Saturday, June 6, 2009

Cerpen I Love You Too


I love you too


Hari pertama memasuki sekolah setelah bercuti penggal pertama. Ada seorang budak baru di sekolah, erm..boleh aku katakan dia nampak seperti seorang yang bijak, kacak dan ..hehe macam lemak berkrim disukai ramai. Mesti ramai awek tak pun dia memang dah ada awek kat sekolah ni. Erm, lantak lah..malas nak fikir pasal orang hensom-hensom nih.

Masa rehat tengahari macam biasalah beratur panjang nak dapatkan makanan. Makanan kat kantin sekolah aku sedap-sedap, pasal tuh ble dikatakan hampir kesemua pelajar berebut-rebut membeli setiap hari. Aku tercari-cari member-member aku, lela, renuga,salleh dan faris kot-kot la diorang dah beratur dulu boleh aku tumpang sekaki.

Tengah terjengah-jengah tu mamat yang aku kata hensom tu bersuara “Nak potong barisan ke?..masuk jer la” katanya sambil menunjukkan tempat dihadapannya. Aku tak perasan member-member yang aku cari tadi ada dekat belakang aku tengah tesengeh-sengeh suruh aku masuk berbaris di depan mamat tu..peluang dah ada apa lagi…tibaillah ermmm sedapnya mee kari.

Budak-budak lain yang berbaris kat belakang dia bising-bisinglah, aku kata kat dia “Erm takpelah awak.. diorang dah marah tu” dia cuma senyum je. Bila aku cuba melangkah keluar dia tarik tangan aku “takpelah buat tak tahu je.. ok? “ katanya sambil tersenyum. “Adoi!!! Hensem betul mamat ni. Apa lagi, aku buat tak tahu je demi menuju ke mee kari kegemaran aku tu. “ wakaaka”.

Aku pun lepak kat tempat aku selalu lepak ngan member-member aku tu. Datang mamat tadi “Ble saya duduk sama?” dalam hati aku, “Lah..budak nih nak berkawan ngan kitaorang ke?”,..hampeh. “Tak ble tak ble dah penuh..tak nampak ke?”. kata si faris. Dia memang kalau ada dalam group kitaorang ni kena usik ke kena ngurat ke dia cemburu tak tentu hala.

Macam kami semua nih awek dia. Memangla dia hensom tapi buruk perangai. Siapa yang nak berkawan dengan dia melainkan kitaorang nih..kami nih cuma satu group kecil je kat sekolah nih.. yang lain tu semua group besar-besar.

“Erm..ok takpe, saya duduk kat sana…anyway, nama saya syam..Hisyam.” katanya tersenyum sambil berlalu pergi. Aku, lela ngan renuga ternganga jer.. “Hoi..dah la tuh..dia nak main-main kan korang jer.. aku tahu la..aku kan buaya besar kat sekolah nih”. Kata faris. Erm.. iyelah..kami terus sambung makan mee kari. Pastu terjadi sekali lagi. Masa nak beli air botol.

Tau ajelah tempat air ngan tempat makanan lain-lain jadi kami makan dulu pastuh baru beratur beli air. Budak tu ada kat depan lagi tersenyum-senyum kat lela. Aku ngan renuga adelah…cemburu sikit..tapi,..sikit saje la kot. Hehehe..

Pastuh budak tuh panggil lela pergi beratur depan dia..yang si lela nih pun mangkuk..pergi terus beratur kat depan dia dan tinggalkan kitaorang yang kat belakang ni. Memangla si lela nih cantik. Tp tak tentu arah budaknya cepat sangat gelabah. Orang x pernah bercinta la katakan..kami semua macam tuh. Pelik, tadi dia bagi aku nih panggil lela plak..erm…macam ada komplot jer… ok…takpe sampai depan budak tuh ada kat tepi kaunter air tu..tersengih-sengih ngan lela berborak.
“Air strawberi satu makcik” kata aku. “La.. air strawberi dah habislah..ko bli air lain la ye??” kata makcik air tuh. “Erm, takper la makcik, saya tak nak.” Zaman aku dulu, air dalam botol kaca tinggi tu cuma 0.80 sen sahaja.. murah betul.

