Cerpen ini di tujukan khas buat Cikgu Noraini SMK Jalan Kebun
Kisah Zaman Persekolahanku dahulu. Kisah seorang pelajar yang baru sahaja bertukar sekolah dari sekolah di bandar besar ke kampung yang terpencil. Sudah tentu perkara ini menjadi teramat sukar buat A’lia yang sudah terbiasa dengan kehidupan di kota besar.
Pada hari pertama persekolahannya A’lia telah ditegur di Bilik Guru “ A’lia, cikgu harap awak faham sekolah ini sekolah baru dan semua pelajar Islam disini dinasihatkan supaya bertudung boleh kan jika saya minta awak juga begitu..?” kata Cikgu Noraini, guru Penolong Kanan, mata pelajaran Sains merangkap guru disiplin sekolah. “ Bengang betullah cikgu nih.. kalau dah kampung tu kampung jugak..”. bentak A’lia.
Walaupun A’lia adalah seorang pelajar pintar disekolahnya, dia terpaksa dimasukkan ke kelas terakhir kerana kekurangan bilik darjah dan pelajarnya yang ramai. Bertambah-tambah perasaan benci A’lia terhadap sekolah barunya itu.
Setelah dua minggu bersekolah A’lia mula bergaul dengan pelajar-pelajar nakal sekolah itu dan terikut-ikut dengan kelakuan mereka. Mereka suka melepak dibelakang sekolah, rosakkan kenderaaan guru, buli kawan-kawan, merokok dan mencuri. A’lia menjadi seronok dia juga sudah pandai buli kawan-kawannya sendiri. A’lia juga sudah pandai berbohong pada guru-gurunya.
Pernah A’lia ditahan oleh pengawas didalam tandas sekolah kerana ponteng kelas A’lia telah dibawa ke Bilik Guru dan dirotan. Dia sedar perbuatannya itu tetapi kerana pujukan kawan-kawan dia terleka. Peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia telah pun berlalu...alangkah terkejutnya A’lia kerana dia kecundang dalam peperiksaan percubaan tersebut. “Arhhh...tension betullah..macam mana ni? Aku takut nak balik jumpa mak dan abah..aku takut..” bisik hati kecilnya. A’lia berlari keluar dari Bilik Guru setelah kesedihannya tidak dapat dibendung lagi.
Ketika berlari A’lia terserempak dengan Cikgu Noraini dan Cikgu Noraini menahan A’lia. A’lia begitu malu sekali tidak tahu kemana nak pergi, di wajahnya air mata berjujuran mengalir dan terdengar satu esakan kecil tanda kehampaan. “A’lia! Awak sudah berjaya..jangan mengalah! Awak mesti cuba lagi.. ini bukan yang terakhir ini baru sahaja permulaan.. kamu mesti berjaya! Janji pada cikgu A’lia..”. A’lia cuma memandang wajah Cikgunya berlalu pergi.
Sewaktu pulang ke rumah A’lia dapati mak dan Abahnya sedang menunggu untuk mengetahui keputusan peperiksaan percubaannya tiba-tiba air matanya berguguran semula, ibunya pun bertanya “kenapa ni A’lia...kenapa menangis? ibu A’lia memegang tangan A’lia dan berkata lagi “A’lia...A’lia anak mak..mak tahu dan tidak mengapa sekiranya A’lia gagal sekali pun..kerana A’lia telah berusaha, kalau gagal lain kali cuba lagi ye sayang.”
A’lia terus memeluk tangan ibunya dan memohon maaf kerana sebelum ini A’lia tidak pernah belajar bersungguh-sungguh mak..dan sering ponteng kelas juga selalu buli budak-budak lain dan pernah pecahkan cermin kereta cikgunya.
Keesokkan harinya A’lia hadir kesekolah bersama ibunya. Sampai dibilik guru mereka disambut dengan salam dan senyuman dari Cikgu Noraini. “Ada apa ni Puan, boleh saya bantu?” soal Cikgu Noraini sambil tersenyum. “Cikgu….saya datang ni nak minta maf bagi pihak anak saya A’lia ni, semalam A’lia telah beritahu pada saya tentang segala-galanya.” “Apa dia ya puan. Saya tidak berapa faham”. Kata Cikgu Noraini.
Setelah diterangkan oleh ibu A’lia perbuatannya Cikgu Noraini mengangguk tanda faham. Sambil tersenyum dia berkata “ Saya tahu, cermin kereta saya pecah A’lia yang buat tapi saya saja buat tidak tahu. Saya bagi dia peluang untuk berjumpa dengan saya dan meminta maaf…tapi A’lia tidak pernah datang.”
