Aku ke sekolah seperti biasa. Macam biasa Shah, Salleh, Renuga, Norlela telah berada di bawah pokok menunggu. ”tapi mana pulak Faris? Erm.. biarlah” ”erm biar shah bawakkan beg A’lia hari ni..faris xde..blom sampai lagi atau memang dia tidak dapat datang hari ini.” kata Shah. ”Oh yeke...erm takpelah Shah..A’lia bawak sendiri.. thanks”.
Kelas telah pun bermula setengah jam yang lalu dan faris tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu kelas dengan muka yang sugul dan masam. Dia tak pandang pun kearah kami berlima. Kenapa keluarganya pun ikut sama. Ada apa hal yer.. kami semua tertanya-tanya.
Cikgu kelas kami dipanggil ke bilik Guru. Kebetulan cikgu meminta aku tolong membawa buku-bukunya ke bilik guru. Aku berjalan bersebelahan dengan faris tapi dia masih tetap membisu. Keluarganya sibok berbual dengan cikgu.
”Oh..begitu rupanya, jadi tuan dan puan nak pindahkan faris bersekolah di tempat pakciknya di kuala lumpur. Memang sekolah disana lebih banyak kemudahannya. Jika itu pilihan tuan puan, saya tiada halangan dan akan segera buat surat pertukaran itu, harap tuan puan dapat tunggu sebentar” .
kata cikgu panjang lebar. Aku yang berdiri dibelakang cikgu cuma mampu tercengang sahaja dan muka faris aku tenung dengan dalam. Dia sedikit pun tidak mampu mengangkat kepalanya memandang wajahku. Buku cikgu aku letakkan dimejanya dan terus aku berlari. Aku masuk kekelas dan menangis sepuas hati. K
Kawan-kawan yang lain semua hairan dan tertanya-tanya. ”Maaf. Maafkan faris. Faris tak dapat buat apa-apa.” suara faris kedengaran disebelahku. Aku mengangkat muka, air mata mengalir deras. Faris menyapu air mata dipipiku manakala air matanya pula yang mengalir laju. Aku tidak pernah tengok faris menangis. Aku tahu dia juga tidak mampu berbuat apa-apa lagi hanya mampu menurut kehendak ibu bapanya.
”A’liaaaa!!!!!” jerit cikgu muthu. A’lia tersentak dari lamunan. ”ayoo..berapa kali saya mahu panggil nama awak.. awak sudah terbang sampai mana..?? ayoyo..” leter cikgu muthu lagi. Sejak faris tiada dalam kelas aku semakin tidak memberi perhatian di dalam kelas. Salleh, renuga,lela dan shah tidak henti-henti bagi aku semangat. Semua yang faris buat untuk aku setiap hari akan digantikan oleh Shah.
Kesian dekat dia. Aku tahu mereka cuma nak menggembirakan aku sahaja. Mereka kawan sejati. Erm tidak tahu kenapa, aku dihantar untuk mengikuti kelas agama pada setiap petang di kampung sebelah.
Yer..kampung yang dulu tempat tinggal faris dan shah. Kampung kami bersebelahan sahaja dan setengah jam diambil dari rumah aku untuk sampai ke sekolah agama tersebut. ”Baiklah ada pelajar baru, saya nak awak perkenalkan diri awak sebelum saya tempatkan kelas dan tempat duduk awak.” kata ustazah.
Tekalah apa. Rupa-rupanya shah juga belajar agama ditempat yang sama dan sekali lagi aku satu kelas dengannya. Tempat duduk aku? Hehee..dibelakang Shah. Rupa-rupanya dia ketua pelajar disana. Wow.. aku tak sangka gangster sekolah adalah ketua pelajar bagi sekolah agama.
Memang macam bukan dia aje..tapi dia nampak hensem sangat dengan baju melayu putih, bersampin hijau dan bersongkok hitam. Hi A’lia,...saya Shah..selamat datang. Kami berdua sama-sama tertawa. ”Hei.. kita balik sama-sama nak.” Kata Shah. ”Apa pulak balik sama-sama ni..rumah shah kan kat depan tu aje..rumah A’lia jauh la” kata ku pula.
”takpe..A’lia ni kan tuan puteri, tuan putera jauh..jadi tak salahkan kalau ada hulubalang yang menjaga tuan puterinya .. sekali lagi kami berdua tertawa. Rasa macam seronok sangat. Sekurang-kurangnya..aku lupa yang faris tiada disisi. ”Erm..Shah hari ni tak payah hantar A’lia lagi yer..habis kelas pukul 6.30 petang. Kalau shah hantar A’lia dan patah balik mesti shah sampai rumah pukul 7.30 petang kan??” soal A’lia.
”hei..come on la A’lia kan shah dah cakap..shah akan jaga A’lia ok..lagipun janganla takut. Bukan shah nak buat yang bukan-bukan dengan A’lia. Shah pun dah janji dengan faris akan jagakan A’lia untuk dia.” biarlah ok.. shah ikhlas.” jawab shah sambil membetul-betulkan songkoknya. ”huis..shah ni pakai songkok pun senget..meh A’lia betulkan..hehe” kata A’lia pula.
”thanks” jawab shah. Mata mereka bertentangan. Cepat-cepat A’lia memalingkan wajahnya dan beredar. Waktu rehat dan bila tiba waktu bersembahyang Shah yang akan mengetuainya. Ramai pelajar-pelajar disitu yang menaruh perasaan padanya. Bila shah sibok dengan kawan-kawannya..A’lia akan berasa cemburu dan merajuk. Sehingga shah sedar dan memujuknya kembali. Begitulah kehidupan mereka seharian.
Setiap hari disekolah mereka juga akan bersama-sama sehingga rakan-rakan yang lain menyangka mereka sedang bercinta. Mereka begitu rapat sehinggakan kemana-mana sahaja bersama. Tanpa disedari berita mengenai mereka selalu bersama yang konon-kononnya sedang bercinta sampai kepada pengetahuan faris yang sedang belajar di kuala lumpur melalui sepupunya raja baizura.
Suatu petang, seperti biasa A’lia pergi ke sekolah agamanya dari jauh kelihatan faris dan shah sedang berbual. A’lia berasa begitu gembira. ” hi faris..i miss u... Faris apa kabar,..baik ke? Macamana dengan sekolah baru seronok tak??.soal A’lia tanpa henti-hentinya. Melihat faris yang merenungnya tanpa berkata apa-apa. A’lia terus terdiam. So...... sekarang ko dengan shah ke??? Soal faris pula. ”faris tolongla..kalau kau nak marah..aku orangnya bukan A’lia ok” kata shah separuh merayu.
”hei..kau tak dengar ke..aku tanya kau ni..kau nak apa sekarang...kau nak kita putus ke? Soal faris lagi..kata-katanya menjadi semakin kurang ajar dan menyakitkan hati. A’lia terdiam membisu. Dia tidak pernah melihat faris bersuara kasar dengannya. Air matanya sudah kelihatan bergenang menahan sebak didada.
”hahaha.. bodoh betul aku ni kan.. ada orang lagi cantik, lagi baik, lagi setaraf dengan aku, tapi aku tetap minat kat kau..so..sekarang ni kita putus ok. Jangan sekali-kali kau panggil nama aku, tengok muka aku atau berselisihan dengan aku. Kau faham tu. Kalau tak..aku akan hancurkan hidup kau..ingat tu” kata faris yang kelihatan begitu marah sekali.
A’lia yang seolah –olah baru tersedar terus mengejar faris dan memegang tangannya. ”faris tolonglah.. kenapa faris jadi macam ni...cakaplah faris tengah main-main kan.. A’lia rindu dekat faris.”. Faris tidak berkata apa-apa cuma memandang ke arah motor rxz merah nya. Disana kelihatan raja baizura sedang menunggunya. Tangan A’lia di tepis dan faris pun berlalu pergi.
A’lia terjelepuk ditanah menangis tidak henti-henti. ”A’lia..tolonglah.. bangun dan berhenti menangis nanti ustazah nampak. Sudahlah tu. Besok-besok ok la si faris tu. Bangun..tolonglah..” pujuk shah.
Seperti biasa A’lia berjalan kaki menuju ke sekolah dan terkejutnya dia Faris dan raja baizura menaiki motor bersama-sama menuju kesekolah juga. ”apa yang faris buat kat sini? Dia dah pindah balik? Apa? Dia sekarang satu kelas dengan raja baizura pulak? Oh..macam tu ke? Pelbagai persoalan difikirannya dan adakah apa yang dikatakan oleh faris tempoh hari betul.
Supaya jangan bertentang mata dengan nya lagi. Tapi....apa salah aku..?? kerana peristiwa itu.. shah juga telah memohon untuk bertukar kelas.. sekarang aku seorang. Rakan-rakan yang lain semua di kelas hujung aku dikelas kedua, shah dan salleh di kelas ketiga manakala lela dan renuga di kelas keeempat. Faris dan raja baizura di kelas pertama”. ”apalah yang akan terjadi sekarang ni.
Rasa sedih sangat.” bentak hati A’lia lagi. Pada waktu rehat kumpulan raja bersukaria bersorak kerana akhirnya raja dapat juga bersama faris. ”aduhhh!!! A’lia terjatuh. Ada budak yang sengaja melanggarnya dan mangkuk mee kari kegemarannya juga tumpah berselerakan di lantai kantin.
Faris yang ada disitu sedikit pun tidak memandang cuma sedang berbual-bual dengan raja sesekali tertawa. Shah dan salleh yang cuba hendak membantu dihalang oleh rakan-rakan faris dan baizura. Nolela menangis melihat A’lia dibuli seorang diri. ”kau ambik mop ni ko cuci kantin ni sampai bersih..bodoh” kata salah seorang ahli kumpulan mereka. Yang lain-lain cuma tergelak dan tertawa sahaja.
Waktu balik dari sekolah semua rakan-rakan sedang menunggu A’lia. ”dah la korang jangan tunggu A’lia lagi lepas ni. Anggap je kita dah putus ok. Korang sedikit pun tak boleh tolong A’lia, kenapa??? Korang takut ke sebab diorang ramai..korang ni bukan kawan..berambus arr.. ”kata A’lia sambil menangis dan terus berlari pulang. Dia berasa begitu malu. Semasa waktu sukan disekolah mereka semua bermain bersama-sama di bawah pengawasan para guru.
Tapi oleh kerana cikgu ada hal di pejabat mereka dibiarkan bermain sendirian. ”hei A’lia...ko pegi ambik bola tu..” kata raja baizura. ” apesal aku pulak kena ambik..kau yang baling masuk bawah kereta cikgu...kau la pegi ambik” kata A’lia pula. ” nanti bila cikgu datang kita semua cakap A’lia buang bola bawah kereta cikgu ok kawan-kawan” kata baizura sambil tersenyum.
A’lia berasa serba salah. Dia tahu shah, renuga salleh dan lela tidak dapat menolongnya lagi.. lagipun mereka di dalam kumpulan yang lain dan berada jauh darinya. Faris cuma memandang penuh sepi. Di wajah nya kelihatan tanda kerisauan. ”baik...saya pergi”. Kata A’lia.
Tanpa disangka-sangka sedang A’lia meniarap dibawah kereta itu, cikgu datang dan menghidupkan enjin kereta dan terus memandu kereta keluar dari kawasan sekolah tanpa menyedari ada seorang pelajar dibawah keretanya. Pelajar lain dari jauh dah terjerit- jerit tetapi cikgu tidak mendengarnya. Dan....A’lia tercedera.. dia tidak bergerak-gerak lagi.
Di wajahnya penuh dengan darah yang mengalir dari kepalanya. A’lia nampak rakan-rakannya menangis disisinya, dia juga nampak faris berlutut sambil memangku kepalanya namun dia tidak merasa apa-apa dan tidak mendengar sebarang bunyi sebelum segalanya gelap gelita.
A’lia di masukkan ke wad. Petang itu baru dia sedar. Apabila membuka matanya shah telah berada disisinya. Shah berdiri dan memegang tangannya. Air mata A’lia berjujuran laju membasahi pipi. Shah tahu bukan dia yang diharapkan untuk berada disisi A’lia ketika itu.
Namun dia tidak sanggup melihat A’lia keseorangan bila sedar nanti. ”Shah......mana faris???” Soal A’lia. Shah cuma mendiamkan diri dan menggeleng-gelengkan kepala. A’lia menangis lagi. Shah menyapu lembut rambut A’lia dengan harapan A’lia dapat tenang dan gembira disisinya. Shah tidak jujur pada dirinya sendiri. Dia tidak jujur pada A’lia. Faris ada disisi A’lia sepanjang tempoh dia pengsan tadi.
Kemudian terpaksa pulang untuk menukar pakaiannya yang dibasahi darah lagipun dia telah 5 jam berada disana. Faris telah berpesan kepada shah agar sampaikan salam sayangnya kepada A’lia. Dan katakan dia memohon maaf atas segala perbuatannya selama ini. Dia akan kembali ke sisi A’lia untuk selama-lamanya. Tapi, nampaknya shah tidak akan berdiam diri lagi.
Ini adalah peluangnya untuk merebut hati gadis kesayangannya sejak dari dulu lagi. Shah tidak akan sampaikan apa yang telah faris pesan kepadanya. Biar A’lia tidak tahu jejaka kesayangannya ingin kembali kepadanya. Bagi shah, faris telah banyak menyakitkan hati gadis yang sepatutnya dicintai dan disayanginya.
Hari kedua A’lia berada di wad. Doktor maklumkan A’lia boleh keluar wad petang itu. Namun keluarganya tiada kenderaan. Mungkin dia terpaksa menunggu shah datang bersama keluarganya dan boleh menunggunya untuk pulang bersama. Matanya sayu memerhatikan jendela. Hari yang indah, ”tok! Tok! Tok! Hi sayang.” faris muncul di muka pintu dengan sejambak bunga ros pink ditangannya.
A’lia tercengang dan cuba untuk bangun dari pembaringannya. ”Eh..napa ni..tak payah la bangun ok.” kata faris sambil membantu A’lia membetulkan kedudukannya. A’lia masih lagi tercengang dan tidak berkata apa. Matanya liar memerhatikan faris yang sebok mengisi bunga didalam pasu dimeja. Mata faris tidak dialih kemana hanya dengan senyuman dan perhatian kepada A’lia.
Faris duduk disisi katil, dia menggenggam jari jemari Alia. Dia mengucupnya. Kemudian tertunduk di birai katil. Agak lama. Faris menangis. A’lia yang terdiam tadi turut mengalirkan air mata, perasaan mereka sama pada waktu itu. Sayang dan kekesalan.
Mereka saling menyayangi antara satu sama lain, tetapi seolah-olah ada benteng antara mereka ketika itu. Faris tidak henti-henti menutur kata maaf dan kekesalannya. Tetapi A’lia masih berdiam diri. Perasaannya betul-betul terguris dengan segala yang terjadi sehingga telah mengancam nyawanya sendiri. Faris terus keluar dari bilik wad tersebut dan tidak lama kemudian dia masuk semula.
”Ni..mama faris dah bayarkan bil hospital sayang.” mereka dah balik. Papa dan mama kirim salam je.” kata faris lagi. ”sayang balik ngan faris ok.” sambung faris sambil mengusap dahi A’lia. Tiba-tiba, ”assalamualaikum. Hi A’lia. Sorry shah terlambat sikit hari ni.” kata shah dimuka pintu. Kebetulan, Shah juga membawa sejambak bunga ros merah untuk A’lia.
Faris merenung shah tajam. Faris tidak berkata apa-apa hanya berdiam diri memerhatikan gelagat shah dan A’lia.
”A’lia rindu kat shah tak?? Soal shah tanpa menghiraukan kewujudan faris disisi A’lia. ”Rindu. Rindu sangat-sangat.” jawab A’lia pula. Faris bingkas bangun dan memerhatikan A’lia. Tidak sepatah perkataan pun disebut A’lia semasa kehadirannya tapi dengan shah siap berindu-rindu lagi.
Hatinya terguris. Faris terus keluar dari situ. Shah tersenyum gembira. ”dah la.. jom kita balik. Mak ngan abah dah tunggu kat kereta.. A’lia dah siapkan.” kata shah lagi. A’lia cuma menganggukkan kepalanya sahaja. Selepas seminggu A’lia telah pulih dari kecederaannya dan telah mula bersekolah. Ramai juga kawan-kawan datang bersalaman dengannya. Mereka semua gembira A’lia telah pulih, ada juga yang datang meminta maaf kerana pernah membuli Alia dahulu.
Tiba-tiba terdengar budak-budak menjerit memanggil cikgu. Faris bergaduh di belakang sekolah dengan shah. Ya Allah!! Satu perkataan yang keluar dari mulut A’lia ketika itu. Sebelum dia, kawan-kawannya dan cikgu belari kebelakang sekolah untuk melihat apa yang terjadi.
”Cukup tu.. saya kata berhenti sekarang!!!!!!” Kata cikgu. Ramai yang ada disitu tetapi tidak seorang pun berani mendekati apatah lagi meleraikan pergaduhan mereka berdua. ”kenapa awak bergaduh ni.. cakap dengan saya. Biar saya tolong kamu selesaikan semua ni” kata cikgu separuh merayu. Mereka berdua telah berdarah-darah. Cikgu agak ketakutan ketika itu.
A’lia cuba berani kan diri mendekati shah dan faris yang seolah-olah telah lupa diri ketika itu. ”A’lia jangan dekat dengan mereka... nanti kamu cedera..” kata cikgu apabila mendapati A’lia telah berada hampir dengan shah dan faris yang sedang dalam kemarahan.
Faris merenung A’lia sambil berkata ”kalau ini yang boleh buat faris dapat A’lia semula.. faris sanggup kena buang sekolah..malah kena penjara sebab bunuh mamat ni pun takpe.” kata faris sambil mengesat darah yang mengalir di mulutnya. A’lia menangis. ”tolonglah... tolonglah..kalau semua ini kerana A’lia, tolonglah berhenti. Tolonglah... A’lia rayu pada korang..” kata A’lia teresak-esak menangis.
”Tidak!!!! Salah seorang kene mati dulu kalau nak A’lia.” kata shah pula. ”No... no..no..bukan ini yang A’lia nak..bukan ini..tolonglah..tolong hentikan semua ni.. tolonglah shah..tolonglah..” kata A’lia merayu lagi. Shah cuma menggelengkan kepalanya. ”No..A’lia kena pilih salah seorang dari kami. Kalau nak bende ni berhenti disini kalau tak.. akan ada orang mati petang ni.” kata shah lagi.
”Ya!!! Pilih dia atau faris.. jujurlah pada diri sendiri” kata faris seolah-olah masih menaruh harapan. ”A’lia pilihlah seorang.. apa yang susah sangat kamu nak cakap ni..kamu nak tengok salah seorang dari mereka mati ke?” jerit cikgu kepada A’lia dengan harapan pilihannya itu akan menghentikan mereka dari bergaduh. A’lia masih terdiam walaupun air matanya tak henti-henti mengalir.
”Saya pilih... saya pilih.. saya... saya pilih Shah” kata A’lia sambil berlari pergi. ”Apa????? Shah??? Kenapa dia pilih shah. Bukan dia suke kat faris ke??” kata murid-murud lain yang ada disitu. Shah tersenyum sambil merenung wajah terkilan faris terhadap A’lia. Faris menoleh dan berlalu pergi tanpa sepatah kata pun keluar dari bibirnya. Raja baizura yang turut berada disitu turut mengalirkan air matanya. Dia tahu faris begitu sayangkan A’lia dan begitu juga sebaliknya.
”Hei.. engkau ni kenapa..dah gila ke..atau dah nak mati.. kau tu bercinta dengan faris..kau tahu tak??? ” jerit Raja Baizura kepada A’lia. A’lia mematikan perjalanannya. ” Engkau ni bodoh ke hah A’lia.. faris sanggup kene pukul dengan pakcik dia kat sana.. dia sanggup tak pergi sekolah dengan harapan mama dan papa dia tukar dia balik kat sekolah ni.. sebab kau.. kau tahu tak tu!!!!!” jerit raja baizura lagi. Air mata Alia mengalir lagi. Rupa –rupanya faris dah tanggung terlalu banyak keperitan dan kesakitan untuk terus bersamanya.
Tetapi dia dah hancurkan segalanya.”Dah la kau je pergi kepadanya.. kau jagalah dia..aku tahu kau pun suka giler kat dia...segalanya dah terlambat.. aku dah pilih shah.. cukuplah..titik noktah.” kata A’lia berpegang pada kata-katanya sebentar tadi.
Seminggu berlalu.
”Hai A’lia, petang ni jadikan datang rumah shah kata nak belajar sama-sama. Jadikan??” kata shah sementara A’lia membalasnya dengan senyuman. Mereka membohongi diri masing-masing dan merelakannya. Masuklah A’lia, besok-besok makcik ambik kamu kat rumah je jadi tak payahlah kamu berbasikal kemari..bahaya sorang-sorang.” kata ibu shah.
A’lia cuma tersenyum membalas perlawaan ibu shah. Hari dah semakin gelap, jam menunjukkan tepat jam 7 malam tetapi hujan di luar masih belum berhenti. Kamu duduklah dulu yer.. makcik nak ke kedai sekejap kopi dah habis, hujan-hujan macam ni kalau minum kopi kata Makcik Sally ibu shah kepada mereka berdua. Sementara ayah shah tiada kerana masih bekerja.
”A’lia.... shah betul-betul sayangkan A’lia.. shah harap A’lia pun macam tu ok”. Shah memeluk bahu A’lia dari belakang. A’lia terkejut dan berhenti menulis. ”Errr...shah,.. dah la tu..erm..tak elok macam ni..erm..kita masih sekolah lagi.” kata A’lia sambil cuba menolak cengkaman shah di tubuhnya. Namun pelukan itu dirasakan semakin kuat.
Shah cuba mencium A’lia tetapi A’lia sempat bangun dan menjauhkan dirinya. Shah seolah-olah hilang pertimbangan dan keadaan mereka yang tinggal berdua-duaan begitu adalah amat bahaya buat A’lia. Air mata mengalir lagi, dan A’lia terus berlari keluar menunggang basikalnya dalam keadaan hujan lebat. Shah cuba mengejarnya.. namun terhenti di pertengahan jalan.
Hujan semakin lebat..A’lia terus mengayuh basikalnya sebelum terjatuh kerana keadaan jalan yang licin dan berlopak. Kebetulan di simpang jalan itu ada kedai burger, faris dan kawan-kawan motornya sedang lepak disitu. ”wei ada eksidenlah..tolong jom.. kesian budak perempuan la wei..cepatlah..” kata salah seorang dari mereka sambil berlari kearah A’lia yang sedang terduduk menangis dalam hujan.
Lututnya luka dan berdarah. Apabila mengangkat mukanya dia nampak sepasang kaki dihadapannya.. perlahan-lahan dia melihat dari bawah terus keatas. Matanya terkedep-kedep terkena hujan memandang faris yang berdiri dihadapannya.
Pada pandangannya seolah-olah seorang wira sedang berdiri. Faris berlutut dihadapannya. ”Jatuh sikit pun nak menangis ke sayang” kata faris sambil menghempus luka dilutut A’lia. A’lia kelihatan sedang menahan kesakitan. ”Ok faris..basikal kami dah betulkan..bolehlah cik adik ni balik..hujan pun dah berhenti.” kata kawan-kawan faris. ”baru balik dari rumah mak mertua ker?? Kenapa tak suruh abang sayang hantarkan?” kata faris lagi saje mengena.
A’lia tertunduk diam. ”terima kasih sebab tolong, terima kasih semua”. Kata A’lia cuba berlalu pergi. Tetapi langkahnya terhenti, dia tidak boleh berjalan kerana lukanya tadi. Tetapi tetap cuba digagahi apabila fariz seolah-olah tidak kisah dengan apa yang terjadi malah sengaja memperlinya lagi. ”Tunggu!!!!” satu suara kedengaran. A’lia terdiam. ”meh fariz hantarkan balik, teruk luka tu.. basikal besok faris bawakkan”. Kata faris sambil menghidupkan enjin motosikalnya.
”Wowwwww!!! Adik peluk abang tu ye..abang hensem nak hantar balik memang bertuah betul adik ni...kakakakaka”. kata kawan-kawan faris yang tidak tahu mereka berdua sebelum itu pernah ada hubungan dan saling kenal mengenali antara satu sama lain. Suasana malam selepas hujan memang cantik sangat. Udara terasa segar menyapu pipi mereka.
”faris....??” A’lia bersuara halus. ”Erm..” faris membalas ringan. ” faris....” kata A’lia lagi. ”yer...” jawab faris pula. Kemudian tiada lagi kedengaran suara di antara mereka. Hanya enjin motosikal dan hembusan angin malam. Setelah sampai A’lia pun turun dari motosikal faris, ” terima kasih banyak-banyak. Kata A’lia tertunduk malu. ”takpe..saya ikhlas” kata faris sambil memusingkan motosikalnya untuk berjalan pulang. ”faris...” kata A’lia lagi. Faris terhenti.
”kenapa??? Dari tadi lagi..nak cakap apa?? cakap je..” kata faris. Dia yang sememangnya lebih mengerti hati dan perasaan kekasih hatinya itu tahu ada sesuatu yang ingin disampaikan tetapi terlalu berat untuk diungkapkan.
”takpe..kalau pasal basikal awak tu..besok pagi saya hantarkan.. kalau jual pun gerenti tak laku punya...hahahaha.. besok saya hantar..jangan risau k” kata faris lagi. katanya buat-buat tak tahu kepada A’lia yang mungkin hendak meluahkan isi hatinya pada malam itu . ”dah la..saya balik dulu..take care, bye”. Entah kenapa berat sangat perasaannya untuk melepaskan faris pergi dari situ.
Dari pandangan matanya. Haruman dari faris hinggap ditubuhnya. Sukar untuk dia melupakan cinta pertamanya itu. Antara kasih dan sahabat. Faris adalah kedua-duanya. Dia tahu tiada siapa yang boleh menggantikannya. Langkahnya begitu longlai ketika berjalan kaki untuk kesekolah pada pagi isnin itu. Kaki masih terasa sakit. Hati masih terasa keliru dengan perbuatan shah pada malam itu.
Terasa tidak mahu kesekolah dan berdepan dengan sesiapa pun lagi. Terasa malu dan begitu tidak berguna. ”vrommm.. vroomm..” bunyi deruan motosikal dihadapannya. Faris tengah tersandar di motosikalnya dengan begitu bergaya sekali. ”fariz?? Awak buat apa kat sini??” tak pergi sekolah ke? Soal A’lia panjang lebar. ”awak lupa ke??? Saya sepatutnya hantar basikal awak pagi ni.
Tapi adik saya dah pakai pergi sekolah dia. Geram betullah. So, saya datang ni..nak jemput awak ke sekolah..itupun kalau awak nak”. Kata faris.
”heheheeh...hahaha.”A’lia ketawa panjang. ”suka??? Kelakar sangat ke?? ” soal faris lagi. ”heheheh..awak ni memang comelkan? Comel sangat. Hehe”. Kata A’lia lagi sambil mencubit pipi faris. Faris cuma merenung wajah A’lia yang sedang tertawa.
Alia tertunduk. Terasa malu pulak dah lama dia tidak melihat mata kucing faris yang begitu tajam bila merenung. ”kenapa tak pandang..tadi suka sangat.” kata faris lagi. Faris menyentuh wajah A’lia. Mata mereka bertentangan.
A’lia yang berasa begitu malu cepat-cepat tutup matanya dari melihat faris yang semakin hampir dengannya. Satu ciuman dilepaskan di pipi A’lia. Buku-buku yang dipegangnya bertaburan terlepas dari tangan. ”aduhhh!!! Bodoh betullah.. kenapa lepaskan buku-buku tu..aduhhh sakitnya”.
Kata faris sambil mengurut-urut kakinya. ”hehehe..maaf..siapa suruh awak buat macam tu..padan muka..bukan apa, buku teks mate dan b.i je..wakakaka (itulah buku teks yang paling tebal masa tu). A’lia tergelak separuh mati. Hilang terus perasaan malunya seketika tadi.
”faris...” kata A’lia. ”ermm?” jawab faris pula. ”faris??” kata A’lia lagi. ”yer saya”. Jawab faris pula. Soalan dan jawapan yang sama berulang-ulang disepanjang perjalanan mereka kesekolah pagi itu. Sesekali akan kedengaran gelak tawa dari mereka. Kenapa dengan menyebut namanya sahaja diri terasa begitu istimewa dan gembira sekali. ”wahhhhhhhhhhh tolong..aku dah jatuh cinta sekali lagi”. Jeritan hati A’lia. ”erm..faris..?” kata A’lia. ”hehehe.. ye. Ye saya.” jawab faris tersenyum manja.
Geram pulak dia tengok gadis comel dihadapannya itu. Sampai dia terlupa gadis itu bukanlah miliknya lagi. Sudah kepunyaan orang lain. Tetapi mereka berdua seolah-olah sudah menjadi orang lain. Seperti orang baru, seperti baru mengenali antara satu sama lain. ”faris?? Terima kasih hantarkan A’lia. Kata A’lia sambil berlalu pergi apabila telah sampai di perkarangan sekolah. ”erm...A’lia!!!! kata faris pula. A’lia memalingkan wajahnya. ”yer...” jawabnya pula. ”hehehehe.. tu kalau ye pun..pulangkanlah helmet saya tu..hahahahah” kata faris dan terus tergelak besar.
”Aduhhh...malunya aku” kata A’lia didalam hati. ”hehehe..ini dia.. erm.. alamak!! Erm...arrr..huis..”. A’lia terkial-kial cuba membuka kunci helmet fariz. ”hehehe..meh, meh sini..hanya tuannya aja yang boleh bukak.. orang lain tak boleh. Kata faris sambil membuka kunci dibawah dagu A’lia. Mata bertentangan sekali lagi. Apabila helmet telah dibuka sahaja A’lia terus berlari pergi.
Kdebukkk!! Yer..A’lia terjatuh betul-betul dihadapan fariz dan kebetulan shah juga lalu disitu. ”uwaaaaaaaaaaaaa malunya..hari ni nasib aku malang betullah..uwaaaa” jeritan hatinya. ”meh shah tolong” kata shah sambil menghulurkan tangannya. Genggaman itu tidak dilepaskan dan mereka terus berlalu menuju ke kelas.
”A’lia..,, shah nak mintak maaf apa yang terjadi semalam, shah janji shah tak buat lagi ok? Kata shah. A’lia menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi. A’lia umpama sudah tidak ada apa-apa perasaan terhadap shah ketika itu. Fikirannya telah menerawang ketempat lain.
Tok! Tok! Tok!. ”selamat pagi cikgu boleh saya berjumpa dengan A’lia sekejap?” kata faris. Semua pelajar dikelas begitu terkejut dengan kehadirannya di kelas itu. ”erm..baiklah..A’lia sila keluar sebentar ada orang nak jumpa kamu.jangan lambat” kata cikgu. A’lia bangun dan terus keluar.
”kenapa ni faris?? Ada apa nak jumpa ni? Ada hal penting ke?” kata A’lia yang begitu pelik dengan kehadiran faris. ”salah ke saya nak jumpa awak? Saya rindu. Kata faris sambil tertawa. ”erm...arh.. awak ok ke tak ni faris? Lain macam je A’lia tengok awak? Awak tak sehat ke?” sambung A’lia lagi. ”erm..heheh saya datang ni sebab nak pinjam kaler pensil boleh tak..coz kejap lagi kelas saya ada pendidikan seni. Boleh ek??” kata faris sambil menggaru-garu kepalanya.
”heheheh..comel. yela sekejap ye A’lia ambik” kata A’lia lagi. ”thanks sebab bg pinjam nah..” kata faris ketika memulangkan semula kaler pensil A’lia. A’lia membuka kotak kalernya untuk digunakan kerana kelas seninya akan bermula sebentar lagi.
”erm??? Ada nota?? Nota apa ni..sapa yang letak??” bisik hatinya lagi. ”saya Tengku Faris dengan ini berjanji akan terus cuba untuk mengorat awak A’lia..sampai dapat. Sejak peristiwa malam tadi saya dapat isyarat awak akan jadi milik saya juga nanti. Itu janji saya. Muahh” kata isi surat itu. A’lia tercengang.
”awak akan balik dengan sayakan?? Coz awak nak ambik basikal awak kat rumah saya..ingatkan A’lia?’ soal faris ketika A’lia dan shah berjalan bersama untuk pulang setelah selesai persekolahan. ”eh...apa ni faris? Ko tak puas hati lagi ke??” kata shah dengan bengangnya. ”ops...relaxla bro.. aku cakap dengan A’lia.. bukan dengan ko. Lagipun A’lia dah janji nak balik dengan aku.. kau ada apa –apa masalah ke..coz datang dengan aku..balik pun dengan aku.!” kata faris dengan seriusnya.
”apa??? Dia datang dengan kau?? Basikal A’lia dekat rumah kau?? Apehal?? Ape yang terjadi semalam?”. Kata shah memerhatikan A’lia yang sedang tak keruan. ”wei...apa yang terjadi semalam?? Kau tanya aku?? Sepatutnya aku yang tanya kat kau apa yang terjadi semalam dan kenapa A’lia balik sorang-sorang naik basikal didalam keadaan hujan lebat. Hahahahah..aku lelaki.. aku tahu kenapa dan kau tak payah cakap kenapa. Aku kenal kau dulu sebelum yang lain. Dan aku pasti kau pun kenal sapa aku.”
kata faris panjang lebarnya.
”Erm...korang...dah la jangan gaduh-gaduh lagi ok.” jawab A’lia. Takut sekiranya mereka bergaduh sekali lagi dan mungkin jika terjadi lagi kali ini mereka tidak akan berhenti selagi salah seorang tidak tumbang. ”shah, memang A’lia dah janji dengan faris nak balik dengan dia coz nak ambik basikal yang dia betulkan semalam..sory”. kata A’lia sambil berlalu menuju ke arah fariz. Kali ini faris tersenyum riang. Shah memerhatikan mereka berdua.
Faris menarik tangan A’lia ke pinggangnya dan tidak dilepaskan. Keadaannya seperti A’lia sedang memeluk faris tetapi sebenarnya tidak. Shah hanya mampu memerhati sahaja. ”yahoooo” jerit faris. ”kenapa dengan awak ni faris? Lepas la tangan A’lia penatlah duduk rapat-rapat macam ni”. Soal A’lia lagi. ”penat ke suka?” soal faris pula. A’lia terdiam. ” hehehehe.. malu la plak. Dah-dah tak payah nak malu-malu dengan saya. Yelah-yelah..saya lepaskan.” kata faris sambil terus tertawa.