“Nah..ambiklah, saya belum minum lagi, lagi pun saya tak minat air nih dah tersalah beli.” Kata budak tuh yang si lela asyik dok mengangguk suruh aku ambik air tuh. Datang pulak si saleh..”Erm..ambik la kau kan suka air tu, rezeki tak baik ditolak..” macam ustaz la si saleh nih.
Aku terpaksa ambik jugak dan terima kasih la. Masa rehat ada setengah jam lagi kami pergi berkumpul di padang dekat sikit dengan tempat perhimpunan. Boleh main-main bawah pokok. Hehe macam filem Hindustan. Aik…. Kami kawan jer takde langsung perasaan cinta antara kami berlima tau.

Tengah aku dok menyedut air yang di bagi budak tuh. Aku nampak lagi budak tuh kat bawah pokok kat hujung sana. Tersenyum-senyum..macam kerang busuk..(tapi dia memang hensomlaaaa) heheheeh. Datang plak si lela, “Eh ko tau tak syam tu asyik tanya pasal ko jer, pelik aku.
Dia tanya faris tuh pakwe ko ker, atau si saleh tuh..huis..macam-macam kau tau x. benci aku..ingat nak ngorat aku tadi, dan lagi satu dia yang tak bagi aku cakap ngan ko, air tuh sebenarnya dia dah minum.” Sory ek. Kata lela berlari ke arah saleh. “lllleeelllaaaa”.

“Apa!!! Iyek! Aku pandang la muka dia, dia buat flying kiss kat aku. Huis bengang betul. Nanti dia memang nak kena. Tiba-tiba datang musuh ketat aku raja baizura dan mereka berpengangan tangan lagi. perhh… menyampah aku.
“Kan aku dah cakap, dia tuh ramai awek, buaya macam aku gak. Ko degil..layanlah layan..jangan sampai menangis plak. Memang pecah muka budak tuh nanti”. Tiba-tiba je faris datang. Huis menyebok jer si faris nih..mesti dari tadi dia perhatikan aku.

Luper aku nak bagitau korang aku ngan sahabat aku satu kelas. So pasal tuh la kami berkawan rapat. Mula-mula sekali aku berkawan ngan si lela pastuh kesian ngan renuga asyik kena buli jer ngan orang-orang dia. Dia bangsa India, putih, cantik, tapi kaum-kaum dia suka buli dia. Mungkin sebab muka dia macam melayu kot.

Aku pun tak faham. Kemudian saleh sebab dia ketua darjah. Senang skit. Last sekali baru faris. Faris ditukarkan ke sekolah kami tak tahu kenapa tapi aku rasa sebab dia ni gangster kot. Rupa hensom tapi ganas. Hehehe ble la kalo nak buat pakwe.. antara syam ngan faris hensom lagi faris.
Syam nih hitam manis, faris plak kuning langsat orangnyer. Pilih jangan x pilih. Dah cerita blum kemana pun so jangan nak buat spekulasi sendiri ok..

Dalam perjalanan balik nak keluar dari sekolah jauh so perlahan je jalan tapi dari jauh aku nampak sesuatu terjadi, benda nih memang selalu terjadi lela kena buli kat bawah pokok oleh musuh-musuh aku lagi teruk kawan-kawan lelaki pun ada. Dan korang nak tahu semua budak-budak tuh geng si syam.
Tapi dia buat tak tahu jer..dia Cuma perhatikan jer aku kena tolak, buku kena tabor kat padang, beg kena gantung atas pokok sebab nak tolong lela. Lela dah tak berdaya, terjelepok menangis, baju dia koyak. Kesian sangat kat dia. Aku pulak kena tampar ngan Raja Baizura.

Dari jauh nampak faris berlari laju ke arah kami. Beg sekolahnya dah dicampakkan lebih awal dan renuga pula jadi tukang kutip. Dan korang pun tahu terjadilah pergaduhan faris seorang dan mereka berlima. Teruk jugak faris mulut dia berdarah habis baju sekolah bertukar warna merah.
“dah la wei. Aku kata dah! Dah la!” jerit syam. Baru budak-budak tuh berhenti. Faris bangun nak pukul syam tapi saleh datang sempat menyelamatkan keadaan. “saleh kau tolong lela” kata faris sambil menarik tangan aku. Syam cuma memerhati dari jauh.

“kenapa kau buat macam nih! Lepaslah..sakit tangan aku nih” kata aku sambil menangis. “aku dah kata kau jangan terlibat ngan budak syam tuh.. raja baizura terdengar lela cakap kat dalam toilet ngan renuga yang si syam tuh syok kat ko. Pasal tuh dia pukul lela. Semua nih sebab kau..kau tahu tak!!!” jerkah faris kat aku..
aku cuma mampu menangis. Keesokan harinya aku tak datang kesekolah. Aku rasa bersalah sangat, bersalah kat lela, faris, saleh, renuga. Tapi masih tak tahu dari mana punca datangnya semua cerita nih. Korang tahu ker? uwaaaaaaaa.

Hari nih dah masuk tiga hari aku tak datang kesekolah. Bukan sebab malu lagi, tapi sebab aku demam..mana tak demam asyik menangis jer. Masa tuh xde lagi telefon bimbit nih. Lagipun kami masih bersekolah rendah. Tiba-tiba terdengar bunyi loceng basikal dari depan rumah.
Terdengar suara terjerit-jerit memanggil nama ku. Ku intai di jendela. Aku tersenyum dan terus tertawa kecil. Korang ingat aper…huis leceh betul la korang nih. Faris datang ngan saleh. Aku ketawa sebab faris tak tahu bawak basikal tapi kata saleh dia sanggup belajar dalam masa tiga hari tuh semata-mata nak tengok aku. Nak harapkan saleh yang bawak dia tak larat.

Faris tersenyum. Terus aku terdiam malu sendiri, “kan elok kalau aku dapat tengok kau ketawa macam tuh setiap hari”..ko tahu kan aku sayang ko.” Kata faris tanpa menghiraukan salleh yang ternganga mendengar faris mengucapkan kata-kata jiwang tuh…hehehehe seronok sangat perasaan pada masa tu.
“A’lia,! Janji ngan aku..esok kau mesti datang ke sekolah.aku ada benda nak bagi kat ko. Mesti! Kau faham tak?!” aku menyorok disebalik daun tingkap ntah kenapa terasa malu sangat. Rasa suka sangat ntah…..macam-macam aku rasa.

Esok awal-awal lagi aku dah kesekolah, rasa lain sangat. Di bawah pokok sana kelibat faris, salleh dan norlela sedang menunggu. Renuga tiada mungkin belum sampai. “weh! Kau tunggu renuga tau..aku ada hal lah..tunggu tau..”. kata salleh. “jom lela teman kan aku” kata salleh lagi.
“eh apa nih..tak kan la aku ngan faris jer tunggu renuga..” kata ku pula. Rasa segan pulak tinggal berdua kat bawah pokok ngan faris. Ntah apa-apa ntah kan..sebelum nih takde pun perasaan macam nih. Lela dah pergi mengikut salleh tinggal aku ngan faris berdua. Faris mendiamkan diri sahaja. Buat-buat tak pandang aku.