A’lia tertunduk malu, menyesali perbuatannya. “Cikgu…… betul ke cikgu tidak pernah melaporkan segala perbuatan saya pada keluarga saya? Tapi kenapa…dan cikgu tahu saya yang pecahkan cermin kereta cikgu..tapi kenapa cikgu tidak rotan saya, marah saya, buang saya kenapa cikgu….”.
A’lia mengesat air mata yang mengalir sepi. “A’lia… cikgu sayang anak murid cikgu..bukan kamu sahaja..tapi semua..kamu semua ibarat anak bagi kami guru-guru..percayalah..kamu boleh berjaya.. kamu cuma hendak meluahkan perasaan kamu sahaja..cuma cara kamu itu silap.. dan buat apa cikgu hendak menambah kebencian kamu pada cikgu.. Ini cuma jalankan tanggungjawab cikgu.
Cikgu Noraini tunduk…. dan kelihatan jelas air matanya mengalir begitu juga dengan A’lia.. A’lia menangis...dan kemudian ketawa..lalu berkata “ Cikgu…saya berjanji dengan cikgu..mulai hari ini saya akan belajar bersungguh-sungguh dan ini janji saya”.
Beberapa bulan lagi akan ada peperiksaan besar buat A’lia, dia menyertai kumpulan belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah begitu juga dengan kumpulan belajar yang ditubuhkan sendiri olehnya. A’lia telah tersenarai antara 10 orang pelajar harapan sekolah tahun itu.
A’lia terus menyambut tangan gurunya itu dan menciumnya memohon restu dari seorang guru yang telah banyak berjasa sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.. Hari yang ditunggu-tunggu, untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Pagi-pagi lagi A’lia telah bangun bersolat subuh dan bersarapan bersama keluarganya. Rasa tidak sabar hendak kesekolah. Tiba di Bilik Guru, A’lia sempat menjenguk ke bilik Cikgu Noraini..namun dia tiada disitu. “Takpe..ambil keputusan dulu”.kata hatinya.
Belum apa-apa lagi Cikgu Prema mengucapkan syabas A’lia, awak berjaya. A’lia menjerit-jerit keseronokan sambil berpelukan dengan kawan-kawannya yang lain. “Cikgu Prema,.. mana Cikgu Noraini?” kata A’lia berbisik dengan gurunya itu. Cikgu Prema tersenyum... “Tadi dia ada dekat sini tanya saya u sudah datang ke belum.. sekarang u pulak tanya..cemburu saya.. tapi saya rasa dia sudah baliklah.. cubalah u cari dia”. Cikgu Prema menunjuk ke arah tangga yang selalu digunakan oleh Cikgu Noraini untuk ke keretanya.
A’lia pun berlari..dan kerana terlalu kelam kabut dia tergelincir.. “Aduh……” bukan kerana sakit tapi malu..ramai pelajar lain sedang melihatnya..nak bangun terasa malu . A’lia memandang keatas apabila ada seseorang berdiri dihadapannya, dia tersenyum sumbing rupa-rupanya Cikgu Noraini. A’lia pun bangun dengan bantuan Cikgu Noraini.
A’lia terus menunjukkan slip peperiksaannya. Cikgu itu tersenyum bangga. “Baiklah saya ucapkan tahniah dan....selamat tinggal..” Cikgu Noraini berseloroh. A’lia terdiam dengan nada sedih dia berkata “Cikgu....boleh tak sekiranya saya menjadi anak murid cikgu selama-lamanya, boleh tak cikgu…”.
Soal cikgu Noraini “Nak jadi anak murid saya selama-lamanya? Baiklah…saya pun akan ceritakan kepada semua pelajar-pelajar saya yang akan datang dan seterusnya kisah anak murid saya yang paling nakal ni….macamana boleh?...” tanya Cikgu Noraini “Dan itu akan bermula sekarang..” kata Cikgu Noraini.
A’lia terbeliak dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Baik!!! dengar sini semua... A’lia ni seorang pelajar yang paling nakal sekali disekolah ni, (pelajar-pelajar yang mendengar tertawa) jangan ikut semua tuh...
tapi jadilah seperti dia yang tidak pernah mengalah dan berputus asa...kuat semangat”. Cikgu Noraini tersenyum melihat A’lia tertunduk malu. Alia sempat berkata “Cikgu....terima kasih., terima kasih cikgu” kata A’lia sambil tersenyum bangga.
Cikgu.... I Miss U....
cerpen nie best la
ReplyDeletecye cke cerpen nie
boleh copy tak...buat anta keje skola...boeh tak???
ReplyDeletehttp://nalurerenewws.blogspot.com/2018/08/taipanqq-3-keuntungan-jalin-hubungan.html
ReplyDeleteTaipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong