaya. Ustaz Azhar..terima kasih..Cikgu Adam terima kasih, juga kepada semua guru-guru..terima kasih.. terima kasih di atas segala-galanya.
Pengorbanan dan jasamu tiada galang gantinya. Sebelum semua murid-murid menyerahkan bunga mawar merah kepada guru-guru tercinta.
Selamat hari Guru Cikgu, kenangan terindah bersamamu.
p/s : Cerita ni kisah benar yang pernh diceritakan oleh guru Lin masa sekolah menengah dulu. Memang ada orang yang daif seperti ini.
Masa kisah ini diceritakan semua pelajar menangis insaf kerana kami memang pelajar kelas nakal. tapi cikgu kami tidak pernah bagitahu mcmn dia dapat cerita ni.
Semasa menulis cerita ni Lin menangis2, coz teringat kt cikgu. nama cikgu pun ada adam..uwaaaa
Cerpen Terima Kasih Cikgu
Cerpen ini di tujukan khas buat Cikgu Noraini SMK Jalan Kebun
Kisah Zaman Persekolahanku dahulu. Kisah seorang pelajar yang baru sahaja bertukar sekolah dari sekolah di bandar besar ke kampung yang terpencil. Sudah tentu perkara ini menjadi teramat sukar buat A’lia yang sudah terbiasa dengan kehidupan di kota besar.
Pada hari pertama persekolahannya A’lia telah ditegur di Bilik Guru “ A’lia, cikgu harap awak faham sekolah ini sekolah baru dan semua pelajar Islam disini dinasihatkan supaya bertudung boleh kan jika saya minta awak juga begitu..?” kata Cikgu Noraini, guru Penolong Kanan, mata pelajaran Sains merangkap guru disiplin sekolah. “ Bengang betullah cikgu nih.. kalau dah kampung tu kampung jugak..”. bentak A’lia.
Walaupun A’lia adalah seorang pelajar pintar disekolahnya, dia terpaksa dimasukkan ke kelas terakhir kerana kekurangan bilik darjah dan pelajarnya yang ramai. Bertambah-tambah perasaan benci A’lia terhadap sekolah barunya itu.
Setelah dua minggu bersekolah A’lia mula bergaul dengan pelajar-pelajar nakal sekolah itu dan terikut-ikut dengan kelakuan mereka. Mereka suka melepak dibelakang sekolah, rosakkan kenderaaan guru, buli kawan-kawan, merokok dan mencuri. A’lia menjadi seronok dia juga sudah pandai buli kawan-kawannya sendiri. A’lia juga sudah pandai berbohong pada guru-gurunya.
Pernah A’lia ditahan oleh pengawas didalam tandas sekolah kerana ponteng kelas A’lia telah dibawa ke Bilik Guru dan dirotan. Dia sedar perbuatannya itu tetapi kerana pujukan kawan-kawan dia terleka. Peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia telah pun berlalu...alangkah terkejutnya A’lia kerana dia kecundang dalam peperiksaan percubaan tersebut. “Arhhh...tension betullah..macam mana ni? Aku takut nak balik jumpa mak dan abah..aku takut..” bisik hati kecilnya. A’lia berlari keluar dari Bilik Guru setelah kesedihannya tidak dapat dibendung lagi.
Ketika berlari A’lia terserempak dengan Cikgu Noraini dan Cikgu Noraini menahan A’lia. A’lia begitu malu sekali tidak tahu kemana nak pergi, di wajahnya air mata berjujuran mengalir dan terdengar satu esakan kecil tanda kehampaan. “A’lia! Awak sudah berjaya..jangan mengalah! Awak mesti cuba lagi.. ini bukan yang terakhir ini baru sahaja permulaan.. kamu mesti berjaya! Janji pada cikgu A’lia..”. A’lia cuma memandang wajah Cikgunya berlalu pergi.
Sewaktu pulang ke rumah A’lia dapati mak dan Abahnya sedang menunggu untuk mengetahui keputusan peperiksaan percubaannya tiba-tiba air matanya berguguran semula, ibunya pun bertanya “kenapa ni A’lia...kenapa menangis? ibu A’lia memegang tangan A’lia dan berkata lagi “A’lia...A’lia anak mak..mak tahu dan tidak mengapa sekiranya A’lia gagal sekali pun..kerana A’lia telah berusaha, kalau gagal lain kali cuba lagi ye sayang.”
A’lia terus memeluk tangan ibunya dan memohon maaf kerana sebelum ini A’lia tidak pernah belajar bersungguh-sungguh mak..dan sering ponteng kelas juga selalu buli budak-budak lain dan pernah pecahkan cermin kereta cikgunya.
Keesokkan harinya A’lia hadir kesekolah bersama ibunya. Sampai dibilik guru mereka disambut dengan salam dan senyuman dari Cikgu Noraini. “Ada apa ni Puan, boleh saya bantu?” soal Cikgu Noraini sambil tersenyum. “Cikgu….saya datang ni nak minta maf bagi pihak anak saya A’lia ni, semalam A’lia telah beritahu pada saya tentang segala-galanya.” “Apa dia ya puan. Saya tidak berapa faham”. Kata Cikgu Noraini.
Setelah diterangkan oleh ibu A’lia perbuatannya Cikgu Noraini mengangguk tanda faham. Sambil tersenyum dia berkata “ Saya tahu, cermin kereta saya pecah A’lia yang buat tapi saya saja buat tidak tahu. Saya bagi dia peluang untuk berjumpa dengan saya dan meminta maaf…tapi A’lia tidak pernah datang.”
A’lia tertunduk malu, menyesali perbuatannya. “Cikgu…… betul ke cikgu tidak pernah melaporkan segala perbuatan saya pada keluarga saya? Tapi kenapa…dan cikgu tahu saya yang pecahkan cermin kereta cikgu..tapi kenapa cikgu tidak rotan saya, marah saya, buang saya kenapa cikgu….”.
A’lia mengesat air mata yang mengalir sepi. “A’lia… cikgu sayang anak murid cikgu..bukan kamu sahaja..tapi semua..kamu semua ibarat anak bagi kami guru-guru..percayalah..kamu boleh berjaya.. kamu cuma hendak meluahkan perasaan kamu sahaja..cuma cara kamu itu silap.. dan buat apa cikgu hendak menambah kebencian kamu pada cikgu.. Ini cuma jalankan tanggungjawab cikgu.
Cikgu Noraini tunduk…. dan kelihatan jelas air matanya mengalir begitu juga dengan A’lia.. A’lia menangis...dan kemudian ketawa..lalu berkata “ Cikgu…saya berjanji dengan cikgu..mulai hari ini saya akan belajar bersungguh-sungguh dan ini janji saya”.
Beberapa bulan lagi akan ada peperiksaan besar buat A’lia, dia menyertai kumpulan belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah begitu juga dengan kumpulan belajar yang ditubuhkan sendiri olehnya. A’lia telah tersenarai antara 10 orang pelajar harapan sekolah tahun itu.
A’lia terus menyambut tangan gurunya itu dan menciumnya memohon restu dari seorang guru yang telah banyak berjasa sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.. Hari yang ditunggu-tunggu, untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Pagi-pagi lagi A’lia telah bangun bersolat subuh dan bersarapan bersama keluarganya. Rasa tidak sabar hendak kesekolah. Tiba di Bilik Guru, A’lia sempat menjenguk ke bilik Cikgu Noraini..namun dia tiada disitu. “Takpe..ambil keputusan dulu”.kata hatinya.
Belum apa-apa lagi Cikgu Prema mengucapkan syabas A’lia, awak berjaya. A’lia menjerit-jerit keseronokan sambil berpelukan dengan kawan-kawannya yang lain. “Cikgu Prema,.. mana Cikgu Noraini?” kata A’lia berbisik dengan gurunya itu. Cikgu Prema tersenyum... “Tadi dia ada dekat sini tanya saya u sudah datang ke belum.. sekarang u pulak tanya..cemburu saya.. tapi saya rasa dia sudah baliklah.. cubalah u cari dia”. Cikgu Prema menunjuk ke arah tangga yang selalu digunakan oleh Cikgu Noraini untuk ke keretanya.
A’lia pun berlari..dan kerana terlalu kelam kabut dia tergelincir.. “Aduh……” bukan kerana sakit tapi malu..ramai pelajar lain sedang melihatnya..nak bangun terasa malu . A’lia memandang keatas apabila ada seseorang berdiri dihadapannya, dia tersenyum sumbing rupa-rupanya Cikgu Noraini. A’lia pun bangun dengan bantuan Cikgu Noraini.
A’lia terus menunjukkan slip peperiksaannya. Cikgu itu tersenyum bangga. “Baiklah saya ucapkan tahniah dan....selamat tinggal..” Cikgu Noraini berseloroh. A’lia terdiam dengan nada sedih dia berkata “Cikgu....boleh tak sekiranya saya menjadi anak murid cikgu selama-lamanya, boleh tak cikgu…”.
Soal cikgu Noraini “Nak jadi anak murid saya selama-lamanya? Baiklah…saya pun akan ceritakan kepada semua pelajar-pelajar saya yang akan datang dan seterusnya kisah anak murid saya yang paling nakal ni….macamana boleh?...” tanya Cikgu Noraini “Dan itu akan bermula sekarang..” kata Cikgu Noraini.