Tiba-tiba “ko ingat tak aku cakap nak bagi ko benda.? Ko ingat kan” kata faris tanpa memandang muka aku. “erm..aku ingat..aper bender nyer..bagi la cepat!” kata ku pula. “tuh..dah sampai, pergilah dekat dia. Sambil menunjuk ke arah syam Aku tahu dia ble jaga kau lebih dari aku.
Dia ok..pergilah. please, please go.” Ntah kenapa.. dengar faris cakap macam tuh air mata aku mengalir dan aku terus berlari.Bukan ke arah syam lah…tapi ke toilet. Malu siot aku ingat dia nak cakap dia suka kat aku.

Aku masuk ke kelas. Semua mata tertumpu ke arah aku. Tapi tidak faris. Masa rehat pun dia lepak ngan awek dia. Aku langsung tak jumpa dia beberapa hari nih. Masuk ke dalam kelas aku tengok ada sepucuk surat. Terus aku pandang kat faris.
Iyelah aku ingatkan surat dia yang bagi mana tahu kalo-kalo dia nak minta maaf. Faris membalas renunganku sambil berkata “ tuh..surat tu syam yang bagi.. dia suruh aku letak kat meja ko..” bacalah..aku rasa dia nak jumpa ko”. Lepas tuh dia terus blah. Eeeeeeeeeeeee !!!! geram betul aku ngan faris ni.

Memang betul pun syam nak jumpa aku. Tapi kenapa tingkat 4. kalo korang nak tahu, tingkat 4 sekolah aku dikosongkan. Sebab….aku pun tak tahu. Tapi dengar-dengar ada budak terjatuh dulu takde la mati tapi cedera teruk. Belum di betulkan lagi kontraktor pun tak pernah datang.
Takut jugak aku bawak lela ngan renuga. Sampai kat tangga nak naik tingkat 4 tuh kawan-kawan syam halang lela ngan renuga naik sama. Atas alasan syah nak jumpa aku seorang je dan syah pun berseorangan juga. Huis giller la. Aku takut tapi lela kata faris ngan salleh ada kat blok depan perhatikan aku takot kalau terjadi apa-apa. Tahu pulak dia takut.
Aku terus naik mataku tertumpu pada faris diblok berhadapan. Kelibat syam pun tiada, mana ntah dia nih. Jangan nak main nyorok-nyorok pulak. Tempat nih bahaya. Kalau la cikgu nampak..mampus.

“Alamak!.. itu syam”. Bisik hatiku. Takut pulak nak jumpa dia. Tapi lepas baca surat dia yang berbunga-bunga tuh..rasa kelakar la pulak. Tapi dia macam jenis jiwang pulak. Ingat lagi tak tektik dia nak ngorat masa kat kantin dulu. “Assalammualaikum! Hi syah..betul ke syah nak jumpa A’lia.
Dan …betul ke surat nih syah yang bagi.” Kata aku sambil membelik-belik surat yang bersampul ungu tu. Erm warna kegemaranku. “hi..waalaikumsalam. aaaaa….huis..malu pulak rasanya. Memang syah nak jumpa ngan A’lia. Sory about air hari tuh. Dan sory sangat-sangat sebab…biarkan A’lia n the geng kena buli. Kali ni izinkan syah jaga A’lia…izinkan syah jadi pakwe A’lia.

“Tapi awak kan dah ada Raja baizura. Lawa, cantik, cute, ramai orang suka, kaya, awak kan sebelum nih dengan dia. Kenapa plak cari saya. Nanti tak pasal-pasal kawan-kawan saya lagi kena. Sory saya xnak. Lagi pun untuk pengetahuan awak syah. Saya dah couple ngan faris.” “apa?...faris kata awak dan dia takde apa-apa hubungan lagipun dia ada ramai awek.” Kata syah separuh merayu apabila aku berpaling dan berjalan pergi.
Tapi langkahku terhenti seketika dan aku berpusing mengadap ke syah. “syah nak tahu tak, apa pun A’lia tetap suka kat faris dan A’lia tahu faris suka kat A’lia kalau tak dia takkan tolak untuk masuk ke mrsm, lepas tuh dia tinggalkan geng-geng dia untuk masuk ke geng A’lia.
Dan, dia takkan tolak untuk couple ngan raja baizura sebab dia tahu A’lia tak suka kat raja dan, dia takkan datang awal-awal pagi menunggu A’lia kat bawah pokok semata-mata untuk bawakkan beg sekolah A’lia dan dia takkan belajar naik basikal sedangkan dia ada motor.” Kata ku sambil menangis.