”Pandai awak tipu shah, kata saya yang janji nak balik sama dengan awak. Sedangkan sepatutnya awak yang kata nak hantar basikal saya hari ni”. Kata A’lia lagi. ”saya saja... nak ambik kesempatan.. hehehe.”. kata fariz sambil tertawa. Memang pelik sangat perangai fariz baru-baru ini.
”Erm, mama dengan papa takde rumah. Tapi, masuklah dulu..jangan takut sebab bibik ada kat dalam. Tak pernah selama kita kawan.. A’lia datang rumah fariz. So, masuklah minum-minum sikit.. bolehkan?”. pinta faris. ”silakan..” kata faris lagi. ”wow... cantiknya rumah fariz.. anak orang kayalah katakan”. Kata A’lia yang terpukau dengan keindahan hiasan di rumah fariz.
”Erm..Alia nak tengok bilik faris tak? Soal faris lagi. ”huh?? Bi.. bi.. bilik??” kata Alia pula dengan tergagap-gagapnya. ”hehehe.. kenapa? Takut ke? Sejak bila Alia takut dengan fariz ni?”. soal faris lagi. ”eh.. tak takut.. sapa cakap Alia takut dengan faris?.. tak lah.. erm..tak salah ke perempuan masuk bilik lelaki? Sambung Alia lagi.
”Aik?? Kenapa pulak salah. Lagipun bibik kan ada (yeye je menegakkan benang yang basah). Erm..fariz ada benda nak tunjuk kat Alia. Jomla” kata faris sambil menghulurkan tangannya. Alia menyambutnya. ”erm..bik, nanti tolong hantarkan air ke bilik saya yer.” kata faris kepada orang gajinya. ”hei...masuklah. apasal duduk depan pintu je..come in..”. kata faris lagi.
”Erm...cantik bilik faris. Erm.. apa benda yang faris kata nak tunjuk Alia tadi? Soal Alia pula. Dia tidak sedar faris dibelakangnya sedang mengunci pintu bilik. Alia kehairanan sambil bertanya. ”erm... apa faris buat ni? Kenapa kunci pintu dari dalam..tadikan faris suruh bibik hantar air?.. erm..Alia rasa elok Alia duduk kat bawah je..ok?” kata Alia yang separuh ketakutan melihat faris berjalan kearahnya tanpa berkata apa.
”argh..” Alia terbaring diatas katil. Dibilik bujang fariz. Buka sahaja matanya. Fariz telah pun berada diatasnya sambil tersenyum-senyum. ”farizzz..... apa fariz buat ni? Alia jerit kang” kata Alia lagi sambil menutup mukanya dengan kedua telapak tangannya. Dia begitu bimbang jika mata mereka bertentangan. Dia seolah-olah terpukau dan tidak mampu berbuat apa-apa nanti.
”faris tolonglah..jangan buat Alia macam ni. Alia takut. Faris tolonglah ok?’. Kata Alia lagi dengan mata yang tertutupnya. ”heheheh.. kenapa pulak takut? Takut apa? Takut dengan faris atau takut dengan apa yang akan fariz buat lepas ni?”. ”ermmm...tolonglah faris jangan buat apa-apa, tolonglah”. Rayu Alia lagi. ”ok.. ok ok.. faris tak buat apa-apa tapi bukak mata dulu” kata fariz lagi.
Dengan perlahan-lahan Alia mengalih tangannya dan perlahan-lahan juga dia membuka kelopak matanya. Faris masih berada di atasnya dengan senyuman yang menakutkan. ”arggh ... faris ?????”. jerit Alia setelah faris melepaskan ciumannya. Lantas fariz ditolak ketepi. Dengan pantasnya dia bangun dan cuba berlari ke pintu. Namun tangannya sempat ditarik fariz kedakapannya.
Alia terdiam disitu. Tergamam, takut namun pada masa yang sama dia berasa selesa berada didalam dakapan jejaka dihadapannya itu. Perasaan yang berbeza ketika dia dipeluk shah dahulu. Tetapi pada kali ini, dia merelakannya. ”jadi milik fariz semula..bolehkan?” kata fariz. ”erm, faris..Alia adalah selamanya milik fariz dan itu tidak pernah berubah.” jawab Alia sayu. Dia masih menyayangi jejaka yang pertama kali bertakhta dihatinya itu.
Sebulan telah berlalu.
Semua pelajar sibuk menghias diri masing-masing sempena hari anugerah pelajar cemerlang. Nun di bawah pokok sana kelihatan Alia, shah, salleh, renuga dan noorlela sedang sibuk membetulkan pakaian masing-masing supaya kelihatan kemas. Mereka adalah pelajar cemerlang di dalam akademik bagi kelas mereka dan akan menerima hadiah dari pihak sekolah. ”Alia tolong betulkan tali leher shah ni”. Pinta shah. Alia tersenyum. ”erm.. ok. Dah cantik dan hensom.hehe”. tawa Alia sambil mengemaskan tali leher shah. Shah tersenyum.
”Wei lela tolonglah betulkan tali leher aku ni.. aku pun tak retilah nak pakai benda ni..”. pinta salleh kepada lela pula. ”huis..ko ni saja je kan..kau tak bleh tengok Alia ngan shah.. ko pun nak sama.. mengada-ngada la kau ni.” leter lela pula. ”ala apa la awak ni lela, salleh nak manja-manja sikit pun tak boleh ke?” kata renuga pula. Manakala si salleh mencebik dan menganggukkan kepalanya. ”erm...yela-yelah..aku tolong..huis..ngada-ngada”. Kata lela sambil membetulkan tali leher salleh.