A’lia terbeliak dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Baik!!! dengar sini semua... A’lia ni seorang pelajar yang paling nakal sekali disekolah ni, (pelajar-pelajar yang mendengar tertawa) jangan ikut semua tuh...
tapi jadilah seperti dia yang tidak pernah mengalah dan berputus asa...kuat semangat”. Cikgu Noraini tersenyum melihat A’lia tertunduk malu. Alia sempat berkata “Cikgu....terima kasih., terima kasih cikgu” kata A’lia sambil tersenyum bangga.
Cikgu.... I Miss U....
Kenali 12 Jenis Lelaki???? jgn marah arrhh..
- Lelaki jenis ini biasanya sentiasa kemas, trendy serta agak berani memilih warna-warna yang cerah.
Hobinya suka bershopping dan biasanya ditemui ditempat yang dikunjungi oleh ramai awek-awek. Gadis pilihannya mestilah yang pandai bergaya. - Dia mudah diajak ke Shopping Complex untuk bershopping dan susah diajak ke tempat-tempat yang panas seperti di tepi pantai. Dia ok kerana tidak segan untuk dibawa berjumpa dengan teman-teman.
Eksentrik
- Lelaki jenis ini pula lebih berani menampilkan diri lain daripada orang lain.
Hobinya gemar menonton acara-acara kesenian seperti pementasan teater, drama, tarian dan sebagainya. Lelaki jenis ini biasanya mudah ditemui di panggung pementasan teater dan acara kesenian. Gadis pilihannya ialah gadis yang mempunyai ciri-ciri “Easy Going”.
Ia mudah diajak untuk pergi ke majlis tidak formal dan bersantai dan susah untuk diajak ke majlis yang formal. Lelaki jenis ini ok kerana dia tidak terlalu menggongkong pasangannya.
Penjajah
- Lelaki yang sentiasa bergaya seperti bos. Hobinya suka memberi arahan kepada orang lain.
Lelaki jenis ini biasa ditemui dipejabat dan gadis yang dipilih adalah jenis gadis yang mudah untuk mengikut segala cakapnya. Dia mudah diajak untuk dijadikan teman untuk melakukan sesuatu kerja dan susah untuk diajak berbual-bual. Lelaki jenis ini ok kerana sentiasa kreatif ketika orang lain hilang idea.
- Lelaki jenis ini mempunyai penampilan diri yang tersendiri.
Hobinya suka menukar barangan elektronik seperti handphone, walkman dan sebagainya.
Dia biasanya senang ditemui di pameran-pameran IT dan ditempat-tempat yang mempunyai kemudahan IT.
Lelaki jenis ini memilih pasangan yang “Celik IT”. - Dia mudah untuk diajak untuk mengunjungi pameran-pameran IT dan susah diajak ke tempat-tempat yang tidak mempunyai kemudahan IT.
Lelaki jenis ini ok kerana dinamik dan sentiasa mengetahui tentang perkembangan dunia IT.
Ideal
- Lelaki jenis ini mempunyai penampilan yang sederhana dan sama seperti lelaki yang lazimnya. Hobinya suka membaca buku-buku ilmiah dan biasanya ditemui di pejabat.
Gadis pilihannya mestilah gadis yang mempunyai ramai kenalan.
Dia mudah diajak untuk berbincang mengenai isu-isu semasa dan susah diajak untuk meronda-ronda.
Dia ok kerana sentiasa jujur dan berpengetahuan luas.
Bersahaja
- Erm…lelaki jenis ini mempunyai cirri-ciri penampilan yang sukakan warna-warna yang konvensional.
Hobinya suka menonton televisyen dan bermain permainan video.
Dia mudah ditemui di rumah dan di perpustakaan.
Gadis pilihan yang dipilih adalah gadis yang agresif dan yang lasak.
- Mudah diajak untuk menjadi pemandu peribadi dan susah diajak untuk mencuba sesuatu yang baru.
Dia ok kerana kehidupannya yang sentiasa tenang.
Easy Going
- Lelaki jenis ini mempunyai cirri-ciri penampilan yang sentiasa bijak memilih pakaian yang sesuai dengan majlis. Hobinya suka berhibur di kelab-kelab malam dan biasanya ditemui di Café.
Gadis pilihan yang dipilih mestilah yang ramah.
- Dia mudah diajak untuk bergaul dengan teman-teman dan susah diajak untuk membina hubungan yang serius. Lelaki jenis ini ok kerana mudah serasi dan bijak menyesuaikan diri.
Manja
- Lelaki jenis ini pula mempunyai penampilan diri yang sukakan baju yang bergambar kartun. Hobinya suka bermain permainan video seperti “play-station” dan biasanya ditemui di pusat-pusat permainan video.
- Gadis pilihan yang dipilih oleh lelaki jenis ini adalah gadis yang mempunyai cirri-ciri keibuan.
Dia mudah diajak untuk bercuti dan susah diajak untuk dijadikan tempat bermanja.
Lelaki jenis ini ok kerana boleh buatkan kamu awet muda.
Macho
- Lelaki jenis ini mempunyai penampilan diri yang gemar berseluar jeans atau seluar pendek. Hobinya melakukan aktiviti-aktiviti sukan lasak seperti mendaki gunung dan biasanya ditemui di lokasi sukan lasak.
- Gadis pilihan yang dipilih lelaki jenis ini mestilah pandai berdikari dan feminine.
Dia mudah diajak untuk “Back-Packing” dan susah diajak untuk berjumpa dengan teman-teman atau ke majlis yang dihadiri ramai tetamu. Lelaki jenis ini ok kerana kamu akan merasakan diri kamu adalah teman wanitanya yang paling disayangi.
Idaman Gadis
- Lelaki jenis mempunyai penampilan diri yang sentiasa kemas, rapi, bersih dan bersopan.
Hobinya? Kerja adalah segala-galanya dan tidak mempunyai hobi yang tetap dan biasanya ditemui dipejabat. Gadis pilihannya adalah jenis yang sentiasa cergas, ceria, cerdik dan cantik. Mudah diajak untuk berbual dan susah diajak untuk pergi meronda-ronda.
Lelaki jenis ini ok kerana masa depan kamu lebih terjamin.
AtletLelaki
jenis ini mempunyai penampilan diri yang sportif dan mempunyai susuk tubuh yang tegap serta memiliki perut berotot.
Hobinya? Erm…mestilah suka bersenam dan biasanya mudah ditemui ditempat-tempat seperti di gymnasium.
Gadis pilihan yang dipilih mestilah tahu serba sedikit tentang olahraga.
Mudah diajak untuk berjongging dan bersenam dan susah diajak untuk membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah.
Lelaki jenis ini ok kerana membuatkan kamu sihan dan cergas sepertinya.
Romantis
- Lelaki jenis ini mempunyai penampilan diri yang bersopan dan gemar berseluar panjang.
Hobinya suka mengumpul lagu-lagu cinta, menulis dan bersenam dan biasanya mudah ditemui di kedai-kedai buku dan kaset. - Gadis pilihan yang dipilih mestilah sederhana dan mempunyai “sense of humor”.
Mudah diajak untuk pergi ke tempat-tempat yang romantik dan susah diajak untuk berseronok tanpa tujuan. Lelaki jenis ini ok kerana tidak menyusahkan orang lain.
p/s : tat is my hubby pic.. sekadar hiasan.. lol.
If One Day
I'm Sorry...
If I ever made you feel bad or put you down.
If I ever thought I was bigger or better than you.
For everything wrong I've ever done.
Because what if tomorrow never comes?
I LOVE YOU!
Saturday, June 6, 2009
Sambungan Cerpen I Love You Too
Aku ke sekolah seperti biasa. Macam biasa Shah, Salleh, Renuga, Norlela telah berada di bawah pokok menunggu. ”tapi mana pulak Faris? Erm.. biarlah” ”erm biar shah bawakkan beg A’lia hari ni..faris xde..blom sampai lagi atau memang dia tidak dapat datang hari ini.” kata Shah. ”Oh yeke...erm takpelah Shah..A’lia bawak sendiri.. thanks”.
Kelas telah pun bermula setengah jam yang lalu dan faris tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu kelas dengan muka yang sugul dan masam. Dia tak pandang pun kearah kami berlima. Kenapa keluarganya pun ikut sama. Ada apa hal yer.. kami semua tertanya-tanya.
Cikgu kelas kami dipanggil ke bilik Guru. Kebetulan cikgu meminta aku tolong membawa buku-bukunya ke bilik guru. Aku berjalan bersebelahan dengan faris tapi dia masih tetap membisu. Keluarganya sibok berbual dengan cikgu.
”Oh..begitu rupanya, jadi tuan dan puan nak pindahkan faris bersekolah di tempat pakciknya di kuala lumpur. Memang sekolah disana lebih banyak kemudahannya. Jika itu pilihan tuan puan, saya tiada halangan dan akan segera buat surat pertukaran itu, harap tuan puan dapat tunggu sebentar” .
kata cikgu panjang lebar. Aku yang berdiri dibelakang cikgu cuma mampu tercengang sahaja dan muka faris aku tenung dengan dalam. Dia sedikit pun tidak mampu mengangkat kepalanya memandang wajahku. Buku cikgu aku letakkan dimejanya dan terus aku berlari. Aku masuk kekelas dan menangis sepuas hati. K
Kawan-kawan yang lain semua hairan dan tertanya-tanya. ”Maaf. Maafkan faris. Faris tak dapat buat apa-apa.” suara faris kedengaran disebelahku. Aku mengangkat muka, air mata mengalir deras. Faris menyapu air mata dipipiku manakala air matanya pula yang mengalir laju. Aku tidak pernah tengok faris menangis. Aku tahu dia juga tidak mampu berbuat apa-apa lagi hanya mampu menurut kehendak ibu bapanya.
”A’liaaaa!!!!!” jerit cikgu muthu. A’lia tersentak dari lamunan. ”ayoo..berapa kali saya mahu panggil nama awak.. awak sudah terbang sampai mana..?? ayoyo..” leter cikgu muthu lagi. Sejak faris tiada dalam kelas aku semakin tidak memberi perhatian di dalam kelas. Salleh, renuga,lela dan shah tidak henti-henti bagi aku semangat. Semua yang faris buat untuk aku setiap hari akan digantikan oleh Shah.
Kesian dekat dia. Aku tahu mereka cuma nak menggembirakan aku sahaja. Mereka kawan sejati. Erm tidak tahu kenapa, aku dihantar untuk mengikuti kelas agama pada setiap petang di kampung sebelah.
Yer..kampung yang dulu tempat tinggal faris dan shah. Kampung kami bersebelahan sahaja dan setengah jam diambil dari rumah aku untuk sampai ke sekolah agama tersebut. ”Baiklah ada pelajar baru, saya nak awak perkenalkan diri awak sebelum saya tempatkan kelas dan tempat duduk awak.” kata ustazah.
Tekalah apa. Rupa-rupanya shah juga belajar agama ditempat yang sama dan sekali lagi aku satu kelas dengannya. Tempat duduk aku? Hehee..dibelakang Shah. Rupa-rupanya dia ketua pelajar disana. Wow.. aku tak sangka gangster sekolah adalah ketua pelajar bagi sekolah agama.
Memang macam bukan dia aje..tapi dia nampak hensem sangat dengan baju melayu putih, bersampin hijau dan bersongkok hitam. Hi A’lia,...saya Shah..selamat datang. Kami berdua sama-sama tertawa. ”Hei.. kita balik sama-sama nak.” Kata Shah. ”Apa pulak balik sama-sama ni..rumah shah kan kat depan tu aje..rumah A’lia jauh la” kata ku pula.
”takpe..A’lia ni kan tuan puteri, tuan putera jauh..jadi tak salahkan kalau ada hulubalang yang menjaga tuan puterinya .. sekali lagi kami berdua tertawa. Rasa macam seronok sangat. Sekurang-kurangnya..aku lupa yang faris tiada disisi. ”Erm..Shah hari ni tak payah hantar A’lia lagi yer..habis kelas pukul 6.30 petang. Kalau shah hantar A’lia dan patah balik mesti shah sampai rumah pukul 7.30 petang kan??” soal A’lia.
”hei..come on la A’lia kan shah dah cakap..shah akan jaga A’lia ok..lagipun janganla takut. Bukan shah nak buat yang bukan-bukan dengan A’lia. Shah pun dah janji dengan faris akan jagakan A’lia untuk dia.” biarlah ok.. shah ikhlas.” jawab shah sambil membetul-betulkan songkoknya. ”huis..shah ni pakai songkok pun senget..meh A’lia betulkan..hehe” kata A’lia pula.
”thanks” jawab shah. Mata mereka bertentangan. Cepat-cepat A’lia memalingkan wajahnya dan beredar. Waktu rehat dan bila tiba waktu bersembahyang Shah yang akan mengetuainya. Ramai pelajar-pelajar disitu yang menaruh perasaan padanya. Bila shah sibok dengan kawan-kawannya..A’lia akan berasa cemburu dan merajuk. Sehingga shah sedar dan memujuknya kembali. Begitulah kehidupan mereka seharian.
Setiap hari disekolah mereka juga akan bersama-sama sehingga rakan-rakan yang lain menyangka mereka sedang bercinta. Mereka begitu rapat sehinggakan kemana-mana sahaja bersama. Tanpa disedari berita mengenai mereka selalu bersama yang konon-kononnya sedang bercinta sampai kepada pengetahuan faris yang sedang belajar di kuala lumpur melalui sepupunya raja baizura.
Suatu petang, seperti biasa A’lia pergi ke sekolah agamanya dari jauh kelihatan faris dan shah sedang berbual. A’lia berasa begitu gembira. ” hi faris..i miss u... Faris apa kabar,..baik ke? Macamana dengan sekolah baru seronok tak??.soal A’lia tanpa henti-hentinya. Melihat faris yang merenungnya tanpa berkata apa-apa. A’lia terus terdiam. So...... sekarang ko dengan shah ke??? Soal faris pula. ”faris tolongla..kalau kau nak marah..aku orangnya bukan A’lia ok” kata shah separuh merayu.
”hei..kau tak dengar ke..aku tanya kau ni..kau nak apa sekarang...kau nak kita putus ke? Soal faris lagi..kata-katanya menjadi semakin kurang ajar dan menyakitkan hati. A’lia terdiam membisu. Dia tidak pernah melihat faris bersuara kasar dengannya. Air matanya sudah kelihatan bergenang menahan sebak didada.
”hahaha.. bodoh betul aku ni kan.. ada orang lagi cantik, lagi baik, lagi setaraf dengan aku, tapi aku tetap minat kat kau..so..sekarang ni kita putus ok. Jangan sekali-kali kau panggil nama aku, tengok muka aku atau berselisihan dengan aku. Kau faham tu. Kalau tak..aku akan hancurkan hidup kau..ingat tu” kata faris yang kelihatan begitu marah sekali.
A’lia yang seolah –olah baru tersedar terus mengejar faris dan memegang tangannya. ”faris tolonglah.. kenapa faris jadi macam ni...cakaplah faris tengah main-main kan.. A’lia rindu dekat faris.”. Faris tidak berkata apa-apa cuma memandang ke arah motor rxz merah nya. Disana kelihatan raja baizura sedang menunggunya. Tangan A’lia di tepis dan faris pun berlalu pergi.
A’lia terjelepuk ditanah menangis tidak henti-henti. ”A’lia..tolonglah.. bangun dan berhenti menangis nanti ustazah nampak. Sudahlah tu. Besok-besok ok la si faris tu. Bangun..tolonglah..” pujuk shah.
Seperti biasa A’lia berjalan kaki menuju ke sekolah dan terkejutnya dia Faris dan raja baizura menaiki motor bersama-sama menuju kesekolah juga. ”apa yang faris buat kat sini? Dia dah pindah balik? Apa? Dia sekarang satu kelas dengan raja baizura pulak? Oh..macam tu ke? Pelbagai persoalan difikirannya dan adakah apa yang dikatakan oleh faris tempoh hari betul.
Supaya jangan bertentang mata dengan nya lagi. Tapi....apa salah aku..?? kerana peristiwa itu.. shah juga telah memohon untuk bertukar kelas.. sekarang aku seorang. Rakan-rakan yang lain semua di kelas hujung aku dikelas kedua, shah dan salleh di kelas ketiga manakala lela dan renuga di kelas keeempat. Faris dan raja baizura di kelas pertama”. ”apalah yang akan terjadi sekarang ni.
Rasa sedih sangat.” bentak hati A’lia lagi. Pada waktu rehat kumpulan raja bersukaria bersorak kerana akhirnya raja dapat juga bersama faris. ”aduhhh!!! A’lia terjatuh. Ada budak yang sengaja melanggarnya dan mangkuk mee kari kegemarannya juga tumpah berselerakan di lantai kantin.
Faris yang ada disitu sedikit pun tidak memandang cuma sedang berbual-bual dengan raja sesekali tertawa. Shah dan salleh yang cuba hendak membantu dihalang oleh rakan-rakan faris dan baizura. Nolela menangis melihat A’lia dibuli seorang diri. ”kau ambik mop ni ko cuci kantin ni sampai bersih..bodoh” kata salah seorang ahli kumpulan mereka. Yang lain-lain cuma tergelak dan tertawa sahaja.
Waktu balik dari sekolah semua rakan-rakan sedang menunggu A’lia. ”dah la korang jangan tunggu A’lia lagi lepas ni. Anggap je kita dah putus ok. Korang sedikit pun tak boleh tolong A’lia, kenapa??? Korang takut ke sebab diorang ramai..korang ni bukan kawan..berambus arr.. ”kata A’lia sambil menangis dan terus berlari pulang. Dia berasa begitu malu. Semasa waktu sukan disekolah mereka semua bermain bersama-sama di bawah pengawasan para guru.
Tapi oleh kerana cikgu ada hal di pejabat mereka dibiarkan bermain sendirian. ”hei A’lia...ko pegi ambik bola tu..” kata raja baizura. ” apesal aku pulak kena ambik..kau yang baling masuk bawah kereta cikgu...kau la pegi ambik” kata A’lia pula. ” nanti bila cikgu datang kita semua cakap A’lia buang bola bawah kereta cikgu ok kawan-kawan” kata baizura sambil tersenyum.
A’lia berasa serba salah. Dia tahu shah, renuga salleh dan lela tidak dapat menolongnya lagi.. lagipun mereka di dalam kumpulan yang lain dan berada jauh darinya. Faris cuma memandang penuh sepi. Di wajah nya kelihatan tanda kerisauan. ”baik...saya pergi”. Kata A’lia.
Tanpa disangka-sangka sedang A’lia meniarap dibawah kereta itu, cikgu datang dan menghidupkan enjin kereta dan terus memandu kereta keluar dari kawasan sekolah tanpa menyedari ada seorang pelajar dibawah keretanya. Pelajar lain dari jauh dah terjerit- jerit tetapi cikgu tidak mendengarnya. Dan....A’lia tercedera.. dia tidak bergerak-gerak lagi.
Di wajahnya penuh dengan darah yang mengalir dari kepalanya. A’lia nampak rakan-rakannya menangis disisinya, dia juga nampak faris berlutut sambil memangku kepalanya namun dia tidak merasa apa-apa dan tidak mendengar sebarang bunyi sebelum segalanya gelap gelita.
A’lia di masukkan ke wad. Petang itu baru dia sedar. Apabila membuka matanya shah telah berada disisinya. Shah berdiri dan memegang tangannya. Air mata A’lia berjujuran laju membasahi pipi. Shah tahu bukan dia yang diharapkan untuk berada disisi A’lia ketika itu.
Namun dia tidak sanggup melihat A’lia keseorangan bila sedar nanti. ”Shah......mana faris???” Soal A’lia. Shah cuma mendiamkan diri dan menggeleng-gelengkan kepala. A’lia menangis lagi. Shah menyapu lembut rambut A’lia dengan harapan A’lia dapat tenang dan gembira disisinya. Shah tidak jujur pada dirinya sendiri. Dia tidak jujur pada A’lia. Faris ada disisi A’lia sepanjang tempoh dia pengsan tadi.
Kemudian terpaksa pulang untuk menukar pakaiannya yang dibasahi darah lagipun dia telah 5 jam berada disana. Faris telah berpesan kepada shah agar sampaikan salam sayangnya kepada A’lia. Dan katakan dia memohon maaf atas segala perbuatannya selama ini. Dia akan kembali ke sisi A’lia untuk selama-lamanya. Tapi, nampaknya shah tidak akan berdiam diri lagi.
Ini adalah peluangnya untuk merebut hati gadis kesayangannya sejak dari dulu lagi. Shah tidak akan sampaikan apa yang telah faris pesan kepadanya. Biar A’lia tidak tahu jejaka kesayangannya ingin kembali kepadanya. Bagi shah, faris telah banyak menyakitkan hati gadis yang sepatutnya dicintai dan disayanginya.
Hari kedua A’lia berada di wad. Doktor maklumkan A’lia boleh keluar wad petang itu. Namun keluarganya tiada kenderaan. Mungkin dia terpaksa menunggu shah datang bersama keluarganya dan boleh menunggunya untuk pulang bersama. Matanya sayu memerhatikan jendela. Hari yang indah, ”tok! Tok! Tok! Hi sayang.” faris muncul di muka pintu dengan sejambak bunga ros pink ditangannya.
A’lia tercengang dan cuba untuk bangun dari pembaringannya. ”Eh..napa ni..tak payah la bangun ok.” kata faris sambil membantu A’lia membetulkan kedudukannya. A’lia masih lagi tercengang dan tidak berkata apa. Matanya liar memerhatikan faris yang sebok mengisi bunga didalam pasu dimeja. Mata faris tidak dialih kemana hanya dengan senyuman dan perhatian kepada A’lia.
Faris duduk disisi katil, dia menggenggam jari jemari Alia. Dia mengucupnya. Kemudian tertunduk di birai katil. Agak lama. Faris menangis. A’lia yang terdiam tadi turut mengalirkan air mata, perasaan mereka sama pada waktu itu. Sayang dan kekesalan.
Mereka saling menyayangi antara satu sama lain, tetapi seolah-olah ada benteng antara mereka ketika itu. Faris tidak henti-henti menutur kata maaf dan kekesalannya. Tetapi A’lia masih berdiam diri. Perasaannya betul-betul terguris dengan segala yang terjadi sehingga telah mengancam nyawanya sendiri. Faris terus keluar dari bilik wad tersebut dan tidak lama kemudian dia masuk semula.
”Ni..mama faris dah bayarkan bil hospital sayang.” mereka dah balik. Papa dan mama kirim salam je.” kata faris lagi. ”sayang balik ngan faris ok.” sambung faris sambil mengusap dahi A’lia. Tiba-tiba, ”assalamualaikum. Hi A’lia. Sorry shah terlambat sikit hari ni.” kata shah dimuka pintu. Kebetulan, Shah juga membawa sejambak bunga ros merah untuk A’lia.
Faris merenung shah tajam. Faris tidak berkata apa-apa hanya berdiam diri memerhatikan gelagat shah dan A’lia.
”A’lia rindu kat shah tak?? Soal shah tanpa menghiraukan kewujudan faris disisi A’lia. ”Rindu. Rindu sangat-sangat.” jawab A’lia pula. Faris bingkas bangun dan memerhatikan A’lia. Tidak sepatah perkataan pun disebut A’lia semasa kehadirannya tapi dengan shah siap berindu-rindu lagi.
Hatinya terguris. Faris terus keluar dari situ. Shah tersenyum gembira. ”dah la.. jom kita balik. Mak ngan abah dah tunggu kat kereta.. A’lia dah siapkan.” kata shah lagi. A’lia cuma menganggukkan kepalanya sahaja. Selepas seminggu A’lia telah pulih dari kecederaannya dan telah mula bersekolah. Ramai juga kawan-kawan datang bersalaman dengannya. Mereka semua gembira A’lia telah pulih, ada juga yang datang meminta maaf kerana pernah membuli Alia dahulu.
Tiba-tiba terdengar budak-budak menjerit memanggil cikgu. Faris bergaduh di belakang sekolah dengan shah. Ya Allah!! Satu perkataan yang keluar dari mulut A’lia ketika itu. Sebelum dia, kawan-kawannya dan cikgu belari kebelakang sekolah untuk melihat apa yang terjadi.
”Cukup tu.. saya kata berhenti sekarang!!!!!!” Kata cikgu. Ramai yang ada disitu tetapi tidak seorang pun berani mendekati apatah lagi meleraikan pergaduhan mereka berdua. ”kenapa awak bergaduh ni.. cakap dengan saya. Biar saya tolong kamu selesaikan semua ni” kata cikgu separuh merayu. Mereka berdua telah berdarah-darah. Cikgu agak ketakutan ketika itu.
A’lia cuba berani kan diri mendekati shah dan faris yang seolah-olah telah lupa diri ketika itu. ”A’lia jangan dekat dengan mereka... nanti kamu cedera..” kata cikgu apabila mendapati A’lia telah berada hampir dengan shah dan faris yang sedang dalam kemarahan.
Faris merenung A’lia sambil berkata ”kalau ini yang boleh buat faris dapat A’lia semula.. faris sanggup kena buang sekolah..malah kena penjara sebab bunuh mamat ni pun takpe.” kata faris sambil mengesat darah yang mengalir di mulutnya. A’lia menangis. ”tolonglah... tolonglah..kalau semua ini kerana A’lia, tolonglah berhenti. Tolonglah... A’lia rayu pada korang..” kata A’lia teresak-esak menangis.
”Tidak!!!! Salah seorang kene mati dulu kalau nak A’lia.” kata shah pula. ”No... no..no..bukan ini yang A’lia nak..bukan ini..tolonglah..tolong hentikan semua ni.. tolonglah shah..tolonglah..” kata A’lia merayu lagi. Shah cuma menggelengkan kepalanya. ”No..A’lia kena pilih salah seorang dari kami. Kalau nak bende ni berhenti disini kalau tak.. akan ada orang mati petang ni.” kata shah lagi.
”Ya!!! Pilih dia atau faris.. jujurlah pada diri sendiri” kata faris seolah-olah masih menaruh harapan. ”A’lia pilihlah seorang.. apa yang susah sangat kamu nak cakap ni..kamu nak tengok salah seorang dari mereka mati ke?” jerit cikgu kepada A’lia dengan harapan pilihannya itu akan menghentikan mereka dari bergaduh. A’lia masih terdiam walaupun air matanya tak henti-henti mengalir.
”Saya pilih... saya pilih.. saya... saya pilih Shah” kata A’lia sambil berlari pergi. ”Apa????? Shah??? Kenapa dia pilih shah. Bukan dia suke kat faris ke??” kata murid-murud lain yang ada disitu. Shah tersenyum sambil merenung wajah terkilan faris terhadap A’lia. Faris menoleh dan berlalu pergi tanpa sepatah kata pun keluar dari bibirnya. Raja baizura yang turut berada disitu turut mengalirkan air matanya. Dia tahu faris begitu sayangkan A’lia dan begitu juga sebaliknya.
”Hei.. engkau ni kenapa..dah gila ke..atau dah nak mati.. kau tu bercinta dengan faris..kau tahu tak??? ” jerit Raja Baizura kepada A’lia. A’lia mematikan perjalanannya. ” Engkau ni bodoh ke hah A’lia.. faris sanggup kene pukul dengan pakcik dia kat sana.. dia sanggup tak pergi sekolah dengan harapan mama dan papa dia tukar dia balik kat sekolah ni.. sebab kau.. kau tahu tak tu!!!!!” jerit raja baizura lagi. Air mata Alia mengalir lagi. Rupa –rupanya faris dah tanggung terlalu banyak keperitan dan kesakitan untuk terus bersamanya.
Tetapi dia dah hancurkan segalanya.”Dah la kau je pergi kepadanya.. kau jagalah dia..aku tahu kau pun suka giler kat dia...segalanya dah terlambat.. aku dah pilih shah.. cukuplah..titik noktah.” kata A’lia berpegang pada kata-katanya sebentar tadi.
Seminggu berlalu.