Faris yang berada di blok berhadapan tidak mendengar apa yang aku katakan tapi dia berlari ke arah aku dan syah selepas melihat aku menangis. Pada masa dia sampai aku dah turun masuk ke kelas dan berlari keluar dari sekolah..bukan ponteng…tapi dah sampai waktu balik dah pun. Petang tuh kalo korang nak tahu..salleh datang ke rumah aku. Muka dia merah padam.
Dan tak pernah-pernah aku kena maki hamun oleh salleh. “ ko nih bodo ke apa huh. Kenapa ko buat macam tuh. Faris risaukan ko. Ko lari ikut jalan lain.” Aku cuma tersenyum macam apa yang aku buat tuh untuk mengajar dia. Padan muka dia. “kenapa dia tak kejar aku…ke dia dah belasah budak syah tuh?”. Kata aku dengan bongkak sekali. Hheeheh.
“kepala hotak ko lah..ko tahu kan tingkat 4 tuh banyak tangga rosak. Masa dia kejar ko salah satu tangga batu tuh pecah..dia terjatuh..dan sekarang nih dia ada dekat hospital. Dengar citer kaki dia kena simen…dah malas aku nak layan ko. Kang apa pulak yang jadi dekat aku.

Aku masih terseyum..tapi air mata mengalir laju memerhati salleh berlalu pergi. Hari isnin tuh aku ke sekolah macam biasa. Tempat duduk faris masih kosong. “Dia tak sihat lagi ker?” Bisik hatiku. Tiba-tiba kelas jadi bising… “wei…faris datang wei…faris datang!!” siulan rakan-rakan.
Ramai yang berjumpa dengannya. Guru-guru,Syah, raja baizura, lela, salleh, renuga, semua ada. Dia memang anak kesayangan guru-guru di sekolah. Nakal-nakal dia pun tapi pandai giler mamat tu. Aku je yang tiada..terasa diri aku jauh sangat dari dia. Dan aku dah banyak menyusahkan dia.
Erm…aku bertekad takkan ganggu dia lagi. Dia pun macam buat takde apa-apa. Diam dan buat-buat tak pandang. Huis.. dia selalu macam tuh.

Cikgu kelas sejarah tak masuk, jadi kami buat aktiviti sendiri. Aku buat-buatlah baca buku. Lepas tuh korang nak tahu x…huis…memalukan betul aku terdengar dialog yang aku ucapkan kat syah masa kat tingkat 4 hari tuh.. kedengaran jelas sekali..budak-budak semua pandang kat aku.
Rakaman tu ada kat faris..tapi dia buat tak tahu jer. Erm…apa lagi, dah budak-budak ejek aku suka kat faris, tak malu lah, macam-macam lagi, aku bangun tolak kerusi dan …. lari 100 meter tanpa henti. Aku gi menangis kat belakang sekolah. Sedih betullah.

Syah datang..aku pun tak tahu macammana dia tahu aku kat situ. Geng-geng aku je yang tahu aku selalu gi situ. Syah minta maaf. Syah kata memang dia jumpa faris dan cakap kat faris dia suka kat aku. Dan sebab tu la faris yang baru nak suka kat aku terpaksa lepaskan aku, lagipun faris takut aku tak suka kat dia.
Faris buat macam tuh pun sebab syah member lama, member baik dia kat sekolah dulu. Rupa-rupanya sama-sama setan. Hehee. Syah tak tahu macammana nak jumpa aku. Sebab aku selalu dingin dengan dia. Jadi faris dapat idea dan tulis surat yang konon-kononnya syah yang tulis.
Patutla dia tahu warna kegemaran aku. Dan bila aku menolak dan cakap aku suka kat faris, syah terus rakam suara aku. Itulah yang terjadi tadi. Syah berlalu pergi.. rasa macam bersalah pulak kat syah, walaupun sebenarnya dia yang bersalah dekat aku.