”hi shah.. tadi kata nak pergi sama. Jomla”. Kata raja baizura tiba-tiba menyampuk perbualan 5 rakan itu. Yang lain tercengang-cengang. ”apa minah kerek ni buat kat sini dan apehal plak dia panggil shah manja-manja macam tu?? Eeeee ngada-ngada btol”. Kata lela kepada renuga. ”enkau ini memang lambatlah lela.. orang sudah sampai london enkau masih di klang.
Ayoyo..kata renuga sambil menepuk dahinya. ”huh...apa ko cerita ni renu..aku cakap pasal shah ngn raja tu..apelak kau cite pasal london ni??” soal lela lagi yang betul-betul tak faham perumpaman renuga sebentar tadi. ”ayoyo..salleh awak kasi terang sama lu punya kekasih ini..memang lambatlah ini awek..cantik tapi tara guna juga”. Kata renuga lagi. ”hehehe..apa-apa pun dia awek aku ”. Kata salleh pula.
”banyaklah kau punya awek, wei shah kawan dengan raja baizura ke? Kan Alia tak suka ngan perempuan tu? Tu tu tu.. apesal dia ikut raja plak dah tu tinggalkan Alia sorang-sorang kat sini? Eeee lelaki ni memang gatal tak cukup sorang ke?” celoteh lela kepada salleh. ”erm..itulah meh..aku bagitau kau.. shah tu sekarang dah kapel ngn raja baizura. Kau dengar tak?”.
Lagipun Alia dan Raja dah pun berbaik kini mereka dah berkawan. kata salleh lagi. ”huhh...abis tu kesian lah Alia. So sekarang ni dia soranglah ek? Apa kata kau ngorat dia plak..bukan aku tak tahu kau pun dulu suka kat Alia jugak..”. kata lela pula”. ”itu dululah.. tapi sekarang aku suka kat kau ngan renuga..bolehlah kita kapel nak.??” kata salleh lagi tanpa sembunyi-sembunyi sambil tertawa. ”eeee kau ni gila ke salleh?? Nak ajak kapel pastu nak dua-dua plak tu. .aku tampo muka kau baru kau tahu”. Kata lela separuh marah.
”Hai kawan-kawan..”. kata faris sambil tersenyum. ”eh...farislah..faris..hii..” kata salleh dan lela yang gembira dengan kehadiran fariz kesisi mereka semula. ”wah fariz dengar cite kau dapat dua pingat, akademik dan ketua pengakap..hebatlah kau ni.” kata lela memuji fariz. Fariz tersenyum riang sambil menggaru-garu kepalanya. Terasa malu pulak. ”wei lela bukan dua pingat dia dapat...tapi tiga pingat kau ni memang lambatlah”. Kata salleh pula cuba menyampuk. ”tiga??”. kata lela sambil menunjukkan jarinya.
”yer..tiga.. macam ni t i g a”. Tambah salleh lalu tertawa lagi. Semua yang ada disitu tertawa. ”erm..sory kawan-kawan fariz nak bawak Alia pegi sana jap bolehkan?” tiba-tiba fariz mencelah. ”mintak Alia??” soal lela lagi yang semakin binggung. ”fariz tertawa. Alia tersenyum. Salleh dah tergelak-gelak melihat telatah lela.
Faris dan Alia berlalu pergi.
”wei salleh.. cakaplah aku lambat ke apa ke..aku tak kisah dah.. tapi aku pelik betul dengan apa yang jadi hari ni.. ke aku tengah bermimpi ni?..apehal ngan shah dan raja. Pastu fariz dengan Alia ..aku tak fahamlah”. Kata lela dah macam ayam berak kapur. ”hahahah..kesian kawan kesayangan aku ni.. macam ni, shah memang dah kapel dengan raja baizura, ok? Then pasal pingat fariz tu dia dapat dua pingat je, akademik dan pengakap terbaik.
Pingat ketiga yang aku cakap tu adalah Alia ..hehe fariz dah dapat Alia semula. Itu jela ceritanya..dan... bila pulak aku bleh dapat ko lela”. Kata salleh tersenyum-senyum manja. ”eeeee gatal betul ku ni.. hahahh oh.. macam tu ke..bagusnya dengar cerita macam ni.. erm..rasa seronok plak. Hahahah”. Kata lela sebelum mengetuk kepala salleh dan berlari pergi.
”asyik tolong betulkan tali leher orang lain je mana bleh tahan.. tali leher fariz takde orang nak tolong betulkan ke?” kata fariz tersenyum. Alia pun tersenyum. ”erm..ok...dah..puas hati?” jawab Alia pula. ”dijemput ketua pengakap untuk naik kepentas menerima pingat dan sepatah dua kata untuk pelajar lain. Dipersilakan”. Kata juru acara.
Faris berlalu menuju ke pentas dengan bergayanya. Ramai pelajar bersorak-sorak gembira. ”saya ucapkan terima kasih pada keluarga kerana bagi sokongan, guru-guru, kawan-kawan dan teristimewa buat Alia,.. i love you”. Kata faris menuruni pentas sambil tertawa. Cikgu pula tercengang-cengang manakala pelajar-pelajar lain bersiul-siul dan bersorak gembira.
Alia terpaku di kedudukan asalnya. Tidak tahu apa perasaannya pada masa itu, samada untuk gembira, malu, atau cuba buat-buat pengsan..hehehe. hari yang menyeronokkan di zaman sekolah. Fariz.. i love you too.
p/s : Cerpen tamat disini..heheh..maseh..
aku sambung cite ni coz adik aku ika kater.. cite 1st tu pendek sgt, n tkde konflik.. so aku taboh r kasi panjang2 lagi..
ReplyDeletelast2 semua org komen..apehal la cerpen ni pnjg sgt?? cerpen ke novel.. hehehe malu aku.
-ko punya psl la ni ika!!!!-
cerita kedua ni rekaan semata..pasal tu part naik moto mmg nmpk mcm cite katon je..lol