”Hai A’lia, petang ni jadikan datang rumah shah kata nak belajar sama-sama. Jadikan??” kata shah sementara A’lia membalasnya dengan senyuman. Mereka membohongi diri masing-masing dan merelakannya. Masuklah A’lia, besok-besok makcik ambik kamu kat rumah je jadi tak payahlah kamu berbasikal kemari..bahaya sorang-sorang.” kata ibu shah.
A’lia cuma tersenyum membalas perlawaan ibu shah. Hari dah semakin gelap, jam menunjukkan tepat jam 7 malam tetapi hujan di luar masih belum berhenti. Kamu duduklah dulu yer.. makcik nak ke kedai sekejap kopi dah habis, hujan-hujan macam ni kalau minum kopi kata Makcik Sally ibu shah kepada mereka berdua. Sementara ayah shah tiada kerana masih bekerja.
”A’lia.... shah betul-betul sayangkan A’lia.. shah harap A’lia pun macam tu ok”. Shah memeluk bahu A’lia dari belakang. A’lia terkejut dan berhenti menulis. ”Errr...shah,.. dah la tu..erm..tak elok macam ni..erm..kita masih sekolah lagi.” kata A’lia sambil cuba menolak cengkaman shah di tubuhnya. Namun pelukan itu dirasakan semakin kuat.
Shah cuba mencium A’lia tetapi A’lia sempat bangun dan menjauhkan dirinya. Shah seolah-olah hilang pertimbangan dan keadaan mereka yang tinggal berdua-duaan begitu adalah amat bahaya buat A’lia. Air mata mengalir lagi, dan A’lia terus berlari keluar menunggang basikalnya dalam keadaan hujan lebat. Shah cuba mengejarnya.. namun terhenti di pertengahan jalan.
Hujan semakin lebat..A’lia terus mengayuh basikalnya sebelum terjatuh kerana keadaan jalan yang licin dan berlopak. Kebetulan di simpang jalan itu ada kedai burger, faris dan kawan-kawan motornya sedang lepak disitu. ”wei ada eksidenlah..tolong jom.. kesian budak perempuan la wei..cepatlah..” kata salah seorang dari mereka sambil berlari kearah A’lia yang sedang terduduk menangis dalam hujan.
Lututnya luka dan berdarah. Apabila mengangkat mukanya dia nampak sepasang kaki dihadapannya.. perlahan-lahan dia melihat dari bawah terus keatas. Matanya terkedep-kedep terkena hujan memandang faris yang berdiri dihadapannya.
Pada pandangannya seolah-olah seorang wira sedang berdiri. Faris berlutut dihadapannya. ”Jatuh sikit pun nak menangis ke sayang” kata faris sambil menghempus luka dilutut A’lia. A’lia kelihatan sedang menahan kesakitan. ”Ok faris..basikal kami dah betulkan..bolehlah cik adik ni balik..hujan pun dah berhenti.” kata kawan-kawan faris. ”baru balik dari rumah mak mertua ker?? Kenapa tak suruh abang sayang hantarkan?” kata faris lagi saje mengena.
A’lia tertunduk diam. ”terima kasih sebab tolong, terima kasih semua”. Kata A’lia cuba berlalu pergi. Tetapi langkahnya terhenti, dia tidak boleh berjalan kerana lukanya tadi. Tetapi tetap cuba digagahi apabila fariz seolah-olah tidak kisah dengan apa yang terjadi malah sengaja memperlinya lagi. ”Tunggu!!!!” satu suara kedengaran. A’lia terdiam. ”meh fariz hantarkan balik, teruk luka tu.. basikal besok faris bawakkan”. Kata faris sambil menghidupkan enjin motosikalnya.
”Wowwwww!!! Adik peluk abang tu ye..abang hensem nak hantar balik memang bertuah betul adik ni...kakakakaka”. kata kawan-kawan faris yang tidak tahu mereka berdua sebelum itu pernah ada hubungan dan saling kenal mengenali antara satu sama lain. Suasana malam selepas hujan memang cantik sangat. Udara terasa segar menyapu pipi mereka.
”faris....??” A’lia bersuara halus. ”Erm..” faris membalas ringan. ” faris....” kata A’lia lagi. ”yer...” jawab faris pula. Kemudian tiada lagi kedengaran suara di antara mereka. Hanya enjin motosikal dan hembusan angin malam. Setelah sampai A’lia pun turun dari motosikal faris, ” terima kasih banyak-banyak. Kata A’lia tertunduk malu. ”takpe..saya ikhlas” kata faris sambil memusingkan motosikalnya untuk berjalan pulang. ”faris...” kata A’lia lagi. Faris terhenti.
”kenapa??? Dari tadi lagi..nak cakap apa?? cakap je..” kata faris. Dia yang sememangnya lebih mengerti hati dan perasaan kekasih hatinya itu tahu ada sesuatu yang ingin disampaikan tetapi terlalu berat untuk diungkapkan.
”takpe..kalau pasal basikal awak tu..besok pagi saya hantarkan.. kalau jual pun gerenti tak laku punya...hahahaha.. besok saya hantar..jangan risau k” kata faris lagi. katanya buat-buat tak tahu kepada A’lia yang mungkin hendak meluahkan isi hatinya pada malam itu . ”dah la..saya balik dulu..take care, bye”. Entah kenapa berat sangat perasaannya untuk melepaskan faris pergi dari situ.
Dari pandangan matanya. Haruman dari faris hinggap ditubuhnya. Sukar untuk dia melupakan cinta pertamanya itu. Antara kasih dan sahabat. Faris adalah kedua-duanya. Dia tahu tiada siapa yang boleh menggantikannya. Langkahnya begitu longlai ketika berjalan kaki untuk kesekolah pada pagi isnin itu. Kaki masih terasa sakit. Hati masih terasa keliru dengan perbuatan shah pada malam itu.
Terasa tidak mahu kesekolah dan berdepan dengan sesiapa pun lagi. Terasa malu dan begitu tidak berguna. ”vrommm.. vroomm..” bunyi deruan motosikal dihadapannya. Faris tengah tersandar di motosikalnya dengan begitu bergaya sekali. ”fariz?? Awak buat apa kat sini??” tak pergi sekolah ke? Soal A’lia panjang lebar. ”awak lupa ke??? Saya sepatutnya hantar basikal awak pagi ni.
Tapi adik saya dah pakai pergi sekolah dia. Geram betullah. So, saya datang ni..nak jemput awak ke sekolah..itupun kalau awak nak”. Kata faris.
”heheheeh...hahaha.”A’lia ketawa panjang. ”suka??? Kelakar sangat ke?? ” soal faris lagi. ”heheheh..awak ni memang comelkan? Comel sangat. Hehe”. Kata A’lia lagi sambil mencubit pipi faris. Faris cuma merenung wajah A’lia yang sedang tertawa.
Alia tertunduk. Terasa malu pulak dah lama dia tidak melihat mata kucing faris yang begitu tajam bila merenung. ”kenapa tak pandang..tadi suka sangat.” kata faris lagi. Faris menyentuh wajah A’lia. Mata mereka bertentangan.
A’lia yang berasa begitu malu cepat-cepat tutup matanya dari melihat faris yang semakin hampir dengannya. Satu ciuman dilepaskan di pipi A’lia. Buku-buku yang dipegangnya bertaburan terlepas dari tangan. ”aduhhh!!! Bodoh betullah.. kenapa lepaskan buku-buku tu..aduhhh sakitnya”.
Kata faris sambil mengurut-urut kakinya. ”hehehe..maaf..siapa suruh awak buat macam tu..padan muka..bukan apa, buku teks mate dan b.i je..wakakaka (itulah buku teks yang paling tebal masa tu). A’lia tergelak separuh mati. Hilang terus perasaan malunya seketika tadi.
”faris...” kata A’lia. ”ermm?” jawab faris pula. ”faris??” kata A’lia lagi. ”yer saya”. Jawab faris pula. Soalan dan jawapan yang sama berulang-ulang disepanjang perjalanan mereka kesekolah pagi itu. Sesekali akan kedengaran gelak tawa dari mereka. Kenapa dengan menyebut namanya sahaja diri terasa begitu istimewa dan gembira sekali. ”wahhhhhhhhhhh tolong..aku dah jatuh cinta sekali lagi”. Jeritan hati A’lia. ”erm..faris..?” kata A’lia. ”hehehe.. ye. Ye saya.” jawab faris tersenyum manja.
Geram pulak dia tengok gadis comel dihadapannya itu. Sampai dia terlupa gadis itu bukanlah miliknya lagi. Sudah kepunyaan orang lain. Tetapi mereka berdua seolah-olah sudah menjadi orang lain. Seperti orang baru, seperti baru mengenali antara satu sama lain. ”faris?? Terima kasih hantarkan A’lia. Kata A’lia sambil berlalu pergi apabila telah sampai di perkarangan sekolah. ”erm...A’lia!!!! kata faris pula. A’lia memalingkan wajahnya. ”yer...” jawabnya pula. ”hehehehe.. tu kalau ye pun..pulangkanlah helmet saya tu..hahahahah” kata faris dan terus tergelak besar.
”Aduhhh...malunya aku” kata A’lia didalam hati. ”hehehe..ini dia.. erm.. alamak!! Erm...arrr..huis..”. A’lia terkial-kial cuba membuka kunci helmet fariz. ”hehehe..meh, meh sini..hanya tuannya aja yang boleh bukak.. orang lain tak boleh. Kata faris sambil membuka kunci dibawah dagu A’lia. Mata bertentangan sekali lagi. Apabila helmet telah dibuka sahaja A’lia terus berlari pergi.