“Assalammualaikum…” tiba-tiba ada suara. “syah…tadi kata nak pergi tak nak kacau saya lagi..pergi ajelah…!!” ..tercengang. “hehehe….hi.. garangnya makwe faris nih. Boleh tolong abang duduk tak sayang?...susah lah nak duduk kaki bersimen nih.” Kata faris tersenyum manis.
“huis…sape kata saya nih makwe awak ..tak malu betul awak nih. Suka-suka ajer… dah pandai datang sini..pandai-pandai la duduk..takde pun berdiri jer.abang konon...sanggup awak malukan saya kat kelas macam tuh.” Konon-konon merajuklah. “please.., sakit nih..saya tak sanggup tengok awak menangis pun tapi awak sanggup tengok saya sakit macam nih ye..dari saya sampai awak langsung tak jumpa saya, minta maaf mungkin la.. tak payah pun takpe..

Tanya saya sihat ke..tak jugak.. mengaku ajelah.. biarlah cinta monyet ke cinta beruk ker..tapi ini cerita awak dan saya..cinta awak dan saya.. kita bersama atau tidak nanti cinta monyet nih akan sentiasa kekal dan mekar dihati kita. Ini cinta pertama kita. ”Cinta Pertama kite??? Wekk!! Habis tu awek dia yang ramai-ramai tu cinta apa?? Dasar buaya!!!!. Uwaaaaaaaa... kenapa aku suka kat kau...”. jerit aku dalam hati.

“Saya…Tengku faris (utk pengetahuan korang faris nih sebenornya sepupu raja baizura) hahaha.. Saya sayang dekat awak..A’lia.Lantas A’lia pun bangun dengan perlahan dan terus memegang tangan faris dan membantunya untuk duduk.
Mereka duduk bersebelahan sambil tersenyum riang. “ehem..ehem!.. kami ni macamana?” datang suara tidak asing lagi sambil berpeluk tubuh” Faris dan A’lia tertawa melihat rakan-rakannya salleh, lela, renuga dan ada ahli baru syah.pada petang tuh keenam-enam sahabat itu duduk bersama sambil tangan mereka berpelukan dibahu rakan-rakan yang tersayang.
Faris sempat memaling mukanya melihat A’lia. A’lia tersenyum.. Yessss faris tahu A’lia dah menjadi kepunyaannya. Kepunyaannya seorang.
Keterangan mengenai Cerpen ni :
1- kisah benar
2-nama watak tu rekaan -ada yg btol- hehe
3.cerpen ni pnjg giler..coz ni baru bab 1
4.ada sambungan lagi..komplik cerita ni.
5.cerpen ni dah keluar kat blog penulisan2u - byk time komen2 time kasih...-
6.sila berikan komen..hapy or not wit this Cerpen..huhu..
7. ada ati nk buat cerpen baru..tp malu la plak nak tayang..
Semoga terhibur....adiosss.

1 comment:

  1. bila aku dpt email dr penulisan2u.. bahawa cerpen aku masok blog ni... aku tros jerit2 mcm org gile..

    aku suruh semua kwn2 kat ofs aku ni bukak blog http://penulisan2u.blogspot.com tgok, baca dan komen cite aku tuh..

    tp erm...yg bukan2 je diorg komen.. uwaaa

    luntur skjp semangat aku nk menulis cite.

    pape pun aku akn usaha lagi...sokongla aku..yey.. hahahaha..

    ReplyDelete

Komuniti Bloggers Selangor [KBS]

Powered by BannerFans.com