Kdebukkk!! Yer..A’lia terjatuh betul-betul dihadapan fariz dan kebetulan shah juga lalu disitu. ”uwaaaaaaaaaaaaa malunya..hari ni nasib aku malang betullah..uwaaaa” jeritan hatinya. ”meh shah tolong” kata shah sambil menghulurkan tangannya. Genggaman itu tidak dilepaskan dan mereka terus berlalu menuju ke kelas.
”A’lia..,, shah nak mintak maaf apa yang terjadi semalam, shah janji shah tak buat lagi ok? Kata shah. A’lia menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi. A’lia umpama sudah tidak ada apa-apa perasaan terhadap shah ketika itu. Fikirannya telah menerawang ketempat lain.
Tok! Tok! Tok!. ”selamat pagi cikgu boleh saya berjumpa dengan A’lia sekejap?” kata faris. Semua pelajar dikelas begitu terkejut dengan kehadirannya di kelas itu. ”erm..baiklah..A’lia sila keluar sebentar ada orang nak jumpa kamu.jangan lambat” kata cikgu. A’lia bangun dan terus keluar.
”kenapa ni faris?? Ada apa nak jumpa ni? Ada hal penting ke?” kata A’lia yang begitu pelik dengan kehadiran faris. ”salah ke saya nak jumpa awak? Saya rindu. Kata faris sambil tertawa. ”erm...arh.. awak ok ke tak ni faris? Lain macam je A’lia tengok awak? Awak tak sehat ke?” sambung A’lia lagi. ”erm..heheh saya datang ni sebab nak pinjam kaler pensil boleh tak..coz kejap lagi kelas saya ada pendidikan seni. Boleh ek??” kata faris sambil menggaru-garu kepalanya.
”heheheh..comel. yela sekejap ye A’lia ambik” kata A’lia lagi. ”thanks sebab bg pinjam nah..” kata faris ketika memulangkan semula kaler pensil A’lia. A’lia membuka kotak kalernya untuk digunakan kerana kelas seninya akan bermula sebentar lagi.
”erm??? Ada nota?? Nota apa ni..sapa yang letak??” bisik hatinya lagi. ”saya Tengku Faris dengan ini berjanji akan terus cuba untuk mengorat awak A’lia..sampai dapat. Sejak peristiwa malam tadi saya dapat isyarat awak akan jadi milik saya juga nanti. Itu janji saya. Muahh” kata isi surat itu. A’lia tercengang.
”awak akan balik dengan sayakan?? Coz awak nak ambik basikal awak kat rumah saya..ingatkan A’lia?’ soal faris ketika A’lia dan shah berjalan bersama untuk pulang setelah selesai persekolahan. ”eh...apa ni faris? Ko tak puas hati lagi ke??” kata shah dengan bengangnya. ”ops...relaxla bro.. aku cakap dengan A’lia.. bukan dengan ko. Lagipun A’lia dah janji nak balik dengan aku.. kau ada apa –apa masalah ke..coz datang dengan aku..balik pun dengan aku.!” kata faris dengan seriusnya.
”apa??? Dia datang dengan kau?? Basikal A’lia dekat rumah kau?? Apehal?? Ape yang terjadi semalam?”. Kata shah memerhatikan A’lia yang sedang tak keruan. ”wei...apa yang terjadi semalam?? Kau tanya aku?? Sepatutnya aku yang tanya kat kau apa yang terjadi semalam dan kenapa A’lia balik sorang-sorang naik basikal didalam keadaan hujan lebat. Hahahahah..aku lelaki.. aku tahu kenapa dan kau tak payah cakap kenapa. Aku kenal kau dulu sebelum yang lain. Dan aku pasti kau pun kenal sapa aku.”
kata faris panjang lebarnya.
”Erm...korang...dah la jangan gaduh-gaduh lagi ok.” jawab A’lia. Takut sekiranya mereka bergaduh sekali lagi dan mungkin jika terjadi lagi kali ini mereka tidak akan berhenti selagi salah seorang tidak tumbang. ”shah, memang A’lia dah janji dengan faris nak balik dengan dia coz nak ambik basikal yang dia betulkan semalam..sory”. kata A’lia sambil berlalu menuju ke arah fariz. Kali ini faris tersenyum riang. Shah memerhatikan mereka berdua.
Faris menarik tangan A’lia ke pinggangnya dan tidak dilepaskan. Keadaannya seperti A’lia sedang memeluk faris tetapi sebenarnya tidak. Shah hanya mampu memerhati sahaja. ”yahoooo” jerit faris. ”kenapa dengan awak ni faris? Lepas la tangan A’lia penatlah duduk rapat-rapat macam ni”. Soal A’lia lagi. ”penat ke suka?” soal faris pula. A’lia terdiam. ” hehehehe.. malu la plak. Dah-dah tak payah nak malu-malu dengan saya. Yelah-yelah..saya lepaskan.” kata faris sambil terus tertawa.
”Pandai awak tipu shah, kata saya yang janji nak balik sama dengan awak. Sedangkan sepatutnya awak yang kata nak hantar basikal saya hari ni”. Kata A’lia lagi. ”saya saja... nak ambik kesempatan.. hehehe.”. kata fariz sambil tertawa. Memang pelik sangat perangai fariz baru-baru ini.
”Erm, mama dengan papa takde rumah. Tapi, masuklah dulu..jangan takut sebab bibik ada kat dalam. Tak pernah selama kita kawan.. A’lia datang rumah fariz. So, masuklah minum-minum sikit.. bolehkan?”. pinta faris. ”silakan..” kata faris lagi. ”wow... cantiknya rumah fariz.. anak orang kayalah katakan”. Kata A’lia yang terpukau dengan keindahan hiasan di rumah fariz.
”Erm..Alia nak tengok bilik faris tak? Soal faris lagi. ”huh?? Bi.. bi.. bilik??” kata Alia pula dengan tergagap-gagapnya. ”hehehe.. kenapa? Takut ke? Sejak bila Alia takut dengan fariz ni?”. soal faris lagi. ”eh.. tak takut.. sapa cakap Alia takut dengan faris?.. tak lah.. erm..tak salah ke perempuan masuk bilik lelaki? Sambung Alia lagi.
”Aik?? Kenapa pulak salah. Lagipun bibik kan ada (yeye je menegakkan benang yang basah). Erm..fariz ada benda nak tunjuk kat Alia. Jomla” kata faris sambil menghulurkan tangannya. Alia menyambutnya. ”erm..bik, nanti tolong hantarkan air ke bilik saya yer.” kata faris kepada orang gajinya. ”hei...masuklah. apasal duduk depan pintu je..come in..”. kata faris lagi.
”Erm...cantik bilik faris. Erm.. apa benda yang faris kata nak tunjuk Alia tadi? Soal Alia pula. Dia tidak sedar faris dibelakangnya sedang mengunci pintu bilik. Alia kehairanan sambil bertanya. ”erm... apa faris buat ni? Kenapa kunci pintu dari dalam..tadikan faris suruh bibik hantar air?.. erm..Alia rasa elok Alia duduk kat bawah je..ok?” kata Alia yang separuh ketakutan melihat faris berjalan kearahnya tanpa berkata apa.
”argh..” Alia terbaring diatas katil. Dibilik bujang fariz. Buka sahaja matanya. Fariz telah pun berada diatasnya sambil tersenyum-senyum. ”farizzz..... apa fariz buat ni? Alia jerit kang” kata Alia lagi sambil menutup mukanya dengan kedua telapak tangannya. Dia begitu bimbang jika mata mereka bertentangan. Dia seolah-olah terpukau dan tidak mampu berbuat apa-apa nanti.
”faris tolonglah..jangan buat Alia macam ni. Alia takut. Faris tolonglah ok?’. Kata Alia lagi dengan mata yang tertutupnya. ”heheheh.. kenapa pulak takut? Takut apa? Takut dengan faris atau takut dengan apa yang akan fariz buat lepas ni?”. ”ermmm...tolonglah faris jangan buat apa-apa, tolonglah”. Rayu Alia lagi. ”ok.. ok ok.. faris tak buat apa-apa tapi bukak mata dulu” kata fariz lagi.
Dengan perlahan-lahan Alia mengalih tangannya dan perlahan-lahan juga dia membuka kelopak matanya. Faris masih berada di atasnya dengan senyuman yang menakutkan. ”arggh ... faris ?????”. jerit Alia setelah faris melepaskan ciumannya. Lantas fariz ditolak ketepi. Dengan pantasnya dia bangun dan cuba berlari ke pintu. Namun tangannya sempat ditarik fariz kedakapannya.
Alia terdiam disitu. Tergamam, takut namun pada masa yang sama dia berasa selesa berada didalam dakapan jejaka dihadapannya itu. Perasaan yang berbeza ketika dia dipeluk shah dahulu. Tetapi pada kali ini, dia merelakannya. ”jadi milik fariz semula..bolehkan?” kata fariz. ”erm, faris..Alia adalah selamanya milik fariz dan itu tidak pernah berubah.” jawab Alia sayu. Dia masih menyayangi jejaka yang pertama kali bertakhta dihatinya itu.
Sebulan telah berlalu.
Semua pelajar sibuk menghias diri masing-masing sempena hari anugerah pelajar cemerlang. Nun di bawah pokok sana kelihatan Alia, shah, salleh, renuga dan noorlela sedang sibuk membetulkan pakaian masing-masing supaya kelihatan kemas. Mereka adalah pelajar cemerlang di dalam akademik bagi kelas mereka dan akan menerima hadiah dari pihak sekolah. ”Alia tolong betulkan tali leher shah ni”. Pinta shah. Alia tersenyum. ”erm.. ok. Dah cantik dan hensom.hehe”. tawa Alia sambil mengemaskan tali leher shah. Shah tersenyum.
”Wei lela tolonglah betulkan tali leher aku ni.. aku pun tak retilah nak pakai benda ni..”. pinta salleh kepada lela pula. ”huis..ko ni saja je kan..kau tak bleh tengok Alia ngan shah.. ko pun nak sama.. mengada-ngada la kau ni.” leter lela pula. ”ala apa la awak ni lela, salleh nak manja-manja sikit pun tak boleh ke?” kata renuga pula. Manakala si salleh mencebik dan menganggukkan kepalanya. ”erm...yela-yelah..aku tolong..huis..ngada-ngada”. Kata lela sambil membetulkan tali leher salleh.
”hi shah.. tadi kata nak pergi sama. Jomla”. Kata raja baizura tiba-tiba menyampuk perbualan 5 rakan itu. Yang lain tercengang-cengang. ”apa minah kerek ni buat kat sini dan apehal plak dia panggil shah manja-manja macam tu?? Eeeee ngada-ngada btol”. Kata lela kepada renuga. ”enkau ini memang lambatlah lela.. orang sudah sampai london enkau masih di klang.
Ayoyo..kata renuga sambil menepuk dahinya. ”huh...apa ko cerita ni renu..aku cakap pasal shah ngn raja tu..apelak kau cite pasal london ni??” soal lela lagi yang betul-betul tak faham perumpaman renuga sebentar tadi. ”ayoyo..salleh awak kasi terang sama lu punya kekasih ini..memang lambatlah ini awek..cantik tapi tara guna juga”. Kata renuga lagi. ”hehehe..apa-apa pun dia awek aku ”. Kata salleh pula.
”banyaklah kau punya awek, wei shah kawan dengan raja baizura ke? Kan Alia tak suka ngan perempuan tu? Tu tu tu.. apesal dia ikut raja plak dah tu tinggalkan Alia sorang-sorang kat sini? Eeee lelaki ni memang gatal tak cukup sorang ke?” celoteh lela kepada salleh. ”erm..itulah meh..aku bagitau kau.. shah tu sekarang dah kapel ngn raja baizura. Kau dengar tak?”.
Lagipun Alia dan Raja dah pun berbaik kini mereka dah berkawan. kata salleh lagi. ”huhh...abis tu kesian lah Alia. So sekarang ni dia soranglah ek? Apa kata kau ngorat dia plak..bukan aku tak tahu kau pun dulu suka kat Alia jugak..”. kata lela pula”. ”itu dululah.. tapi sekarang aku suka kat kau ngan renuga..bolehlah kita kapel nak.??” kata salleh lagi tanpa sembunyi-sembunyi sambil tertawa. ”eeee kau ni gila ke salleh?? Nak ajak kapel pastu nak dua-dua plak tu. .aku tampo muka kau baru kau tahu”. Kata lela separuh marah.
”Hai kawan-kawan..”. kata faris sambil tersenyum. ”eh...farislah..faris..hii..” kata salleh dan lela yang gembira dengan kehadiran fariz kesisi mereka semula. ”wah fariz dengar cite kau dapat dua pingat, akademik dan ketua pengakap..hebatlah kau ni.” kata lela memuji fariz. Fariz tersenyum riang sambil menggaru-garu kepalanya. Terasa malu pulak. ”wei lela bukan dua pingat dia dapat...tapi tiga pingat kau ni memang lambatlah”. Kata salleh pula cuba menyampuk. ”tiga??”. kata lela sambil menunjukkan jarinya.
”yer..tiga.. macam ni t i g a”. Tambah salleh lalu tertawa lagi. Semua yang ada disitu tertawa. ”erm..sory kawan-kawan fariz nak bawak Alia pegi sana jap bolehkan?” tiba-tiba fariz mencelah. ”mintak Alia??” soal lela lagi yang semakin binggung. ”fariz tertawa. Alia tersenyum. Salleh dah tergelak-gelak melihat telatah lela.
Faris dan Alia berlalu pergi.
”wei salleh.. cakaplah aku lambat ke apa ke..aku tak kisah dah.. tapi aku pelik betul dengan apa yang jadi hari ni.. ke aku tengah bermimpi ni?..apehal ngan shah dan raja. Pastu fariz dengan Alia ..aku tak fahamlah”. Kata lela dah macam ayam berak kapur. ”hahahah..kesian kawan kesayangan aku ni.. macam ni, shah memang dah kapel dengan raja baizura, ok? Then pasal pingat fariz tu dia dapat dua pingat je, akademik dan pengakap terbaik.
Pingat ketiga yang aku cakap tu adalah Alia ..hehe fariz dah dapat Alia semula. Itu jela ceritanya..dan... bila pulak aku bleh dapat ko lela”. Kata salleh tersenyum-senyum manja. ”eeeee gatal betul ku ni.. hahahh oh.. macam tu ke..bagusnya dengar cerita macam ni.. erm..rasa seronok plak. Hahahah”. Kata lela sebelum mengetuk kepala salleh dan berlari pergi.
”asyik tolong betulkan tali leher orang lain je mana bleh tahan.. tali leher fariz takde orang nak tolong betulkan ke?” kata fariz tersenyum. Alia pun tersenyum. ”erm..ok...dah..puas hati?” jawab Alia pula. ”dijemput ketua pengakap untuk naik kepentas menerima pingat dan sepatah dua kata untuk pelajar lain. Dipersilakan”. Kata juru acara.
Faris berlalu menuju ke pentas dengan bergayanya. Ramai pelajar bersorak-sorak gembira. ”saya ucapkan terima kasih pada keluarga kerana bagi sokongan, guru-guru, kawan-kawan dan teristimewa buat Alia,.. i love you”. Kata faris menuruni pentas sambil tertawa. Cikgu pula tercengang-cengang manakala pelajar-pelajar lain bersiul-siul dan bersorak gembira.
Alia terpaku di kedudukan asalnya. Tidak tahu apa perasaannya pada masa itu, samada untuk gembira, malu, atau cuba buat-buat pengsan..hehehe. hari yang menyeronokkan di zaman sekolah. Fariz.. i love you too.
p/s : Cerpen tamat disini..heheh..maseh..
Cerpen I Love You Too
I love you too
Hari pertama memasuki sekolah setelah bercuti penggal pertama. Ada seorang budak baru di sekolah, erm..boleh aku katakan dia nampak seperti seorang yang bijak, kacak dan ..hehe macam lemak berkrim disukai ramai. Mesti ramai awek tak pun dia memang dah ada awek kat sekolah ni. Erm, lantak lah..malas nak fikir pasal orang hensom-hensom nih.
Masa rehat tengahari macam biasalah beratur panjang nak dapatkan makanan. Makanan kat kantin sekolah aku sedap-sedap, pasal tuh ble dikatakan hampir kesemua pelajar berebut-rebut membeli setiap hari. Aku tercari-cari member-member aku, lela, renuga,salleh dan faris kot-kot la diorang dah beratur dulu boleh aku tumpang sekaki.
Tengah terjengah-jengah tu mamat yang aku kata hensom tu bersuara “Nak potong barisan ke?..masuk jer la” katanya sambil menunjukkan tempat dihadapannya. Aku tak perasan member-member yang aku cari tadi ada dekat belakang aku tengah tesengeh-sengeh suruh aku masuk berbaris di depan mamat tu..peluang dah ada apa lagi…tibaillah ermmm sedapnya mee kari.
Budak-budak lain yang berbaris kat belakang dia bising-bisinglah, aku kata kat dia “Erm takpelah awak.. diorang dah marah tu” dia cuma senyum je. Bila aku cuba melangkah keluar dia tarik tangan aku “takpelah buat tak tahu je.. ok? “ katanya sambil tersenyum. “Adoi!!! Hensem betul mamat ni. Apa lagi, aku buat tak tahu je demi menuju ke mee kari kegemaran aku tu. “ wakaaka”.
Aku pun lepak kat tempat aku selalu lepak ngan member-member aku tu. Datang mamat tadi “Ble saya duduk sama?” dalam hati aku, “Lah..budak nih nak berkawan ngan kitaorang ke?”,..hampeh. “Tak ble tak ble dah penuh..tak nampak ke?”. kata si faris. Dia memang kalau ada dalam group kitaorang ni kena usik ke kena ngurat ke dia cemburu tak tentu hala.
Macam kami semua nih awek dia. Memangla dia hensom tapi buruk perangai. Siapa yang nak berkawan dengan dia melainkan kitaorang nih..kami nih cuma satu group kecil je kat sekolah nih.. yang lain tu semua group besar-besar.
“Erm..ok takpe, saya duduk kat sana…anyway, nama saya syam..Hisyam.” katanya tersenyum sambil berlalu pergi. Aku, lela ngan renuga ternganga jer.. “Hoi..dah la tuh..dia nak main-main kan korang jer.. aku tahu la..aku kan buaya besar kat sekolah nih”. Kata faris. Erm.. iyelah..kami terus sambung makan mee kari. Pastu terjadi sekali lagi. Masa nak beli air botol.
Tau ajelah tempat air ngan tempat makanan lain-lain jadi kami makan dulu pastuh baru beratur beli air. Budak tu ada kat depan lagi tersenyum-senyum kat lela. Aku ngan renuga adelah…cemburu sikit..tapi,..sikit saje la kot. Hehehe..
Pastuh budak tuh panggil lela pergi beratur depan dia..yang si lela nih pun mangkuk..pergi terus beratur kat depan dia dan tinggalkan kitaorang yang kat belakang ni. Memangla si lela nih cantik. Tp tak tentu arah budaknya cepat sangat gelabah. Orang x pernah bercinta la katakan..kami semua macam tuh. Pelik, tadi dia bagi aku nih panggil lela plak..erm…macam ada komplot jer… ok…takpe sampai depan budak tuh ada kat tepi kaunter air tu..tersengih-sengih ngan lela berborak.
“Nah..ambiklah, saya belum minum lagi, lagi pun saya tak minat air nih dah tersalah beli.” Kata budak tuh yang si lela asyik dok mengangguk suruh aku ambik air tuh. Datang pulak si saleh..”Erm..ambik la kau kan suka air tu, rezeki tak baik ditolak..” macam ustaz la si saleh nih.
Tengah aku dok menyedut air yang di bagi budak tuh. Aku nampak lagi budak tuh kat bawah pokok kat hujung sana. Tersenyum-senyum..macam kerang busuk..(tapi dia memang hensomlaaaa) heheheeh. Datang plak si lela, “Eh ko tau tak syam tu asyik tanya pasal ko jer, pelik aku.
“Apa!!! Iyek! Aku pandang la muka dia, dia buat flying kiss kat aku. Huis bengang betul. Nanti dia memang nak kena. Tiba-tiba datang musuh ketat aku raja baizura dan mereka berpengangan tangan lagi. perhh… menyampah aku.
Luper aku nak bagitau korang aku ngan sahabat aku satu kelas. So pasal tuh la kami berkawan rapat. Mula-mula sekali aku berkawan ngan si lela pastuh kesian ngan renuga asyik kena buli jer ngan orang-orang dia. Dia bangsa India, putih, cantik, tapi kaum-kaum dia suka buli dia. Mungkin sebab muka dia macam melayu kot.
Aku pun tak faham. Kemudian saleh sebab dia ketua darjah. Senang skit. Last sekali baru faris. Faris ditukarkan ke sekolah kami tak tahu kenapa tapi aku rasa sebab dia ni gangster kot. Rupa hensom tapi ganas. Hehehe ble la kalo nak buat pakwe.. antara syam ngan faris hensom lagi faris.
Dalam perjalanan balik nak keluar dari sekolah jauh so perlahan je jalan tapi dari jauh aku nampak sesuatu terjadi, benda nih memang selalu terjadi lela kena buli kat bawah pokok oleh musuh-musuh aku lagi teruk kawan-kawan lelaki pun ada. Dan korang nak tahu semua budak-budak tuh geng si syam.
Dari jauh nampak faris berlari laju ke arah kami. Beg sekolahnya dah dicampakkan lebih awal dan renuga pula jadi tukang kutip. Dan korang pun tahu terjadilah pergaduhan faris seorang dan mereka berlima. Teruk jugak faris mulut dia berdarah habis baju sekolah bertukar warna merah.
“kenapa kau buat macam nih! Lepaslah..sakit tangan aku nih” kata aku sambil menangis. “aku dah kata kau jangan terlibat ngan budak syam tuh.. raja baizura terdengar lela cakap kat dalam toilet ngan renuga yang si syam tuh syok kat ko. Pasal tuh dia pukul lela. Semua nih sebab kau..kau tahu tak!!!” jerkah faris kat aku..
Hari nih dah masuk tiga hari aku tak datang kesekolah. Bukan sebab malu lagi, tapi sebab aku demam..mana tak demam asyik menangis jer. Masa tuh xde lagi telefon bimbit nih. Lagipun kami masih bersekolah rendah. Tiba-tiba terdengar bunyi loceng basikal dari depan rumah.
Faris tersenyum. Terus aku terdiam malu sendiri, “kan elok kalau aku dapat tengok kau ketawa macam tuh setiap hari”..ko tahu kan aku sayang ko.” Kata faris tanpa menghiraukan salleh yang ternganga mendengar faris mengucapkan kata-kata jiwang tuh…hehehehe seronok sangat perasaan pada masa tu.
Esok awal-awal lagi aku dah kesekolah, rasa lain sangat. Di bawah pokok sana kelibat faris, salleh dan norlela sedang menunggu. Renuga tiada mungkin belum sampai. “weh! Kau tunggu renuga tau..aku ada hal lah..tunggu tau..”. kata salleh. “jom lela teman kan aku” kata salleh lagi.
Tiba-tiba “ko ingat tak aku cakap nak bagi ko benda.? Ko ingat kan” kata faris tanpa memandang muka aku. “erm..aku ingat..aper bender nyer..bagi la cepat!” kata ku pula. “tuh..dah sampai, pergilah dekat dia. Sambil menunjuk ke arah syam Aku tahu dia ble jaga kau lebih dari aku.
Aku masuk ke kelas. Semua mata tertumpu ke arah aku. Tapi tidak faris. Masa rehat pun dia lepak ngan awek dia. Aku langsung tak jumpa dia beberapa hari nih. Masuk ke dalam kelas aku tengok ada sepucuk surat. Terus aku pandang kat faris.
Memang betul pun syam nak jumpa aku. Tapi kenapa tingkat 4. kalo korang nak tahu, tingkat 4 sekolah aku dikosongkan. Sebab….aku pun tak tahu. Tapi dengar-dengar ada budak terjatuh dulu takde la mati tapi cedera teruk. Belum di betulkan lagi kontraktor pun tak pernah datang.
“Alamak!.. itu syam”. Bisik hatiku. Takut pulak nak jumpa dia. Tapi lepas baca surat dia yang berbunga-bunga tuh..rasa kelakar la pulak. Tapi dia macam jenis jiwang pulak. Ingat lagi tak tektik dia nak ngorat masa kat kantin dulu. “Assalammualaikum! Hi syah..betul ke syah nak jumpa A’lia.
“Tapi awak kan dah ada Raja baizura. Lawa, cantik, cute, ramai orang suka, kaya, awak kan sebelum nih dengan dia. Kenapa plak cari saya. Nanti tak pasal-pasal kawan-kawan saya lagi kena. Sory saya xnak. Lagi pun untuk pengetahuan awak syah. Saya dah couple ngan faris.” “apa?...faris kata awak dan dia takde apa-apa hubungan lagipun dia ada ramai awek.” Kata syah separuh merayu apabila aku berpaling dan berjalan pergi.
Faris yang berada di blok berhadapan tidak mendengar apa yang aku katakan tapi dia berlari ke arah aku dan syah selepas melihat aku menangis. Pada masa dia sampai aku dah turun masuk ke kelas dan berlari keluar dari sekolah..bukan ponteng…tapi dah sampai waktu balik dah pun. Petang tuh kalo korang nak tahu..salleh datang ke rumah aku. Muka dia merah padam.
Aku masih terseyum..tapi air mata mengalir laju memerhati salleh berlalu pergi. Hari isnin tuh aku ke sekolah macam biasa. Tempat duduk faris masih kosong. “Dia tak sihat lagi ker?” Bisik hatiku. Tiba-tiba kelas jadi bising… “wei…faris datang wei…faris datang!!” siulan rakan-rakan.
Cikgu kelas sejarah tak masuk, jadi kami buat aktiviti sendiri. Aku buat-buatlah baca buku. Lepas tuh korang nak tahu x…huis…memalukan betul aku terdengar dialog yang aku ucapkan kat syah masa kat tingkat 4 hari tuh.. kedengaran jelas sekali..budak-budak semua pandang kat aku.
Syah datang..aku pun tak tahu macammana dia tahu aku kat situ. Geng-geng aku je yang tahu aku selalu gi situ. Syah minta maaf. Syah kata memang dia jumpa faris dan cakap kat faris dia suka kat aku. Dan sebab tu la faris yang baru nak suka kat aku terpaksa lepaskan aku, lagipun faris takut aku tak suka kat dia.
“Assalammualaikum…” tiba-tiba ada suara. “syah…tadi kata nak pergi tak nak kacau saya lagi..pergi ajelah…!!” ..tercengang. “hehehe….hi.. garangnya makwe faris nih. Boleh tolong abang duduk tak sayang?...susah lah nak duduk kaki bersimen nih.” Kata faris tersenyum manis.
Tanya saya sihat ke..tak jugak.. mengaku ajelah.. biarlah cinta monyet ke cinta beruk ker..tapi ini cerita awak dan saya..cinta awak dan saya.. kita bersama atau tidak nanti cinta monyet nih akan sentiasa kekal dan mekar dihati kita. Ini cinta pertama kita. ”Cinta Pertama kite??? Wekk!! Habis tu awek dia yang ramai-ramai tu cinta apa?? Dasar buaya!!!!. Uwaaaaaaaa... kenapa aku suka kat kau...”. jerit aku dalam hati.
“Saya…Tengku faris (utk pengetahuan korang faris nih sebenornya sepupu raja baizura) hahaha.. Saya sayang dekat awak..A’lia.Lantas A’lia pun bangun dengan perlahan dan terus memegang tangan faris dan membantunya untuk duduk.